BAB 69

2.4K 74 2
                                    

AMELIA mengerut dahi melihat ada sebuah kereta mewah berjenama Mercedes Benz terparking elok disebelah kereta Proton Saga milik ayahnya. Dia baru sahaja pulang dari kerja harini dia pulang agak lewat sedikit daripada biasa kerana dia buat overtime.Siapa pula yang datang ke rumah ni? Orang datang nak meminang dia ke? Tapi logik ke dah pukul 10 malam dah.

Terdengar suara riuh rendah dari ruang tamu membuatkan Amelia semakin ingin tahu siapa tetamu yang datang ke rumah mereka ini. Seusai memberi salam Amelia melangkah masuk ke dalam rumah.

Wajahnya sungguh terkejut apabila melihat sosok tubuh wanita yang sudah lama dia tidak ketemu dan kini muncul bersama seorang lelaki kacak disebelahnya. Siapa pula lelaki ni?

"ha Lia baru balik"kata Encik Khalid kepada anaknya.

"ye tadi buat overtime"balas Amelia sambil mata masih memandang ke arah Mya.

"kenalkan Zariq ni anak sulung paksu Amelia namanya. Amel ni Zariq suami kepada Mya"perkenal Encik Khalid.

Zariq hanya menunduk kepala sambil tersenyum kepada Amelia. Dia fikir Encik Khalid mempunyai seorang anak sahaja iaitu Amil yang baru dia berkenal sewaktu makan malam tadi rupanya ada lagi seorang anak perempuan.

Membulat mata Amelia mendengar. Suami? Dia tak salah dengar kan? Dia belum pekak kan? Jadi di depan kereta mewah itu milik suami Mya? Sungguh dia tidak percaya rasa macam tengah bermimpi pula. Dah lama tak balik tahu-tahu bawa balik suami yang kaya dan kacak pula tu.

"tercegat apa lagi dekat situ sapa lah Mya dah lama tak jumpa kan"kata Encik Khalid kepada Amelia.

Mya tersenyum memandang Amelia. Perlahan-lahan Mya bangun dari duduk dan mendekati Amelia. Amelia seperti tercengang di hadapan pintu. Betul ke ni Mya yang dia kenal? Kenapa semakin cantik pula perempuan ni? Sebelum ni memang Mya dah cantik tapi kali ini kecantikan Mya itu bertambah. Pakai produk apakah?

"hi Lia lama kita tak jumpa. Lia sihat?"sapa Mya sambil tersenyum.

"erk...aku sihat. Bila kau sampai?"tanya Amelia tergagap-gagap.

"tadi petang"

Amelia hanya mengangguk kepala. Kekok pula mahu berbual dengan Mya sedangkan sepanjang Mya tinggal disini dahulu mana pernah dia tegur dan layan Mya dengan baik tapi Mya tetap kelihatan baik seperti selalu. Amelia mula rasa bersalah atas perbuatannya yang dahulu. Dia tersangatlah kejam dengan Mya.

"Lia masuk bilik dulu nak mandi dan solat"kata Amelia lalu melangkah masuk ke dalam biliknya yang tidak jauh daripada ruang tamu.

Mya hanya tersenyum. Sedikit pun dia tak terasa hati dengan layanan Amelia itu. Dia sudah terbiasa dari dulu lagi. Syukur Amelia mahu bercakap dengannya tidak seperti dahulu. Cakap sahaja mesti kata-kata menyakitkan hatinya.

Perlahan-lahan Mya kembali duduk disebelah Zariq. Zariq memegang lengan Mya sehingga Mya kembali duduk disebelahnya.

"korang berdua tinggal lah sini beberapa hari. Maksu ingat nak buat kenduri tahlil sikit untuk arwah tok, tokwan kamu sekali dengan arwah ibu dan abah kamu hari Sabtu nanti dah alang-alang kamu balik boleh lah join sekali"kata Puan Marni kepada mereka berdua.

"lah yeke buat susah-susah maksu je"kata Mya lalu mencapai tangan Puan Marni.

Puan Marni sudah banyak membantunya dari kecil hingga besar. Terdetik dihati mahu pulang ke Johor tahu-tahu Puan Marni mahu buat kenduri tahlil untuk arwah ibu dan abahnya. Syukur tak terhingga kerana sampai sekarang ada orang yang masih mengingati arwah ibubapanya itu.

"boleh je maksu dah alang-alang balik ke sini dapatlah kenal dengan orang kampung"kata Zariq pula. Setuju untuk tinggal disini sehingga kenduri tahlil yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now