BAB 30

5.7K 139 2
                                    

SUDAH 3 hari Zariq seperti mogok dengannya. Bercakap pun tidak makan masakan yang dia masak pun tidak. Yang tiba-tiba nak merajuk tu kenapa? Dia ada buat salah ke? Rasanya tak ada pula dia buat salah dengan Zariq tapi kenapa Zariq merajuk? Ataupun itu hanya perasaannya sahaja?

Kalau Zariq tak merajuk kenapa Zariq tak macam sebelum-sebelum ni? Sebelum masuk tidur mereka akan melepak dulu di balkoni sambil bertukar cerita itu ini tapi kenapa 3 hari ini tiada lagi? Zariq juga selalu pulang ke rumah lewat. Kadang tak balik langsung seperti semalam lepastu pulang pagi tadi dengan serabainya. Tengah hari keluar pergi pejabat pula. Nak tegur tapi tak terkeluar pula.

Takkan Zariq cemburu dengan Haikal haritu? Eh tak mungkin lah. Kalau sebab itu macam mana? Cepat-cepat Mya menggeleng kepala. Jangan nak berangan lah Mya. Hal Zariq jangan masuk campur buat hal sendiri je kalau tinggal dalam rumah ni. Itu pesanan yang selalu Zariq beri kepada Mya.

"mana dia ni dah pukul 11 malam dah tak balik-balik lagi. Kalau nak merajuk pun mesej lah aku tak adalah aku ni tertunggu-tunggu dia dekat ruang tamu. Aku nak tidur pun tak senang memikirkan"bebel Mya lalu menghumban badannya di atas sofa.

Sudah pukul 11 malam Zariq masih tidak pulang ke rumah lagi. Kemana lah lelaki itu pergi merayau? Balik rumah keluarganya ke? Selalunya mesej je dia kenapa harini tak pun? Takkan sebab haritu tiba-tiba Zariq jadi budak kecil semua benda nak dimerajukkan.

Klak...

Bunyi pintu dibuka dengan pantas Mya bangun dari duduk. Melihat Zariq yang terhuyung-ha yang itu Mya terus berlari mendapatkan Zariq. Baju sudah bertukar. Kalau pagi tadi pakai pakaian kerja sekarang ini hoodie serta jeans hitam. Balik ke rumah keluarganya ke apa?

"eh awak kenapa ni?"soal Mya apabila Zariq berjalan ke sana sini.

Mya dengan pantas meletakkan lengan Zariq dilehernya. Sudah lah Zariq ni agak berat dengan dia sekali jalan ke sana ke sini tidak betul. Tiba-tiba Mya terbau sesuatu yang tidak enak dari Zariq.

"Zariq awak mabuk ke?"

Melihat Zariq bagai sudah lalok itu sah Zariq mabuk. Tapi kenapa? Selama mereka tinggal bersama tidak pernah lagi Zariq mabuk kecuali pada malam hari itu. Kenapa Zariq mengulangi kejadian lama? Mengucap Mya di dalam hati.

"shh you jangan nak memekak dekat sini. I penat"

"macam mana awak drive kereta? Awak dah lalok sangat ni"

"shh!"

Mya mengunci mulutnya. Mahu sahaja Mya muntah disini kerana tidak tahan bau arak yang kuat dari Zariq itu. Tak tahu ke arak itu haram kenapa buat juga? Tak faham lah Mya dengan Zariq ni.

"you nampak seksi malam ni Mya"

"seksi celah mananya tak nampak ke saya pakai baju tidur kartun je"

Dalam keadaan begini pun Zariq masih bercakap gatal. Seksi dekat mana baju tidur pun kartun Mickey Mouse. Rabun betul mata Zariq ni! Dalam lalok-lalok pun sempat tengok orang atas bawah.

"dah jom saya papah awak masuk bilik. Saya tak larat dah ni"

Pintu bilik Zariq dibuka dan suis lampu serta penghawa dingin ditekan lalu Mya menghumban tubuh Zariq di atas katil. Ya Allah beratnya Zariq ni hampir patah bahunya itu. Sekali pakej pinggang pun sakit.

Mya kembali bangun dan menutup tirai. Baru sahaja mahu mengalih badan tubuh Zariq berdiri terpacak dibelakangnya. Bila Zariq bangun pun dia tak tahu. Zariq hanya tersenyum memandang ke arahnya sambil mata terbuka sedikit.

"awak tidur lah saya keluar dulu"

Belum sempat Mya mahu melangkah tangan Zariq pantas mencengkam lengan Mya sehingga Mya terdorong ke belakang. Zariq tersenyum memandang wajah Mya yang tersangat lah dengannya sekarang ini. Kulitnya yang putih dan lembut seperti bayi bibirnya pula merah itu sentiasa nampak menyelerakan dimata Zariq.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now