Part 71

50 3 0
                                    


NIK meraup wajahnya perlahan setelah memanjatkan doa lalu menoleh memandang wajah isterinya yang terbaring letih di hujung katil memerhatikan dia berdoa tadi. Matanya kelihatan layu dan penat. Nik tersenyum melihat wajah comel isterinya itu.


"Kenapa sayang tak tidur lagi?," tegur Nik bila dilihatnya Lia memandang wajahnya terkebil-kebil sedari tadi. Dia tidak meminta Lia menunggunya. Dia tahu Lia tidak dapat solat bersama kerana uzur.


"Tunggu abang!," jawab Lia perlahan lalu menguap kecil. Matanya benar-benar mengantuk.


Nik tersenyum bila Lia berkata demikian dia menghulurkan tangannya. Lia menyambut lalu mencium tangan Nik perlahan. Nik membalas dengan mengucup kepala isterinya perlahan. Hatinya sayu bila dia berbuat demikian. Dia tidak tahu kenapa.


"Apa yang abang bualkan dengan Haider tadi? Nampak serious sahaja," ujar Lia lalu beralih ke tempatnya. Dia menunggu Nik selesai solat kerana dia mahu tahu apa yang mereka berdua bualkan semasa dia menonton filem dengan mama Zarina.


"Tak ada apa-apa..berbual kosong sahaja," ujar Nik lalu menarik selimut ke paras dada isterinya agar isterinya tidak merasa kesejukkan.


"Mana boleh berbual kosong sahaja.., abang jangan nak bohong Lia," ujar Lia lalu menoleh memandang wajah Nik yang baring di sebelahnya.


"Tak ada apa-apa sayang..just casual talk nothing serious," ujar Nik lalu menolak anak rambut yang menutupi mata isterinya dengan jarinya perlahan.


"Tell me!," ujar Lia merasa tidak puas hati lalu berbaring di atas dada Nik pula kerana dia tahu Nik sengaja tidak mahu berkongsi dengannya. Tadinya sebelum mereka pulang ke rumah uncle Firdaus. Haider tidak banyak berbicara dengannya. And that's not Haider yang dia kenali. Pasti ada sesuatu yang mereka bualkan maka dia berperangai sedemikian.


Nik mengusap rambut Lia perlahan.


"I'm just told him that I love you so much dear..," ujar Nik lalu menoleh memandang wajah Lia. Lia tidak dengar apa yang di katakan tadi kerana isterinya sudah dibuai lena. Nik tersenyum lalu membetulkan bantal Lia. Perlahan-lahan dia mengangkat bahu Lia lalu dialihkan ke atas bantalnya agar isterinya dapat tidur dengan selesa. Nik membetulkan selimut Lia perlahan. Dia baring di sebelah Lia lalu memandang wajah isterinya.


****


"ABANG..Lia tak suka abang renung Lia macam itu??," ujar Lia lalu membuka matanya. Dia tahu Nik tidak tidur dan sedang memerhatikannya sedari tadi kerana dia dapat merasa hembusan nafas Nik dekat pada wajahnya.


"Kenapa?? Lia tidak suka?," ujar Nik lalu tersenyum bila isterinya merungut marah tidak suka diperlakukan begitu.


"I don't like the feeling of people watching me sleep!," ujar Lia lalu mencubit pipi Nik perlahan. Hobi Nik suka memandang wajahnya ketika dia tidur. Suaminya itu selalu tidur lewat kerana dia suka membaca buku sebelum tidur dan dia selalunya tidur awal sebelum Nik.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now