Part 11

79 8 0
                                    

Awal tahun 2009, Di Malaysia


Lia mendial nombor Eryan berkali-kali namun tidak dapat dihubungi kerana handphone Eryan di matikan. Lia mencampak handphone dikatil. Lia menoleh kearah pintu bila pintu bilinya ketuk berkali-kali.

Lia tidak bercadang mahu membukanya kerana dia tidak ada mood. Semalam dia bertengkar dengan Eryan mengenai majlis perkahwinan mereka. Eryan mahu menundakan perkahwinan mereka. Katanya belum bersedia kerana dia baru sahaja dilantik menjadi pengurus syarikat oleh ayahnya dan dia mahu menumpukan perhatian pada pekerjaannya.


Lia tidak dapat menerima alasan Eryan. Orang lain juga punya kerjaya tapi ada masa untuk diri sendiri. Tidak kah Eryan cinta padanya. Mereka telah mengikat tali pertunangan hampir 3 tahun. Sepatutnya Eryan tidak sabar mahu menjadikannya sebagai suri hidupnya. Malah Eryan meminta perkahwinan mereka di tunda ke 2 tahun lagi. Hati siapa yang tidak sakit.

Jadi dia tidak ada mood hendak melayan sesiapa hari ini!


"Lia buka pintu ni sayang. Eryan ada di luar, dia hendak bertemu dengan Lia," ujar Puan Fazuin memujuk bila Lia tidak mahu membuka pintu bila di ketuknya berkali-kali. Dia tahu Lia bertengkar dengan Eryan semalam. Lia tidak pula bercerita apa-apa dengannya. Dan hari ini Eryan berada di rumahnya. Pasti Eryan mahu memujuk Lia.


Lia bangkit dari katil lalu membuka pintu.


"Thanks Ma," jawab Lia lalu keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga menuju kearah ruang tamu di mana Eryan sedang duduk menantinya. Ibunya Fazuin berlalu ke dapur membiarkan Lia dan Eryan di ruang tamu.


"Kenapa you off your phone??," tanya Lia sebaik sahaja dia duduk di sebelah Eryan.


"Battery flat!," jawab Eryan tanpa mengulas panjang.


"You datang kemari kenapa?," ujar Lia lalu memandang wajah Eryan dengan wajah selamba. Dia masih marahkan pada Eryan sebab semalam.


"I know you marahkan I sayang..I minta maaf ok. You kena faham dan mengerti kenapa I buat begitu sayang..untuk kebaikan kita bersama juga sayang," pujuk Eryan bila Lia merajuk dengannya.


"Untuk kebaikan kita bersama??? Tunda lagi 2 tahun untuk kebaikan! Yan kalau you betul-betul sayangkan I, you tak sabar hendak hidup bersama dengan I, you akan percepatkan majlis pernikahan kami bukan melambatkan lagi, I memang tak faham dengan maksud you untuk kebaikan bersama, really!," ujar Lia lalu memeluk tubuh. Dia tidak boleh menerima alasan Eryan yang tidak munasabah dengan menundakan majlis mereka kerana Eryan baru dilantik sebagai pengurus syarikat.


"I thought we understood each other Lia! Kalau perkara mudah sebegini you tak boleh setuju dengan I. Apatah lagi kalau kita sudah berumahtangga? Don't you realize, we were driven apart ever since you finished your studies in London!! I don't really know you anymore! You always want things your way! You tak pernah hendak fikirkan tentang kemahuan your fiancée!," ujar Eryan meluahkan perasaan tidak puas hatinya pada Lia. Lia hanya mahu kehendaknya di turutkan bagaimana pula dengan kehendaknya.


Lia hanya mampu memendam rasa bila mendengar luahan hati Eryan. Dia memandang cincin pemberian Eryan yang tersemat kemas di jari manis dengan perasaan sebak. Benar kata Eryan hubungan mereka semakin renggang sejak dia pulang ke Malaysia. Mereka sudah seperti orang asing. Mungkin ini adalah impak hubungan jarak jauh mereka selama 6 tahun. Namun begitu perasaannya terhadap Eryan tetap sama. Eryan tetap lelaki yang di cintai.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now