BAB 68

2.4K 95 4
                                    

MYA memandang ke arah sebuah rumah dihadapan matanya. Berpeluh-peluh dia di dalam kereta walaupun kereta itu masih memasang aircond entah mengapa dia berpeluh teruk. Mungkin gementar.

"sayang kenapa ni nampak gelisah je?"tanya Zariq lalu tangannya menggengam tangan Mya.

"Mya takut Mak Su tak dapat terima Mya lagi"kata Mya perlahan.

Sejak Zariq beritahu yang mereka akan pulang ke Johor ketemu dengan ibu saudaranya dia tidak boleh tidur malam dah sejak itu. Otaknya masih memikirkan penerimaan Mak Su terhadapnya.

"sayang jangan lah risau abang kan ada. Abang sendiri akan jelaskan semua benda dekat Mak Su. Sayang jangan banyak fikir nanti stress bawa effect dekat baby kita ingat tak pesan doktor?"

Perlahan-lahan Mya mengangguk kepala. Doktor pesan di awal kandungan dia tidak boleh stress melampai sangat kesihatan mental kena selalu jaga.

"dah jom turun"ajak Zariq lalu keluar dari perut kereta.

Mya sudah gelabah belum sempat dia mahu memanggil Zariq dengan selambanya Zariq keluar dahulu dari perut kereta. Dia dah lah tengah gementar ni.

"jom"ajak Zariq sebaik sahaja membuka pintu disebelah penumpang.

Mya menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Semuanya akan baik-baik sahaja.

Zariq menghulurkan tangannya kepada Mya sebelum Mya menyambut huluran tangan Zariq itu. Jelas tangannya menggigil.

"don't worry you have me you have nothing to fear"pujuk Zariq sambil menutup pintu kereta.

"terima kasih abang selalu ada untuk Mya"ucap Mya sambil memberikan senyuman ikhlas.

Baru sahaja mereka mahu memberikan salam pintu rumah dari dalam terbuka. Zariq memeluk pinggang Mya dengan erat. Risau kalau tumbang ke apa.

"Mya..."

"Mak Su..."

Puan Marni terkejut melihat sosok anak saudaranya yang dulu jauh dimana kini betul-betul dihadapannya. Disebelah anak saudaranya ada seorang lelaki yang elok memeluk pinggang anak saudaranya itu.

Tanpa sebarang suara Mya berlari mendapatkan Puan Marni lalu memeluk Puan Marni dengan erat. Puan Marni terkejut tangannya naik menggosok belakang badan anak saudaranya itu.

"Mak Su sihat?"tanya Mya sambil mengesat air mata. Sungguh dia merindukan wanita ini.

"ya...ya Mak Su sihat"jawab Puan Marni lembut.

"siapa yang datang Mar?"tanya Encik Khalid dari dalam.

Apabila tiada balasan dari isterinya Encik Khalid membuat keputusan untuk ke hadapan. Wajahnya turut terkejut melihat wajah anak saudara isterinya ada di hadapan rumah mereka.

"Pak Su"sapa Mya lembut.

"Ya Allah Mya! Akhirnya kamu balik lagi ke sini"kata Encik Khalid terharu.

Mya hanya tersenyum sebagai balasan. Zariq datang menghampiri Encik Khalid lalu disalam tangan bapa saudara Mya itu. Salam Zariq itu disambut oleh Encik Khalid.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now