BAB 58

2.7K 90 4
                                    

"BETUL ke hampa dah nak balik satgi ni? Duduk lah sini semalam lagi"pujuk Pak Long.

Harini mereka berdua akan pulang ke Kuala Lumpur selepas sarapan pagi. Sebelum mereka akan berangkat ke Paris, Zariq harus melawat pejabat pula. Biasalah orang tak pernah tinggal kerja tahu-tahu nak kena tinggal selama seminggu tak keruan lah Zariq itu nanti.

Berat hati Pak Long sebenarnya mahu beri anak saudaranya pulang ke KL. Lama-lama sekali barulah boleh dapat tengok. Bila dah balik memang susah lah dia nak bagi pulang.

"maaf Pak Long kami terpaksa balik juga sebab Jumaat ni kitorang dah nak fly ke Paris. Insha Allah lepas balik dari Paris saya bawa Arlisa ke sini lagi"kata Zariq dengan nada tenang.

"dah kamu kata lagutu Pak Long tak boleh nak pujuk lagi lah kan? Tak apalah balik lah nanti senang-senang selalu lah balik mai jenguk Pak Long kat sini nohh. Pintu rumah kami ni sentiasa buka untuk hampa berdua"

"insha Allah Pak Long. Pak Long dan Mak Long tu jaga kesihatan tu jangan makan sebarangan sangat. Kalau boleh kurangkan makan manisan tak elok untuk kesihatan"pesan Mya pula kepada Pak Long dan Mak Long.

"yang tu Arlisa kena pesan kat Pak Long tu. Bila Mak Long buat ayaq kurang manis kata pula tawaq tak ada rasa kita ni risaukan kesihatan dia kena kencing manis ka nanti susah. Elok tak ada penyakit suka cari penyakit"kata Mak Long dengan nada sindir Pak Long.

Mereka ketawa mendengar. Biasalah orang tua-tua mana nak dengar cakap sangat. Mereka buat apa yang mereka suka je.

"disebabkan yang pesan ni Arlisa insha Allah Pak Long akan jaga kesihatan baik-baik"

"harap-harap Pak Long kamu tu dengar lah pesanan kamu tu jangan dengar telinga kanan keluar telinga kiri sudah"

Pak Long menjeling ke arah Mak Long. Mentang-mentang dapat sindir dia tak ingat dunia dah. Nasib baik ada anak saudaranya sahaja disini kalau tak kena dah isterinya itu.

"Arlisa lupa pula Pak Long nak tanya. Maksu kamu dah tau ka yang kamu dah kahwin?"

Tersedak Mya yang menyuap nasi lemak ke dalam mulut itu. Zariq dengan pantas memberikan air kepada Mya lalu menggosok belakang tubuh Mya dengan perlahan. Mungkin terkejut dengan soalan Pak Long itu.

Perit sungguh tekaknya tersedak nasi lemak sudah lah sambal udang itu boleh tahan pedas juga. Mana tak tersedak tiba-tiba nama maksu di bangkitkan oleh Pak Long setelah sekian lama.

"ehem...maksu tak tau Pak Long"jawab Mya dengan perlahan.

Zariq melihat wajah Mya kelihatan serba salah. Itu adalah rancangannya. Dia yang tak beri Mya menghubungi maksu di Johor itu. Selepas dia mengamuk teruk haritu Mya tak berani dah nak curi-curi hubungi maksunya walaupun dia tiada di rumah sekali pun sebab telefon Mya dipantau olehnya. Setiap Mya lakukan di telefon itu dia dapat tahu.

"tak bagitau Maksu ka yang kamu dah kahwin?"tanya Mak Long pula dengan dahi mengerut.

Perlahan-lahan Mya menggeleng kepala. Macam mana nak beritahu kalau dia sendiri tak dibenarkan beritahu maksu dan telefon maksu walaupun seminit.

"tak boleh buat lagutu Arlisa, Maksu yang jaga kamu dari kecil bukan kami tak sepatutnya kamu membelakangi dia macam ni. Kecewa dia nanti bila dia orang terakhir tau hal ni"kata Pak Long dengan nada lembut.

"betul tu Arlisa. Memang wali kamu kat sini tapi Maksu yang jaga kamu lepas kematian arwah ibu dan abah kamu"

Mya mengetap bibirnya. Tidak tahu mahu menrespon apa. Zariq rasa bersalah terhadap Mya. Sebab dia Mya yang dipersalahkan sekarang ini.

"Pak Long, Mak Long sebenarnya saya yang sekat hubungan Arlisa dan Maksu dia. Saya tak benarkan Arlisa telefon Maksu dia langsung. Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya buat macam ni. Saya harap Pak Long dan Mak Long faham. Insha Allah saya sendiri akan bersemuka dengan Maksu Arlisa untuk jelaskan hal ni"

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now