Part 45

50 3 0
                                    


NIK membuka pintu apartmentnya. Dia berjalan lemah menuju kearah balcony. Dania menutup pintu apartment Nik lalu mendapatkannya di balcony. Lelaki itu hanya berdiri memandang kearah permandangan di hadapan bangunannya.


Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya sejak mereka meninggalkan Café di mana Dania bertemu Nik bersama wanita yang kelihatan seperti Lia tadi. Sepanjang perjalanan menuju ke apartment. Di dalam kereta, Nik hanya mendiamkan diri. Nik tidak melarang Dania mengikutnya mahupun membenarkan Dania mengikutnya. Nik hanya diam sahaja.


Keputusan Nik untuk mendiamkan diri itu membuatkan Dania menjadi bimbang. Dia tahu Nik marah padanya maka lelaki itu memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Nik tidak seperti lelaki lain. Jika marah, mereka akan menunjukkan kemarahan mereka. Namun Nik tidak. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Salah satu kualiti yang ada pada Nik membuatkan dia cinta pada lelaki itu dan dia tidak mahu Nik di kongsi dengan sesiapa hanya untuk dirinya.


"Sayang!," tegur Dania lalu mendekati lelaki itu. Dania memandang wajah Nik. Lelaki itu tidak menoleh kearahnya.


"I'm sorry sayang, please talk to me? I hate it when you are not talking to me!," ujar Dania lalu merangkul lengan Nik. Susah sangat ke Nik hendak memahami perasaannya. Kenapa lelaki itu tidak dapat menerima cintanya.


"I hendak cakap apa Dania?," jawab Nik perlahan tanpa menoleh memandang wajah Dania.


"Sayang! Please don't treat me as if I'm a bad person! I just said what I needed to say, it's the truth, you are my future husband!," jawab Dania mempertahankan diri bila Nik seolah-olah menyalahkan dirinya. Dia hanya mempertahankan haknya.


"But you know the fact that, if she really is my wife, you have to share me with her, because I won't leave her..ever!," jawab Nik lalu menoleh memandang wajah Dania. Dania harus tahu kedudukannya dan bersedia. Dania yang bersungguh-sungguh hendak bersuamikan dia. Maka Dania terpaksa menerima segala kemungkinan yang bakal terjadi.


Jika benar Zara Lia itu adalah isterinya. Dia tidak akan meninggalkan Lia. Hanya ajal maut sahaja yang dapat memisahkan mereka. Selagi nyawa di kandung badan dia tidak akan meninggalkan Lia.


"You really think that woman is your wife??? Wake up Nik! Lia dah tak ada! She  is just someone who looks just like her!," ujar Dania geram bila Nik mengatakan dia harus berkongsi kasih dengan Lia. No way! Not in a million years! Dia tidak sukakan Lia. Lia selalu merampas kebahagiaannya. Lia juga yang merampas Nik darinya.


"I know my Natalia...Dania, she is my wife, we shared a life together, you wouldn't understand!," ujar Nik perlahan. Sejak dari awal pertemuaan dia dengan Zara. Naluri hatinya yakin benar bahawa Zara itu adalah Natalia isterinya. Hanya dia tidak mampu membuktikan bahawa Zara itu adalah Natalia kerana dia tiada bukti yang kukuh sehinggalah Zara menceritakan kepadanya bahawa dia pernah terlibat dengan kemalangan di Santa Lucia dan dia hilang ingatan.


Dan setelah apa yang telah berlaku awal tadi, dia tidak tahu Zara mahu bertemunya lagi. Dia dapat melihat kekecewaan di wajah Zara ketika meninggalkan dia tadi. Dia dapat merasakan Zara sudah mula cinta padanya. Dan dia juga kasih dan cintakan Zara.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now