BAB 62

2.3K 83 1
                                    

PAGI ini pula Zariq membawa Mya bersiar-siar di 1. River seine cruise yang boleh menaiki selama 1 jam sahaja. Dapat lah mereka berdua melihat permandangan kota Paris sambil menaiki kapal. Pengalaman menaiki kapal itu sungguh menyeronokkan bagi Mya.

Mereka keluar agak awal hari ini kerana Zariq mahu membawanya ke pusat membeli belah pula katanya boleh lah beli hadiah kepada keluarga mereka nanti selepas mereka pulang.

Baru Mya mahu memandang belakang ada sosok tubuh perempuan seperti memerhatinya tapi dia tidak mahu rasa perasan sebab perempuan itu memakai kaca mata tapi firasat Mya memang dia yakin perempuan itu sedang memandang ke arahnya sekarang.

Apabila perempuan itu sedar yang Mya memandang ke arahnya dengan pantas perempuan itu duduk di kerusi atas kapal dan mengambil gambar. Mungkin dia yang tersalah sangka. Siapa yang nak tengok dia, dia bukan lah artis mahupun anak raja.

"sayang tengok apa?"soal Zariq kepada Mya.

"Mya rasa macam ada orang perhatikan kita"

"huh? Siapa?"tanya Zariq sambil mengerut dahi.

Matanya juga turut memandang ke arah mata Mya memandang. Tiada apa pun semua pelancong orang luar. Siapa yang perhatikan mereka?

"tak ada siapa pun"

"mungkin Mya yang perasan kata ada orang perhatikan kita"

"ye perasaan sayang je tu. Dah jangan nak fikir banyak sangat. Duduk dan tenangkan fikiran boleh?"

Mya mengangguk kepala sambil senyum. Tangan Zariq memeluk pinggang Mya lalu pipi Mya dicium sebelum Mya menampar lengan Zariq. Tak tahu malu!

"janganlah malu orang tengok"

"nak malu buat apa sayang? Bagi diorang ni biasa je kalau kita nak buat lebih dari itu kat sini pun tak ada masalah diorang tak kisah lah"

"jangan nak mengada! Abang ambil lah satu dua gambar Mya"kata Mya lalu telefonnya dikeluarkan dari beg tangan dan dihulurkan kepada Zariq.

Zariq hanya menurut tanpa banyak soal. Rugi lah dah datang Paris takkan taknak ambil gambar tapi masalahnya sekarang mereka belum ada gambar berdua lagi sepanjang di sini. Lagi 2 hari mereka sudah mahu pulang ke Malaysia.

"hi you two look alike. Would you like me to take a picture of the two of you? It's a shame you didn't take a picture on board this ship will dock in 10 minutes"sapa seorang pelancong perempuan orang putih.

"if you don't mind what's wrong with that if you're willing"kata Zariq dengan rasa rendah diri.

Memang ini peluang yang tertunggu-tunggu. Boleh sahaja dia meminta sesiapa ambilkan gambar mereka belum sempat meminta tolong orang ada seorang perempuan ni menawarkan mahu ambil gambar mereka. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan mereka lagi.

"It's okay, I don't care. Here's your phone. I'll take a picture of you two"

Zariq menghulurkan telefon milik Mya kepada pelancong perempuan itu. Beberapa gambar diambil oleh perempuan itu sebelum dikembalikan kepada mereka semula.

"you two are the most suitable couple in my eyes. I hope you both have a beautiful and handsome baby like you both"kata perempuan itu ramah.

"Amin"jawab Mya dan Zariq serentak sebelum mereka memandang satu sama lain.

"thank you for taking a picture of me and my wife"ucap Zariq ikhlas.

"you are the most welcome. I got to go bye see you again when i see you"kata perempuan itu sambil melambai tangan ke arah mereka berdua.

Gambar yang diambil oleh perempuan tadi dibelek-belek oleh Mya sambil senyum. Ini gambar pertama mereka sepanjang mereka kahwin hampir 1 tahun. Rasa gembira tak terkata melihat gambar mereka. Gambar kahwin pun mana ada hanya mampu tengok gambar yang ini jelah.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now