BAB 54

3.6K 123 14
                                    

MYA mendapat panggilan kecemasan dari Mak Ndak kata Mak Ndak, Pak Ndak jatuh bilik air sampai pengsan sekarang pun belum sedar lagi. Hatinya turut risaukan keadaan Pak Ndak tapi pada masa yang masa dia tidak ingin lagi memijak kaki di Penang.

Kalau balik Penang dia kena hadap semua orang di sana. Tabahkah hati dia? Tapi kata Mak Ndak, Mak Ndak tak paksa pun untuk dia balik menjenguk Pak Ndak di hospital sekadar mahu memberitahu keadaan Pak Ndak sahaja. Mak Ndak faham keadaan dia tapi dia rasa serba salah pula dah Mak Ndak beritahu Pak Ndak masuk hospital takkan dia tidak mahu pulang menjenguk Pak Ndak walaupun sekejap?

Dia kenang juga jasa Pak Ndak. Pak Ndak memang baik dengannya sejak kecil lagi. Walaupun dia jarang bercakap dengan Pak Ndak dulu tapi dia tahu Pak Ndak seorang yang baik.

"Mya kenapa ni?"soal Zariq dengan nada serak basah.

Cepat-cepat Mya menyimpan telefon di dalam laci. Tentu Zariq terjaga mendengar deringan telefonnya sebentar tadi. Wajah Zariq yang masih mengantuk itu di pandang. Sekarang baru pukul 7:15 pagi mestilah Zariq masih mengantuk sebab Zariq selalu bangun pukul 8 setiap hari untuk ke pejabat kalau hari cuti pukul 10 ke pukul 11 baru boleh tengok muka Zariq.

"siapa yang telefon tadi tu?"tanya Zariq sambil menggosok matanya yang terasa kabur itu. Biasalah baru bangunkan.

"err...Mak Ndak saya yang telefon"

"kenapa Mak Ndak telefon?"

"Mak Ndak beritahu yang Pak Ndak masuk hospital pagi tadi tergelincir dalam bilik air masa nak ambil wuduk solat subuh"

"Ya Allah. Lepastu Pak Ndak okay ke tak?"

Zariq terus bangun dari baringan lalu menyandarkan badannya tanpa baju itu ke kepala katil.

"Mak Ndak cakap Pak Ndak pengsan tak sedarkan diri lagi"

"lepastu macam mana you nak balik jenguk Pak Ndak?"

Mya terdiam masih memikirkan. Nak balik ke tidak? Kalau balik menyusahkan Zariq pula sudah lah harini hari berkerja lagi baru hari Rabu pula tu. Kalau tak balik dia pula rasa bersalah. Mak Ndak beritahu dia tentang Pak Ndak takkan dia tidak mahu balik walaupun hanya mulut Mak Ndak cakap tak paksa dia untuk balik. Kalau rasa nak balik, balik lah taknak balik tak apa tiada paksaan.

"nak tapi nanti menyusahkan awak pula. Awak tu banyak sangat ambil cuti bulan ni"

"tak apa i bos i ada pengecualian. Jadi you nak balik tak jenguk Pak Ndak? Kalau nak jom lah kemas baju apa patut lepas sarapan kita bertolak"

"kenapa pula nak kena kemas baju?"tanya Mya sambil mengerut dahi tidak faham.

Rancangan dia mahu balik jenguk Pak Ndak sekejap je lepastu balik terus ke KL. Dia tidak mahu Zafiq banyak sangat cuti walaupun Zariq kata tak apa dia bos tapi dia rasa tidak patut.

"yelah kita duduk sana sehari dua takkan lah kita jenguk Pak Ndak sekejap je lepastu balik KL terus tak elok pula orang kata nanti. Kita duduk sana sehari dua tengok keadaan Pak Ndak dulu okay ke tak"

"tapi..."

Zariq terus meletakkan jarinya di bibir Mya.

"kenapa you takut nak hadap mulut mak-mak saudara you? Hei dengar sini Mya. You tak perlu nak takut you tak bersalah pun. You hormat diorang kalau diorang hormat you. Umur bukan satu alasan untuk orang tua biadap dengan orang muda yang salah tetap bersalah. I izinkan you lawan cakap mak-mak saudara you kalau diorang dah melampau sangat. You jangan risau i kan ada. I akan selalu back up you"kata Zariq memberikan kata-kata semangat buat Mya.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now