BAB 72

2.4K 77 7
                                    

UWERK...UWERK

Tepat pada pukul 4:15 pagi Zariq Amsyar dari lena apabila mendengar seperti ada orang muntah. Dia meraba disebelahnya. Tempat Mya Arlisa kosong. Comforter diselak dengan kasar sebelum dia bangun mendekati bilik air yang terang itu.

"kenapa sayang?"tanya Zariq Amsyar risau. Dia menggosok belakang tubuh Mya Arlisa untuk melegakan sedikit rasa loya.

"tak tahu tiba-tiba je saya rasa nak muntah"jawab Mya Arlisa perlahan. Pening kepalanya apabila dia muntah segala isi perut.

"rasa nak muntah lagi tak?"tanya Zariq Amsyar kepada Mya Arlisa. Rambut panjang Mya Arlisa diselak ke belakang dan tangannya masih menggosok tubuh belakang Mya Arlisa.

Mya Arlisa hanya mengangguk. Dia masih ada rasa seperti mahu muntah. Tapi dia sudah penat lagi-lagi dengan kepalanya yang agak pening sedikit. Pandangannya pun mula kabur.

Melihat tubuh Mya Arlisa seperti mahu tumbang cepat-cepat Zariq Amsyar menangkap tubuh Mya Arlisa daripada terjatuh. Dia mencempung tubuh Mya Arlisa lalu dibawa ke katil lalu dia meletakkan Mya Arlisa dengan perlahan.

"saya minta maaf sebab dah kacau abang tidur"kata Mya Arlisa lembut. Tangannya pula sedang memicit kepalanya yang agak pusing.

"tak ada benda lah. Lain kali kalau rasa nak muntah ke apa kejut abang. Abang temankan tadi Mya hampir nak jatuh nasib abang sempat sambut"kata Zariq Amsyar lembut. Melihat isteri mengurut kepala dia mencapai minyak cap kapak di meja lampu lalu disapukan di dahi isterinya yang sudah peluh menitik itu.

"saya cuma tak nak susahkan abang je. Abang nak kerja takkan saya nak kejutkan abang semata-mata nak ke tandas"kata Mya Arlisa perlahan. Kepalanya rasa segar sedikit selepas Zariq Amsyar menyapu minyak cap kapak di dahinya.

"tak benda yang susahkan abang lah sayang. Lepas ni kalau nak ke tandas kejut abang. Jangan pergi sendiri abang bukan apa abang cuma risau je"pesan Zariq Amsyar kepada Mya Arlisa.

Mya Arlisa hanya mengangguk sambil senyum. Selagi dia boleh buat sendiri dia akan buat sendiri. Dia takkan susahkan suaminya dengan perkara kecil. Dia tahu suaminya penat bekerja. Zariq Amsyar ada menceritakan kepadanya yang banyak projek baru masuk akhir-akhir ini jadi dia tidak mahu membebankan Zariq Amsyar walaupun suaminya tidak pernah mengeluh.

"abang tidur lah esok awal pagi abang ada meeting kan. Nanti abang tak cukup tidur pula. Saya dah okay abang tak payah risau"kata Mya Arlisa lembut. Dia menepuk tilam disebelahnya.

Zariq Amsyar hanya tersenyum. Minyak cap kapak diletakkan kembali di atas meja lampu. Dia memanjat naik ke atas katil disebelah Mya Arlisa. Baru sahaja baring tubuhnya terus dipeluk oleh Mya Arlisa.

"saya suka bau abang wangi"kata Mya Arlisa lalu dia mencium leher Zariq Amsyar berkali-kali.

Zariq Amsyar sudah menelan air liur. Memang Mya Arlisa tidak berniat mahu menggoda dia pagi-pagi buta begini tapi dia yang tergoda dengan Mya Arlisa lagi-lagi Mya Arlisa mencium lehernya lagi lah membuatkan Zariq Amsyar tidak senang duduk.

"hanya bau abang je boleh buat saya hilang loya"kata Mya Arlisa lagi. Leher Zariq Amsyar dicium lagi sehingga Zariq Amsyar menolak tubuh Mya Arlisa.

"kenapa abang tak bagi saya cium abang ke? Abang rasa rimas ke dengan saya?"tanya Mya Arlisa bertubi-tubi. Dia mula mencebik. Zariq Amsyar pasti merasa rimas dengan perangainya sebab itulah suaminya menolak dirinya dari mencium leher suaminya.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Kde žijí příběhy. Začni objevovat