BAB 28

4.8K 135 6
                                    

PAGI ini Mya berasa sedikit segar berbanding dengan semalam. Terharu juga Mya dengan Zariq yang tidak letih menjaganya semasa dia demam semalam. Pukul 2 pagi Mya terjaga tengok-tengok je Zariq meletakkan kepala ditepi katilnya. Kesian melihat Zariq tidur begitu Mya bangun dan mengajak Zariq untuk tidur sekatil dengannya walaupun katilnya hanya katil bujang tapi cukup untuk mereka berdua.

Bangun pagi je tangan Zariq dah merayap memeluk pinggangnya dari belakang. Perasaannya sungguh bahagia tidak terkata. Tapi layakkah dia untuk berasa begitu? Zariq sendiri tidak pernah luahkan isi hatinya kepada dia takkan lah dia beria nak ada hati dekat Zariq sedangkan lelaki itu tiada perasaan dekat dia macam syok sendiri pun ada.

"morning Mya"tegur Zariq kepada Mya sambil menarik kerusi untuk duduk.

"morning"balas Mya dengan senyuman.

"you dah baik demam ke masak breakfast ni?"

"alhamdulilah boleh lah tak adalah rasa macam semalam. Ni awak nak makan nasi goreng kampung atau roti dengan telur?"

"i nak makan nasi goreng kampung"

Tanpa membuang masa Mya terus menyedok nasi goreng kampung ke dalam pinggan Zariq. Selalunya Zariq mana suka makan benda berat pada waktu pagi harini lain pula cita rasa lelaki itu. Melihat dari pakaian Zariq macam pakaian duduk di rumah sahaja tak ada ciri-ciri nak ke pejabat pun. T-shirt putih dan short pants. Rasanya waktu begini Zariq dah dalam kereta nak ke pejabat.

"apasal you pandang i macam tu?"soal Zariq sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Matanya pula sibuk memandang ke arah iPad dihadapannya.

"awak tak kerja eh harini?"

Zariq terus meletakkan sudu. Nak jawab macam mana ni? Takkan nak bagitahu dia susah hati di pejabat kalau keadaan Mya masih tidak baik. Mana boleh beritahu macam tu aib dia tu kena jaga dengan baik jangan memalukan depan Mya.

"harini tak ada meeting penting so i ambil cuti nak rehat-rehat je dekat rumah"

Mya hanya mengangguk kepala. Oh begitu rupanya. Selalunya lah ada meeting ke tak ada Zariq tetap akan ke pejabat. Pejabat itu bagai rumah kedua bagi Zariq.

"you tu baru baik demam dulu lah takkan nak berdiri je dekat situ. Sini i cedokan nasi goreng untuk you"

Belum sempat Mya menghalang tangan Zariq laju menyedok nasi goreng kampung ke dalam pinggan Mya. Benda apalah yang merasuki Zariq sekarang ni? Selama 1 tahun mereka tinggal sebumbung belum pernah Zariq melayannya begini siap cedok nasi bagai. Rasa macam tengah mimpi pun ada sekarang ni.

"makan lah ke you nak i suapkan"

Dengan pantas Mya memegang sudu bersedia untuk makan. Jangan lah nak siap-siap dia kalau tak mahu tengok dia pengsan dekat meja makan kejap lagi. Tak tahu rentak jantung dia bukan main laju lagi. Itu baru cedok makanan belum suap lagi rasanya kalau suap pengsan dah dia dekat sini. Silap hari bulan Zariq angkut dia pergi hospital sebab pengsan.

"Mya kalau boleh lepasni i tak nak you makan benda pedas sangat"

"kenapa pula?"tanya Mya pelik.

Tak pernah-pernah Zariq berkata begitu. Zariq langsung tidak ambil tahu apa yang Mya makan selama ini.

"i seram tahu tak tengok you gigit cili macam you makan carrot. Silap hari bulan you boleh kena appendik tahu tak nanti siapa yang susah i juga kan so i pesan awal-awal dekat you supaya you beringat"

"tapi saya memang kuat makan pedas tak makan pedas sehari tak boleh"

"memang i tahu tapi kalau sakit nanti macam mana? Kalau you sayangkan perut you jangan lah makan pedas selalu sangat"

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now