Part 61

52 2 0
                                    


DANIA menekan loceng gate bertalu-talu. Tidak sabar ingin bertemu dengan bakal ibu mertuanya kerana dari tadi lagi dia cuba untuk menghubungi Puan Faezah tapi tidak dijawab. Kemana dia pergi dari pagi? Dari rumah Nik dia terus ke rumah Puan Faezah kerana hendak mengadu perihal Nik kepadanya.


"Kenapa lambat sangat nak bukakan gate Cik Manisah? Dah naik cair saya berdiri di sini?," ujar Dania bila pembantu rumah Puan Faezah bukakan gate lewat.


"Maaf Dania..cik kat belakang tadi," ujar Cik Manisah tergesa-gesa membuka gate buat tunang anak puan rumahnya. Awalnya Dania sudah berkunjung ke rumah Puannya. Puannya tidak berada di rumah.


"Patutlah..Puan Faezah mana?? Dari pagi tadi saya cuba hubungi dia tak dapat," ujar Dania lalu keluar dari keretanya. Dia mencapai handbag lalu menuju ke dalam rumah.


"Puan pergi ke Airport menjemput adik angkatnya,"


"Airport?? Adik angkatnya siapa?," tanya Dania lalu mengerutkan dahinya bila pembantu rumah Puan Faezah mengatakan puannya ke Airport menjemput adik angkatnya. Siapa adik angkat Puan Faezah?


"Entah!," jawab Cik Manisah sepatah kerana dia tidak pernah bertanya.


"Cik Nisah buatkan saya air? Dahaga pula tekak saya ni," ujar Dania lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia mencapai remote control yang terdapat di meja hadapannya lalu menghidupkan TV.


"Baiklah," jawabnya lalu menuju kearah dapur untuk membancuh air kegemaran Dania.


Dania mematikan TV semula setelah di dapati tiada satu siaran yang menarik minatnya. Dia sememangnya tidak punya mood untuk menonton TV. Dia tidak sabar hendak mengadu pada Puan Faezah tentang Nik dan dia sakit hati dan merasa cemburu bila melihat Lia bersama Nik.


Dia tidak tahu kenapa dia benci sekali pada Lia. Lia telah merampas Nik darinya. Jika Nik tidak ke Rome dan bertemu dengan Lia, mungkin dia sudah bernikah dan bahagia bersama Nik. Kenapa Lia harus muncul setelah dia berjaya mendapat perhatian Nik?


Dan dia tidak mengerti mengapa dia terus mengharapkan cinta dari Nik sedangkan dia tahu Nik tidak pernah mencintai dirinya?


"Eh Dania??? Bila sampai?," tegur Puan Faezah terperanjat bila dilihat Dania duduk di ruang tamu sendirian.


"Baru juga auntie..auntie ke Airport jemput siapa?," tanya Dania ingin tahu.


"Ah Dania kemari seorang sahaja ke?? Tak pergi tengok Nik?," tanya Puan Faezah tanpa menjawab soalan Dania.


"Seorang.., baru balik dari melawat Nik..Lia ada di sana," jawab Dania tanpa mengulas panjang.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें