BAB 22

5K 143 19
                                    

"SAYA tak nak buka aib siapa-siapa dekat sini tapi saya lebih prefer kamu semua bertanya kepada Encik Abdul Aziz sendiri biar dia yang jelaskan semuanya"kata Zariq Amsyar tenang.

Tangan Mya diambil dan digenggam erat. Sejuk betul tangan Mya macam mayat hidup! Tentu Mya tidak selesa dengan situasi sekarang tapi nak buat macam mana kalau tidak selesaikan harini pasti Abdul Aziz akan datang menganggu hidup mereka lagi.

"baik hang bagitau kami semua Aziz! Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kami tak faham"

"sebenarnya..."

Wajah Abdul Aziz sudah merah dan seluruh badannya gementar habis lagi-lagi melihat satu persatu wajah adik-beradiknya seperti mahu menelannya hidup-hidup. Agak-agak kalau beritahu hal betul kena pancung kepala tak? Maklum lah Abdul Rahman itu bekas polis dulu.

"baik hang bagitau kamu Aziz sebelum penumbuk aku hinggap dekat muka hang"kata mak lang dengan nada geram.

Kalau tak teringat yang mereka ada 'ahli keluarga baru' dah lama wajah adiknya kena tumbuk dengannya. Abdul Aziz selalu begitu bertindak tanpa fikirkan akibat buruk kemudian hari seperti sekarang ini.

"sebenarnya aku..."

"sebenarnya aku apa Aziz?!"gertak pak long dengan geram.

"sebenarnya aku yang jadi wali bagi perkahwinan depa. Depa kahwin sah sebab aku yang jadi wali Arlisa. Macam hampa semua tau aku memang yang jual Arlisa dekat bapak ayam kelab dekat KL dulu sebab aku tak boleh bayar hutang aku. Semua benda aku cagar tapi tak cukup-cukup jadi aku terpaksa cagar Arlisa untuk selesaikan masalah hutang aku. Aku tak tau apa yang aku fikir masatu aku cuma fikir nak selesaikan semua hutang dengan Mr Raymond kalau tak Mr Raymond akan bakar aku hidup-hidup mungkin hampa semua takkan berjumpa aku lagi dah"

"hang tau tak hang tu manusia paling bodoh yang aku pernah jumpa Aziz. Arlisa ni darah daging hang sendiri sanggup yang aniaya anak yatim piatu macam Arlisa? Dah berapa kali aku pesan dekat hang Aziz buang lah tabiat kaki judi dan kaki minum hang tu Aziz. Umur hang bukan muda lagi rumah kata pergi kubur kata mari dah jangan lah buat benda bodoh lagi. Tak malu ka dekat anak bini dan menantu hang? Malu muka aku hang tau tak? Macam mana kalau benda ni orang luar tau? Habis semua hal keluarga kita orang luar tau"

Dada Abdul Rahman sudah naik turun. Boleh pecah kepala dengan perangai adiknya seorang ini. Kaki judi kaki minum. Nak buat apa pun buat lah tapi jangan sampai ganggu ketenteraman orang lain. Jadi begini kan sudah menyusahkan semua orang.

"aku tau aku minta maaf. Aku tak salah tapi jangan lah hampa hukum aku sampai macam ni sekali. Takkan semua ni hampa semua sanggup buang aku demi budak ni? Dia dah pun kahwin. Tak ada guna hampa nak bela dia lah. Dia tu pun bukan kenang jasa kita"

"Encik Abdul Aziz jaga mulut Encik tu baik-baik ye. Kenapa Encik tak ada pula beritahu adik-beradik Encik yang Encik terima duit Rm30k dari saya semalam?"

"Rm30k? Duit apa tu?"tanya mak njang pula.

Abdul Aziz sudah tidak boleh duduk diam. Kenapa lah Zariq nak membuka cerita tentang duit pula dihadapan keluarganya sekarang ini. Wajah isterinya dipandang. Yang tahu hal ini hanya isterinya sahaja. Dengan pantas isterinya melarikan pandangan ke arah lain seperti mahu mengelak dari bertentangan mata dengannya.

"cakap!"

"aku setuju dengan segala syarat yang aku tanda tangan dengan Zariq masa aku pi KL haritu. Dalam surat tu kata kita tak boleh kacau Arlisa lagi dan kita tak boleh jumpa Arlisa tanpa kebenaran Zariq. Kalau Zariq bagi jumpa Arlisa pun tapi kalau Arlisa takmau kita tak boleh paksa"

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now