BAB 17

5.3K 149 2
                                    

SURAT perakuan nikah antara Zariq Amsyar dan Mya Arlisa ditatap oleh Mya. Hampir menitis air matanya melihat sijil kahwin mereka di tangannya. Rasa macam mimpi yang dirinya sudah pun berkahwin sekarang. Pejam celik hampir 1 tahun mereka berkahwin tanpa ada siapa yang tahu hanya mereka sahaja.

Mereka dikahwinkan diwakil walikan oleh bapa saudara Mya sendiri iaitu Abdul Aziz. Mya terkejut sewaktu Abdul Aziz sampai dan duduk berhadapan dengan Zariq sewaktu mahu berjabat tangan.

"saya nak kahwin!"

"apa maksud kau?"

"kalau awak nak saya tinggal serumah dengan awak saya minta awak tolong kahwin dengan saya"

"hei untuk apa aku kena kahwin dengan kau perempuan? Permintaan kau tu dah melampau tahu tak. Tak cukup aku selamatkan kau dari kena makan dengan Dato kaya tu kau minta aku kahwin dengan kau pula? Hell no!"

"saya taknak duduk dalam dosa. Saya tak kisah apa awak nak buat dekat saya tapi saya minta tolong kahwin dengan saya dulu"

Zariq terdiam. Kahwin? Tak pernah terdetik dalam diri Zariq untuk berkahwin dengan Mya atau mana-mana perempuan seusianya yang masih dikatakan muda 27 tahun. Hidup Zariq hanyalah mahu keseronokan perkahwinan langsung tiada dalam list kehidupan Zariq.

"apa aku dapat kalau aku kahwin dengan kau?"

"apa sahaja awak nak saya akan buat saya sanggup buat"

"sanggup layan aku hari-hari?"

Mya terdiam sambil memejam mata. Perlahan-lahan Mya terpaksa menganggukkan kepalanya walaupun tanpa rela.

"baik aku setuju kahwin dengan kau tapi dengan satu syarat. Perkahwinan kita ni hanya kita berdua je tahu orang lain tak boleh tahu? Walaupun kita dah kahwin tapi aku nak kita buat hal masing-masing kau tak boleh masuk campur hal aku dengan siapa aku nak berkahwin tapi kau kena jalankan tugas kau sebagai seorang isteri kepada aku dan aku akan beri kau nafkah zahir dan batin kepada kau"

"saya setuju"

"minggu depan kita kahwin"

"dekat Siam ke?"

"buat apa kahwin dekat Siam kalau wali kau dekat Malaysia"

Zariq terus berlalu melangkah untuk masuk ke dalam bilik meninggalkan Mya di ruang tamu termangu-mangu.

"wali aku dekat sini tapi siapa?" tanya Mya seorang diri.

1 minggu kemudian...

"aku menikahkan kamu dengan anak saudaraku Mya Arlisa binti Hisham dengan mas kahwin RM 5000 tunai"

"aku terima nikahnya Mya Arlisa binti Hisham dengan mas kahwin RM 5000 tunai"

"sah"

"sah"

"alhamdulilah"

Air mata Mya tidak dapat bertahan lagi akhirnya tumpah jua. Bapa saudaranya yang menjual dirinya yang menikahkan dirinya? Lawak apakah ini?

Selesai sahaja Abdul Aziz mendekati Mya dan Zariq. Mya teragak-agak untuk menyalam tangan bapa saudaranya itu. Hampir berapa puluh tahun mereka tidak ketemu di hari perkahwinannya mereka bertemu semula sebagai walinya.

"Mya"panggil Abdul Aziz.

"apa pak lang cuba buat ni? Pak lang dah jual saya tau sekarang pak lang datang sebagai wali saya pula?"kata Mya dengan nada geram.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now