Segala barang di atas meja di tolak kuat oleh Carlo. Wajahnya masih kelihatan kusut dan tidak terurus. Runsing memikirkan hal ini.

"Semuanya dah terlambat. Sayang–" Carlo berbicara perlahan sambil menatap gambar Delivia dalam frame di bawahnya. Carlo menunduk kemudian membuang kaca frame itu ketepi lalu mengambil gambar itu. Matanya sudah pun mengeluarkan cecair jernih.

"Delivia –" Carlo terus terduduk. Dia memeluk erat gembar itu. Wajahnya menunduk ke bawah. Titisan air mata mula membasahi lantai.

Dia sudah cuba jejaki Tayler tapi tak jumpa satu apa pun. Orang-orangnya juga sudah jadi jejaknya. Masih hampa.

Fikiran Carlo masih keliru sama ada Delivia sudah mati atau belum. Tapi ketika orangnya memeriksa kejadian di sana, tiada mayat Delivia di temui. Kalau ada pun beberapa jasad yang sudah hampir rentung  mayat di jumpai. Tapi pihak hospital sudah sahkan bahawa semua itu adalah lelaki.

Lalu di mana Delivia? Inya masih misteri akan kehilangannya.

Carlo sungguh tak percaya apa yang terjadi. Orang yang dia sudah mula curahkan kasih sayang hilang begitu sahaja. Ini semua kerana cuainya sendiri. Sungguh tak guna rasanya.

Krekk–

"Carlo–" Rubby mula masuk ke dalam bilik kerja Carlo. Berselerak sudah bilik itu. Dia mendekati Carlo yang masih menunduk itu.

"Aku tahu kau kuat" Rubby mula memujuk.

"Keluar–" balas Carlo dengan nada mendatar.

"Orang-orang kita masih mencari keberadaan Delivia. Jadi kau jangan risau" jawab Rubby sambil berjalan ke pintu keluar. Kakinya berhenti

"Tapi– kalau masih tak jumpa, kau kena redha yang Delivia sudah tiada" ujar Rubby perlahan dan terus melangkah pergi. Carlo mengetap rahang. Dia dengar apa yang Rubby katakan.

Dia tetap tak akan berputus asa mencari Delivia. Pandangnya jatuh kembali pada gambar isterinya. Kedua matanya merenung lama ke arah gambar itu.

Dia perlu buat sesuatu.

Skip–

"Macam mana?" Luxia mula menyoal saat Rubby sudah turun ke bawah. Bella juga ada berdiri di sisi Luxia.

"Nampak sedikit buruk tapi dia akan okey juga nanti" balas Rubby kemudian dia duduk di atas sofa.

"Tak mungkin dia okey kalau orang yang dia sayang sudah tak ada. Apatah lagi isterinya sendiri Rubby" ujar Luxia .

"Betul tu. Sebelum ini, setiap hari saya nampak wajah Tuan Carlo akan ceria bila tatap wajah isteri dia. Kalau tidak serius sahaja wajahnya" ujar Bella pula.

"Aku tahu " balas Rubby ringkas kemudian dia memejamkan mata. Kapalanya di sandarkan di kepala sofa. Dia juga runsing memikirkan hal  ini. Tidak mungkin dia tidak sayang Delivia, Delivia sudah pun jadi kakak iparnya. Pasti dia akan ambil berat dengan orang yang dekat dengannya.

Dia juga ada mencari Delivia tapi susah untuk mendapatkannya. Jadi dia serahkan pada orang-orangnya.

"Luxia, makan tengah hari dekat sini tau. Aku nak sambung masak jap" Bella terus bangun dan menuju ke dapur. Kerjanya tergendala saat Luxia datang untuk tahu keadaan Carlo.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now