BAB 57

2.9K 114 11
                                    

"BUAT susah-susah hampa ja kena mai ambil Pak Long kat hospital"kata Pak Long sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Zariq mula bergerak.

"tak ada yang susah pun Pak Long kita kan dah jadi satu keluarga"kata Zariq yang sedang memandu itu.

"lepasni Pak Long kena hati-hati nak pi bilik air tu. Pastikan bilik air tu kering atau tak kalau tak kering pakai kasut"kata Mya pula.

Nasib baik lah doktor yang merawat Pak Long benarkan Pak Long pulang. Kalau tidak kena tambah lagi 1 malam tapi disebabkan Pak Long pun sudah sihat jadi boleh lah pulang.

"baiklah Pak Long akan ingat pesan kamu Mya"kata Pak Long terharu.

Mana tidaknya selepas isterinya memberitahu kepada Mya yang dia masuk hospital terus mereka berdua berdesup mari melawatnya di hospital. KL dengan Penang boleh tahan jauh juga sanggup mereka datang deminya. Kos rawatannya pun Zariq yang membayar walaupun sudah berkali-kali ditolak tapi Zariq bertegas mahu membayar. Malu dia dengan menantu arwah adiknya itu.

"mudah-mudahan berkat kamu berpesan Pak Long kamu akan sentiasa berjaga-jagalah"kata Mak Long pula sambil ketawa

"ni Pak Long ada nak makan apa-apa tak kalau nak saya boleh berhenti dekat mana-mana kedai atau Pak Long boleh bagi cadangan dekat mana"kata Zariq sambil memandang ke arah Pak Long menggunakan cermin pandang belakang.

"Pak Long ikut kamu lah"

"Mak Long?"

"Mak Long pun tak kisah"

Zariq hanya mengangguk. Sekarang pun sudah pukul 3 petang mestilah lapar mereka pun makan sarapan pagi je lepastu terus datang ke sini. Biasalah hospital kerajaan cakap boleh balik pukul 1 alih-alih 2:30 baru boleh keluar.

ZARIQ membantu Pak Long keluar dari kereta. Maklum lah Pak Long itu masih sakit mesti susah nak berjalan. Dia mahu membeli tongkat tapi Pak Long menolak katanya dia masih kuat lagi untuk berjalan tanpa menggunakan tongkat lagipun Pak Long itu bekas Polis setakat sakit macamtu insha allah tak ada apa-apa.

"hati-hati Pak Long"kata Mya kepada Pak Long.

Mya mengeluarkan beg pakaian Pak Long lalu disangkut dibahu. Baru sahaja mereka mahu melangkah masuk ke dalam rumah wajah Mak Njang serta Liyana muncul.

"hang macam mana kaki tu dah okay ka?"tanya Mak Njang kepada Pak Long.

Zariq memapah Pak Long untuk berjalan. Mya pula berdiri disebelah Zariq. Kot ye pun nak tanya khabar tak boleh ke tunggu masuk dalam rumah dulu? Ni depan rumah jugalah nak bertanya itu ini. Panas pula tu dekat luar ni.

"Alhamdulilah kaki aku ni cuma terseliuh ja bukan patah riuk"kata Pak Long kepada Mak Njang.

Mak Njang hanya mencebik mendengar. Matanya kini beralih ke arah Mya disebelah Zariq. Sempat matanya melirik ke kereta mewah itu. Setakat kereta ini dia pun belum pernah naik lagi. Setakat kereta Proton Saga suaminya dia pernah lah naik.

"apa yang dok sembang kat luaq tu mai lah masuk Ida"ajak Mak Long pula kepada Mak Njang.

Tanpa berkata Mak Njang terus meluru masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh Liyana dari belakang. Pak Long menggeleng kepala dengan perangai adiknya itu. Tak pernah berubah-ubah dari dulu lagi sama je.

"jangam nak ambil hati sangat dengan perangai Mak Njang kamu tu dia memang lagutu dari dulu lagi"kata Pak Long kepada Mya.

Mana lah tahu kot Mya terasa hati dengan sikap adiknya itu. Adiknya itu mana sukakan Mya dari kecil lagi sebab pasal harta.

"tak apa Pak Long Mya faham. Mak Njang tu baik cuma keadaan yang memaksa dia"kata Mya sambil senyum.

Dia tipu dirinya. Dia tipu dia cakap dia okay padahal tak. Sumpah dia terasa hati dengan Mak Njang. Apa dosanya dengan wanita itu sampai wanita itu membencinya sampai begini sekali? Nak mengaku yang dia ni anak saudara mati hidup balik pun belum tentu Mak Njang akan mengaku.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now