Part 89

75 4 0
                                    


NIK merasa terperanjat bila wanita yang serupa Lia berdiri dihadapannya. Hanya wanita itu bertudung cantik. Adakah dia bermimpi? Benarkah wanita itu adalah Lia. Atau dia sedang berhalusinasi kerana terlalu rindukan Lia maka dia sangka wanita cantik bertudung itu adalah Lia?


"Thanks again bro! Kami pergi dahulu," ujar lelaki itu bila menyedari lelaki yang membantunya tadi kelihatan terpegun sebaik sahaja wanita yang diminta bantuan awal tadi menegurnya.


"Ya..No problem," jawab Nik seakan tersedar dari mimpi bila lelaki itu menepuk bahunya perlahan. Nik masih berdiri terpaku di situ tidak berganjak. Begitu juga Lia. Masing-masing kelihatan kaget dan lidah mereka seakan kelu untuk berkata-kata kerana tidak menyangka akan bertemu semula.


"There you are Nik! I called your phone banyak kali you tak jawab! Kat sini rupanya. Eh you dengar tak apa I cakap? Dia berkhayal pulak!," ujar Dania sebaik sahaja berdiri di sebelah Nik yang kelihatan pelik. Dania memandang ke arah tempat yang Nik pandang.


"Lia!!," ujar Dania turut merasa terperanjat sebaik sahaja terpandang wajah wanita cantik bertudung yang berdiri tidak jauh dari mereka.


Lia seakan tersedar dari mimpi lalu memandang ke arah Dania bila wanita itu menyebut namanya.


"Dania," ujar Lia lalu mengatur langkah menghampiri wanita itu.


Dania menelan air liurnya perlahan berada di dalam situasi janggal sebegini. Dia menoleh ke arah Nik sekilas. Lelaki itu masih kelu untuk berkata apa.


"Tahniah!," ujar Lia kepada Dania lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.


"Terima kasih," jawab Dania gugup. Betulkah wanita itu adalah Lia kerana wanita itu kelihatan tabah bila mengucapkan tahniah kepadanya tadi. Jika dia ditempat Lia. Tidak mungkin dia setabah Lia.


"Berbulan madu di sini?," ujar Lia ramah lalu tersenyum. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu bila menyedari Nik bahagia bersama Dania. Namun dia gagahkan hati untuk tidak menunjukkannya di hadapan mereka berdua. Dia telah berjanji tidak akan menganggu hidup Nik dan Dania setelah dia tidak punya ikatan apa-apa dengan Nik.


"Ya..," jawab Dania lambat. Dia menoleh ke arah Nik. Lelaki itu masih tidak mampu berkata apa, malah hanya memandang sahaja wajah bekas isterinya itu seolah-olah tidak mahu wanita itu hilang dari pandangan matanya. Dania menjadi serba salah dengan keadaan ini. Kenapa Nik tidak berkata sesuatu?


"What a small world! Nik!," teguran seseorang membuatkan mereka bertiga menoleh serentak. Tidak cukup dengan apa yang mereka hadapi sekarang. Sudahlah mereka berhadapan dengan situasi yang janggal, ditambah pula dengan teguran lelaki kacak berdarah kacukan Italy yang bernama Haider.


"Haider!," ujar Nik lalu menyambut huluran tangan Haider namun matanya tidak lepas dari terus memandang wajah Lia. Adakah Lia memilih Haider sebagai pengantinya? Melihat mereka berdua bercuti bersama di Dubai membuatkan Nik bertambah yakin bahawa mereka bersama.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin