Part 100

127 4 0
                                    


3 hari kemudian


Lia membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa sakit seolah-olah dihempap batu yang teramat berat. Dimana dia berada? Bisiknya dalam hati. Lampu di siling kelihatan terang dan menyilaukan matanya. Lia menoleh memandang kearah kanan perlahan. Dari samar-samar di lihat seseorang sedang duduk tersandar di sofa. Lia mengerakkan tangannya perlahan cuba mencapai sesuatu di meja kecil sebelahnya. Oleh kerana deria sentuhannya masih lagi lemah, barang yang cuba di ambilnya tadi terlepas dari tangannya lalu terjatuh di atas lantai. Lia mengeluh kecil. Dia tidak berniat hendak mengejutkan sesiapa yang tidur di sofa itu, namun perbuataannya telah menyebabkan orang itu terjaga.


Nik tersentak bila terdengar seperti barang terjatuh. Dia memandang kearah katil isterinya. Alhamdullilah. Lia sudah sedar dan sedang memandang ke arahnya. Selama 3 hari Lia tidak sedarkan diri akibat tergelincir jatuh di tangga tempoh hari.


Nik khuatir dengan keadaan Lia kerana menurut doctor Lia pernah mengalami kecederaan teruk di kepala 4 tahun yang lalu. Mereka tidak mahu keadaan Lia menjadi semakin serious kerana kecederaan yang Lia alami kali ini juga melibat bahagian kepala. Mendengar penjelasan dari Doktor Shahrul, sedikit sebanyak membuatkan Nik merasa bimbang dan risau dengan keadaan isterinya. Siang dan malam dia tidak putus berdoa agar isterinya pulih dan sembuh seperti sediakala. Dan berdoa agar keadaannya tidak membimbangkan.


Cedera dan luka di kepala Lia tempoh hari hanya sedikit namun mereka tidak mengambil ringan kerana Lia pernah cedera dahulu. Dan Lia tidak sedarkan diri selama 3 hari.


Nik menarik kerusi di sebelah katil lalu merapatkan kerusi itu ke katil Lia lalu duduk. Lia masih memandang wajahnya tanpa berkedip. Nik mula merasa cemas melihat keadaan Lia sebegitu.


"Sayang!," tegur Nik perlahan lalu menyentuh tangan isterinya perlahan.


Lia tersentak bila tangannya di sentuh. Masih tidak berkata apa. Dia hanya memandang wajah Nik seolah-olah tidak mengenali lelaki itu.


Nik merasa tidak berapa enak kerana Lia tidak memberi apa-apa tindak balas malah hanya memandang wajahnya sahaja tanpa ekpresi. Nik segera bangun dari kerusinya lalu menuju kearah pintu. Dia mahu memberitahu doktor bahawa isterinya telah sedar dan mahu doctor memeriksa Lia.


"Abang nak kemana?," Lia bersuara perlahan.


Nik memberhentikan langkahnya bila Lia tiba-tiba bersuara. Dia kembali ke katil Lia.


"Abang hendak panggil doctor," ujar Nik lalu duduk di kerusinya semula. Dia merasa lega kerana Lia memanggilnya 'abang' ini bermakna Lia kenal siapa dirinya. Awal tadi Nik merasa cemas kerana dia khuatir Lia tidak kenal pada dirinya.


"Nanti dulu..," jawab Lia lalu menoleh memandang wajah Nik.


"Ok," jawab Nik ringkas lalu memandang wajah Lia dengan wajah simpati. Dia ingin memastikan bahawa isterinya berada di dalam keadaan baik.


"Sorry, I ruined our honeymoon!," ujar Lia lalu mengeluh kecil.


"It's ok sayang..we can go our honeymoon again bila-bila masa sayang hendak pergi," pujuk Nik lalu tersenyum. Nik bersyukur kerana Lia tidak lupa apa-apa tentang kejadian kelmarin. Ini bermakna Lia tahu apa yang telah berlaku.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now