BAB 37

4.8K 141 27
                                    

"MAMA harini Riq sibuk sikit lah"

"sibuk apanya Riq harini hari sabtu takkan sabtu pun kamu bekerja lagi?"

Zariq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Awal pagi lagi Puan Sri Suhaini sudah menghubungi mahu menginap dirumahnya dalam beberapa hari memandangkan abahnya outstation dan Zahra pula ada vacation bersama kawan di Cherating sebab itulah Puan Sri Suhaini mahu menginap dirumahnya.

"harini Riq nak keluar jumpa client sampai petang"

"tak apalah mama datang lah petang masa ada kamu dekat rumah tak boleh?"

"boleh mama takkan tak boleh"

"habistu apa yang susah sangat nak bagi mama tidur rumah kamu? Kamu ada buat benda tak senonoh ke Riq?"

"eh tak adalah mama ke situ pula mama fikir. Mama datang jelah rumah petang nanti"

"hmm yelah petang nanti mama datang rumah kamu"

Sebaik sahaja tamat panggilan Zariq tidak senang duduk lagi. Baru rasa nak berehat di rumah mamanya pula memberitahu mahu datang menginap dirumah bukan tak boleh tapi dirumah sekarang ada Mya kalau tak ada Mya datang lah berapa hari pun dia tak kisah sekarang ini mama masih belum tahu yang dia sudah berkahwin.

"aduh serabut lah kepala. Kenapa harini juga mama nak datang? Aku baru nak rehat-rehat dekat rumah"

"awak kenapa ni?"soal Mya yang baru tiba di ruang tamu lalu mengambil tempat disebelah Zariq.

"mama i nak datang tidur dekat rumah"

"oh yeke habistu saya macam mana?"

"kenapa dengan you?"tanya Zariq tidak faham.

Mya mengeluh perlahan. Takkan dia mahu tinggal dirumah ini sedangkan mama Zariq mahu datang tidur dirumah apa pula penipuan yang Zariq mahu beri kepada mamanya. Haritu ibu saudara Zariq datang pun mengejut tak sempat dia nak menyorok.

"yelah saya nak tinggal dekat mana dah kata mama awak nak datang"

"you tinggal jelah dalam bilik you macam biasa buat tak tahu dah lah"

"amboi senangnya awak cakap. Habistu saya kena berlakon jadi pembantu rumah awak lagi lah macam haritu?"

"itu je pilihan yang ada"

"tak pun awak hantar je saya dekat mana-mana hotel dekat rumah sementara mama awak tidur sini"

"tak payah lah Mya bahaya you tinggal hotel sorang-sorang. I bukan boleh selalu keluar nak melawat you dekat hotel kalau mama ada dekat rumah"

Mya hanya diam. Betul juga takkan dia nak mati kutu dalam bilik hotel itu keluar bersiar-siar pun tak boleh terperap je dalam bilik hotel tanpa kemana-mana. Tidak mahu lah!

"you jangan risau i ada idea lagi bernas dijamin mama i takkan syak apa-apa"

"idea apa pula awak ni. Jangan buat bukan-bukan boleh kejap lagi saya yang kena serangan jantung"

Zariq hanya tersengih. Idea jahat sudah muncul dalam kepala. Harap dengan ini mamanya tidak banyak soal itu ini kalau tak pening kepala nak menjawab.

"kejap lagi you masuk bilik i kemas barang you apa patut takut pula kalau mama tiba-tiba buat spotcheck ke apa"

"yelah kejap lagi saya kemas barang saya"

HUJAN lebat diluar sungguh membuatkan Mya kesejukan walaupun sudah dipadam aircond di ruang tamu tapi tetap sejuk hingga ke tulang rusuk! Sejuk nak mampuih. Sekarang suka hujan pada waktu petang setiap hari. Memang tidur malam sekarang Mya tak pakai aircond dah pakai kipas je sebab dia bukan seorang boleh tahan sejuk. Sejuk sikit-sikit pun dah okay tak perlu pakai aircond sebab dia dah terbiasa dari kecil tak bermanja dengan aircond.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now