BAB 63

2K 79 0
                                    

HARI ke-3 di Paris. Zariq membawa Mya ke satu restoran makanan halal di Paris yang bernama Taj Mahal Paris. Menunya sama macam di Malaysia nasi briyani. Sejak berada di Paris susah sekali nak jumpa nasi mereka pun dah berapa hari tak makan nasi hanya makan makanan western sahaja setiap hari. Lega rasanya dapat makan nasi.

Kalau suruh Mya duduk di negara orang lama-lama dia tak sangka. Nak jumpa nasi dan makanan halal pun susah. Dia lebih rela terperuk di Malaysia sahaja tak payah pergi kemana-mana pun tak apa.

"amboi berseleranya makan tak tengok kiri kanan"tegur Zariq sambil senyum.

Mya tersengih malu. Teruja sangat tengok nasi sampai bila suami dihadapannya. Kalau di Malaysia hari-hari makan nasi jadi jemu sekarang ni datang Paris rasalah nak jumpa nasi pun payah semua makanan barat sepanjang restoran.

"sorry abang, Mya lapar"jawab Mya sambil senyum.

"tak apa makan lah bagi kenyang. Lepasni kita nak kena pergi banyak tempat lagi esok dah nak balik Malaysia"

"sekejap je kan kita dah nak balik Malaysia rasa macam baru datang semalam"

Padahal mereka disini sudah 3 hari esok hari ke 4 mereka akan beransur pulang. Zariq pun tak boleh nak tinggalkan syarikat lama-lama. Kata Zariq, Tan Sri Razip pun tak larat nak ke hulur hilir kesian pula kalau mereka cuti lama abahnya pula terpaksa mengambil alih tugas Zariq.

"insha Allah sayang ada rezeki abang akan bawa sayang datang ke sini lagi tapi bukan berdua dah waktu tu mungkin bertiga? Berempat?"

Tersenyum Mya mendengar. Maksud Zariq adalah anak mereka nanti. Mereka berdua hanya berserah kepada Allah. Biar Allah yang tentukan segalanya.

"abah tak ada telefon tanya?"soal Mya lalu menyuap nasi briyani ke dalam mulut.

"ada semalam telefon tanya khabar je dan abang pesan sesuatu dari kita"

"ye? Apa benda tu?"

"cucu dari kita berdua"kata Zariq sambil senyum.

"Amin! Semoga ada rezeki buat kita nanti"kata Mya lembut.

Walaupun mereka kahwin begini Tan Sri Razip tetap menerimanya dengan baik dan layannya seperti seorang anak. Dia tidak pernah rasa begini. Bersyukur dia mempunyai ayah mertua sebaik itu.

"kita kena usaha keras sikit. Kalau boleh abang nak made in Paris. Kalau made in Malaysia selalu sangat abang nak lain dari lain"

"apa abang ni!"kata Mya lalu menampar lengan Zariq.

Dasar tak tahu malu! Memanglah diorang semua tak faham bahasa Melayu tapi dia faham! Mukanya dah membahang bak tomato nak pecah dengan usikan Zariq itu.

"eh apa betul lah. Tak baik hampakan permintaan abah"

"abang jangan lah cakap macamtu. Jangan terlalu berharap sangat Mya takut nanti abang yang kecewa"

"insha Allah ada rezeki kita nanti tunggu jelah"

Mya hang menggeleng kepala. Dari awal lagi dia sudah maklum kepada Zariq jangan terlalu berharap sangat takut bukan rezeki mereka lagi. Tapi jawapan Zariq tetap sama seperti sekarang. Yakin sangat Zariq ni. Kalau dia kecewa nanti siap lah.

"Nina dengan Fariz dah balik dari Maldives ke?"soal Mya kepada Zariq.

"rasanya tak lagi. Fariz cakap diorang ke sana seminggu. Untung lah boleh cuti lama. Abang ni cuti tak sampai seminggu bermacam-macam orang dah telefon tanya itu ini tak tahu ke abang taknak diganggu waktu honeymoon dengan sayang"

"alaa Mya tak kisah lah itu kan kerja abang. Mya terima abang seadanya. Bestnya Nina pergi Maldives. Abang pernah pergi dah?"

"tak pernah pergi buat apa pergi sorang tak bawa isteri mana seronok. Nanti ada masa abang pula bawa Mya ke sana okay?"

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now