BAB 79

2.4K 90 0
                                    

"ABANG"kejut Mya Arlisa kepada Zariq Amsyar yang tidur membelakanginya. Dia bangun dari baring sambil memegang perutnya.

"abang"panggil Mya Arlisa lagi.

"bangun lah kejap abang"kata Mya Arlisa sambil menggoyangkan badan Zariq Amsyar supaya lelaki itu bangun.

Zariq Amsyar yang baru sedar Mya Arlisa memanggilnya terus dia bangun dari tidur dan memandang ke arah Mya Arlisa yang memegang perut itu. Jam di dinding menunjukkan pada pukul 3:15 pagi. Takkan dah nak beranak pula? Due lagi dua tiga hari.

"kenapa perut sayang dah mula sakit ke? Dah nak terberanak dah ke?"tanya Zariq Amsyar kalut. Dia terus melompat turun dari katil dan pergi ke arah Mya Arlisa disebelah.

Mya Arlisa menepuk dahi sambil menggeleng kepala.

"ish bukan nak beranak lah"

"habistu kalau bukan nak beranak apa?"

"Mya lapar Mya nak makan"

Zariq Amsyar terus mencekak pinggang mendengar. Cara Mya Arlisa kejut dia tadi macam nak terberanak dah rupanya kejut dia sebab lapar je? Kalau nak terberanak pun tak apa sebab beg pakaian bayi mereka dan pakaian Mya Arlisa sudah siap dikemas tinggal angkut bawa pergi hospital je.

"sayang nak makan apa? Sekarang dah pukul 3:15 tau"kata Zariq Amsyar sambil memandang jam.

"Mya rasa macam nak makan nasi lemak beratur Maluri. Teringin pula nak makan"kata Mya Arlisa sambil membuat muka kesian.

Ini semua salah Zahra. Sebab Zahra lah punca dia teringin nak makam nasi lemak beratur Maluri lagi. Semalam pukul 3 pagi Zahra sudah keluar rumah untuk beratur membeli nasi lemak viral itu. Sekali makan boleh teringat-teringat. Dia nak tidur pun tak lena sebab teringat rasa kesedapan sambal nasi lemak itu boleh buat dia telan air liur.

"nak kena beratur panjang lah sayang"kata Zariq Amsyar sambil menggeleng kepala. Ini semua salah Zahra. Berbaloi tu berbaloi lah nasi lemak itu sedap tapi yang nak kena beratur tu satu hal punya panjang.

"alaa boleh lah Mya teringin Mya nak makan sebelum beranak nanti dah beranak nasi lemak pun tak boleh nak makan"kata Mya Arlisa dengan nada memujuk.

Kasihan pula Zariq Amsyar melihat Mya Arlisa yang teringin nak makan nasi lemak itu. Kalau tak beli nanti anak mereka yang bakal lahir itu meleleh air liur kalau tengok orang makan.

"yelah abang pergi beli"

Zariq Amsyar terpaksa turuti kemahuan Mya Arlisa disebabkan lagi berapa hari Mya Arlisa akan bersalin dah akan berpantang kalau tak dituruti kesian pula teringat asyik nasi lemak beratur Maluri itu je.

"tapi Mya nak temankan"

"tak boleh sayang nanti sayang penat nak beratur. Nak sampai pun makan masa 30 minit entah-entah sampai beratur dah panjang"

"Mya boleh tunggu dalam kereta masa abang beratur"

Mya Arlisa mengelip mata berkali-kali. Harap-harap lah Zariq Amsyar termakan pujukannya. Dia memang teringin nak makan nasi lemak itu tapi dia nak teman Zariq Amsyar belikan nasi lemak itu juga dia tak mahu dia tunggu di rumah sampai nasi lemak di depan mata.

"jom lah"kata Zariq Amsyar dan membantu Mya Arlisa untuk bangun.

Tersenyum kerang busuk Mya Arlisa mendengar. Ini yang dia mahu dengar. Dengan memakai baju tidur satin pun dia mahu teman Zariq Amsyar beratur beli makanan. Tak apa dia tunggu di dalam kereta saja.

Hampir 25 minit memandu dengan lancar mereka tiba di nasi lemak beratur Maluri. Ramai orang mula beratur memandangkan sekarang sudah dekat pukul 4 pagi. Kata Zahra nasi lemak beratur Maluri buka pada pukul 5 pagi nak dapat makanan yang masih banyak lauk dan cepat harus pergi awal kalau pergi
lambat kirim salam jelah. Yang membeli itu pun bukan beli sebungkus dua je tapi lima enam bungkus.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora