Part 9

70 5 0
                                    

Tahun 2001, Di SMTI, Malaysia

"KAU cuba tengok si perempuan gedik tu?," ujar Yana lalu mencuit lengan Lia supaya memandang kearah Nik dan Dania yang sedang berjalan di koridor dan kelihatan berbual mesra.

Lia menoleh memandang kearah mereka. Dania sedang membetulkan tali leher pengawas Nik yang kelihatan senget. Dan Nik pula tersenyum bila Dania membantu membetulkan tienya. Ala lovingnya meluat pula dia melihatnya. Dah macam hero dan heroin dalam filem cerita 'Sembilu'.Dia tidak jealous hanya merasa meluat. Dia sudah lama tahu Dania sukakan Nik. Kerana kemana sahaja Nik pergi pasti Dania ada sama dengannya. Sudah seperti belangkas. Alasan yang selalu Dania berikan bila kelihatan selalu bersama Nik. Dia adalah pembantu ketua pengawas. Lame excuses!

Dan Lia pula suka mencari masalah bila mereka bersama kerana dia sengaja mahu membuatkan Dania cemburu padanya. Dania memang tidak suka padanya kerana dia selalu mengambil perhatian Nik.

"Biasalah..., perempuan hegeh-hegeh memang macam tu perangainya ye tak Yana? Kalau aku taknya hegeh-hegeh macam tu! Tak ada class!," ujar Lia kuat sengaja mahu Dania mendengar sindirian yang di ajukan kepadanya.

Dania berhenti melangkah bila terdengar Lia berkata demikian. Dia tahu Lia menyindirnya. Manakala Nik tidak perasan kerana dia sibuk berbual dengan seorang pelajar lelaki di hadapan kelas 5 Jasmine ketika Lia memberi komen sedemikian.

Setahu Dania, hobi Yana dan Lia mereka bukan sahaja suka mencari masalah dan menyusahkan pengawas terutama sekali Nik. Nakal bukan main. Namun Dania seringkali juga ternampak mereka meluangkan masa mengkaji pelajaran di kompaun sekolah.

Dania menjeling kearah Lia dan Yana yang sedang duduk di meja luar kelasnya sedang mentelaah pelajaran pada waktu rehat. Dia tahu Lia menyindirnya makin sengaja dia menarik lengan Nik menunjukkan kemesraan mereka.

Lia dan Yana menjeling meluat bila Dania berbuat begitu. Nik pula tidak perasan bila Dania berbuat begitu kerana masih sibuk menerangkan sesuatu kepada pelajar lelaki itu.Yana dan Lia terkejut terperanjat bila volley ball tiba-tiba terpelanting dari arah mana lalu terkena kerusi yang mereka duduki.

"Oppsss sorry Lia tak sengaja!," ujar Nancy bila bola volley yang mereka sedang bermain di volley court terjatuh terkena tepat pada kaki Lia.

Lia tidak menjawab, dia mencapai bola volley di sebelah kakinya. Dia mahu membaling bola itu kepada Nancy semula. Namun dia mendapat idea yang lebih baik. Apa kata bola itu dia balingkan kepada perempuan gedik tu? Lia tersenyum lebar.

Lia menoleh kearah Yana. Yana tersenyum seakan dapat membaca apa yang terdapat di fikiran Lia. Lia mencampak bola itu kearah Dania dan bola itu terkena tepat pada badan belakang Dania. Kuatlah juga balingannya sehingga bola volley itu terpelantun kembali berdekatan dengan mejanya semula.

"Aduh! Sakitlah!," jerit Dania lalu menoleh ke belakang. Sakit badannya terkena bola volley.Nancy menutup mulutnya merasa terperanjat bila Lia membuat perkara tidak senonoh lagi. Yana dan Lia pantas duduk semula di tempat mereka sebelum sempat Dania tahu siapa yang membalingnya. Mereka pura-pura buat tidak tahu apa yang telah berlaku.Dania berjalan kembali ke tempat Lia dan Yana sedang duduk. Dia yakin tak lain dan tak bukan ini mesti kerja budak berdua itu. Tiada siapa yang buat kerja tidak berfaedah selain dari mereka berdua.

"Ni mesti kerja korang kan!!," ujar Dania kuat lalu bercekak pinggang. Sakit belakangnya di baling bola tadi. Baran dia di buatnya. Jika tidak memikirkan dia seorang pengawas sudah lama dia cekik-cekik Lia di atas perbuataannya. Lia fikir lucu??

"Eh kenapa ni Dania??," tegur Nik terperanjat lalu menghampiri Dania bila Dania tiba-tiba memarahi Lia dan Yana.

Tadi dia tidak tahu apa yang telah berlaku kerana dia sibuk berbincang sesuatu dengan Ketua Kelas 5 Jasmine mengenai mesyuarat projek seni mereka petang nanti. Dia hanya sedar bila Dania tiba-tiba marah pada Lia dan Yana.

"Diaorang ni baling bola kat belakang I, sakit tau!," rengek Dania cuba meraih simpati dari Nik."Eh jangan nak main tuduh-tuduh kalau tak ada bukti! Kan kita tengah study kau tak nampak! Mata kau buta ke???," ujar Yana lalu menjeling kearah Dania.

"Yana...bila berbicara tu tolong sopan sikit! Jangan cakap ikut sedap mulut awak sahaja!," tegur Nik perlahan kurang senang dengan bahasa kasar yang Yana gunakan.

Darah Lia terasa menyirap bila Nik menyebelahi Dania. Dania tersenyum gembira bila Nik membelanya.

"Eh suka hati Yana lah nak cakap macam mana pun mulut dia kan..., bukan mulut kau! Kau kenapa??," ujar Lia lalu menjeling Nik tajam. Nak backing matair lah konon! Geli!

"Siapa yang baling bola ni pada Dania?," ujar Nik lalu memandang wajah Lia dan Yana. Dia malas hendak bertekak dengan Lia kerana dia percaya Lia tidak akan mengaku kalah. Dalam pada masa yang sama dia memandang kearah beberapa orang pelajar yang berdiri atau berada berdekatan dengan mereka.

Semua pelajar tersebut berhenti dari melakukan aktiviti mereka bila Nik memandang wajah mereka. Semua pelajar tidak berani bergerak dan seakan menjadi statue bila di tanya Ketua Pengawas mereka.

Semua mengelengkan kepala perlahan tanda mereka tidak membaling bola itu kepada Dania. Mereka tidak berani bila Nik sudah bersuara. Dia tahu Nik Ketua Pengawas yang garang dan takut di denda Nik. Hanya Lia dan Yana sahaja kelihatan selamba.

"Nancy awak ke yang baling bola ni pada Dania?," tanya Nik dengan wajah serious kerana pelajar itu memakai baju sukan. Dia tahu Nancy tidak membaling bola itu kepada Dania. Nancy seorang pelajar yang baik dan jujur. Jika bola itu terkena pada badan Dania itupun disebabkan Nancy tidak tersengaja.

"Eh tak abang Nik..bola tu terkena kaki Lia," jawab Nancy jujur dengan wajah serba salah bila di soal Nik.

Lia merenung wajah Nancy seperti hendak menelannya hidup-hidup bila Nancy berkata demikian. Tahulah Nik siapa punya angkara. Namun dia tahu Lia tidak akan mengaku.

"Macamana bola yang terkena kaki Lia boleh terpelanting jauh ke badan Dania?? Macam tak logic?? Kalau tidak ada orang lain yang mengambil bola itu lalu dibalingkan kepada Dania?," ujar Nik lalu memandang wajah Lia bila dia berkata demikian. Nik mencapai bola volley yang berdekatan dengan mereka lalu mencampakkannya semula kepada Nancy. Nancy menyambut bola yang di campak Nik.

"Thanks abang Nik!," ujar Nancy tersenyum, lalu meninggalkan mereka dan menuju kearah volley ball court menyambung game mereka.

"Memang aku yang baling kenapa? Ada masalah?," jawab Lia dengan wajah selamba. Dia dapat rasa Nik tahu itu adalah perbuataannya.

Dania tersenyum sinis bila Lia mengaku sendiri. Memang dia sudah jangka ia adalah perbuatan Lia.

"So Dania..you nak denda apa pada Lia?," ujar Nik lalu menoleh memandang wajah Dania di sebelahnya. Nik sengaja tidak mahu mendenda Lia. Dia serahkan tugas mendenda kepada Dania kerana Lia telah melakukan kesalahan pada Dania bukan dirinya.

"Eh apsal pulak dia yang denda aku?? Kau kan ketua Pengawas? Kau lah denda aku?," ujar Lia. Dia menawarkan diri agar Nik yang mendendanya dan bukan Dania.

"Awak buat kesalahan pada Dania bukan pada saya.., tak ada sebab saya hendak mendenda awak," jawab Nik.

Basket Ball Court! Cemuh Lia dalam hati. Dia mahu Nik mendendanya dan bukan gundiknya. Bagaimana caranya. Oh Yes! Lia mendapat suatu idea yang bernas. Apa yang dia bakal buat nanti pasti akan membuatkan Nik terpaksa bertindak keras terhadap dirinya. Lia tersenyum sendiri. Lia tiba-tiba menendang kaki Nik sekuat hatinya. Dania di sebelah terperanjat bukan kepalang dengan tindakan berani Lia menendang kaki Nik. Lia memang sengaja hendak menempah maut. Perbuataannya itu boleh di kenakan tindakan displin.

"Are you nuts?," ujar Nik mengadu kesakitan bila Lia tiba-tiba menendang kakinya. Dia terduduk di bangku sebelah Lia kerana kakinya terasa sakit teramat sangat.

Lia tersenyum lebar menunjukkan bahawa dia berjaya membuatkan Nik mendendanya kerana dia telah melakukan kesalahan pada Nik.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ