Part 40

69 4 0
                                    


DANIA menjadi tidak senang duduk bila Nik mengatakan dia berada lama di Rome. Kenapa Nik harus berada lama di Rome? Apa yang dia buat disana? Bukan Nik tidak pernah ke Rome sebelum ini yang perlu dia bercuti lama, hampir setiap tahun dia kesana. Dia tidak tahu apa tujuan Nik seringkali ke Rome. Yang dia tahu pakcik Natalia masih tinggal di Rome. Nik masih rapat dengan pakcik Natalia ke? Dania berfikir sendiri. Dia tidak akan tahu jika dia tidak bertanya pada bakal ibu mertuanya sendiri.


Dania mencapai handphone lalu mencari nombor telefon ibu Nik.


"Assalamualaikum auntie!" ujar Dania sebaik sahaja Puan Faezah menjawab panggilan telefonnya.


"Waalaikumsalam Dania! Dania di mana ni?," tanya Puan Faezah kerana bakal menantunya itu bekerja sebagai pramugari. Setiap kali dia menerima panggilan telefon dari Dania pasti Dania berada di berlainan destinasi.


"Dania kat rumah auntie, cuti seminggu!" jawab Dania lalu duduk di sofa.


"Ah auntie ingatkan Dania berada di San Francisco atau di London! Dania tahu tak Nik tak ada, dia ke Rome!" ujar Puan Faezah memberitahu Dania bahawa anaknya bercuti di Italy, dia khuatir Nik terlupa hendak memberitahu Dania kerana dia tahu perangai Nik yang ambil sambil lewa bila dengan Dania.


Dia merasa bersalah pada Dania kerana Dania terpaksa makan hati dengan perangai Nik. Dia tahu Nik tidak setuju dengan cadangannya untuk menjadikan Dania sebagai isteri kerana Nik masih sayangkan arwah isterinya. Tapi dia tidak ada pilihan lain kerana dia tidak mahu Nik berkeadaan begitu selamanya. Dia mahu Nik mulakan kehidupan baru.


"Oh Dania pun baru tahu Nik berada di Rome auntie! Tapi dia kata kali ini dia beritahu dia bercuti lebih seminggu, Dania nak tahu juga apa yang Nik buat lama di sana? Travel keliling Europe ke?," tanya Dania cuba mendapatkan maklumat dari Puan Faezah kerana Nik tidak memberitahunya apa yang dia buat di Italy selama 2 minggu.


"Ah mungkin dia berjumpa dengan kawan lama dengan pak usunya Lia, Nik rapat dengan pak usu Lia, mungkin Nik lama kesana sebab nak luangkan masa bersama dengan dia," ujar Puan Faezah bila Dania bertanya kenapa Nik lama berada di Rome. Nik ada memberitahunya dia mahu ke rumah pak usu Lia kerana lama tidak bertemu dan juga dia mahu bertemu dengan Dante teman rapatnya di Rome.


Dania terdiam bila bakal ibu mertuanya mengatakan Nik rapat dengan pak usu Lia. Dia hanya pernah bertemu dengan pak usu Lia sekali, bila dia menghadiri kenduri arwah di rumah Nik.


Pak usu Lia masih muda, berusia 47 tahun dan seorang lelaki yang matang lagi segak. Ramai yang mengatakan pak usu Lia wajahnya mirip pelakon Iron Man, Robert Downey Jr. Berstatus duda kerana telah lama bercerai. Selepas berpisah dengan isterinya pak usu Firdaus menerima tawaran bekerja di Rome dan dia menetap di sana sehinggalah sekarang.


"Kenapa? Uncle Firdaus hendak bernikah lagi ke auntie??," usik Dania lalu tersenyum.


"Nikah lagi? Entah?...Auntie pun tak tahu? Kakak dia tak ada beritahu auntie apa-apa, kenapa Dania bertanya?," ujar Puan Faezah turut tersenyum bila Dania bertanya samada adik bekas besannya Firdaus mahu bernikah lagi.


"Dania sahaja bertanya sebab Nik kata dia hendak berada lama di Rome, ingatkan uncle Firdaus hendak bernikah lagi! Tak apalah auntie Dania hanya hendak tahu sahaja," ujar Dania lalu menyandarkan badannya di sofa. Dia merasa hairan kenapa Nik perlu ada lama di Rome? Dania merasa tidak senang hati tiba-tiba. Jika dia perlu ke Rome. Dia akan mencari Nik di Rome.


"Oh Dania rindu pada Nik ke?" tegur Faezah tersenyum bila Dania kedengaran risau bila anaknya mengatakan dia berada lama di Rome.


"Dania takut Nik cari perempuan Itali pulak kalau lama dia disana!" ujar Dania lalu tersenyum bila bakal ibu mertuanya seakan tahu apa yang dia rasa. Sudah tentu dia rindukan Nik. Dia sayang dan cintakan lelaki itu. Hanya lelaki itu tidak pernah ambil tahu tentang hati dan perasaannya.


Sungguhpun Nik tidak ada Lia lagi, tapi dia tetap merasa khuatir Nik akan bertemu dengan wanita lain. Dia tahu Nik tidak cintakannya dan Nik hanya bersama dengan dia kerana hendak menjaga hati orang tuanya. Dan Dania tidak kisah kerana dia tahu, lambat laun Nik akan cinta padanya dan dia akan memastikan bahawa Nik akan menjadi miliknya suatu hari nanti.


"Kalau takut..why don't you go to Rome then? Give him a surprise visit!" cadang Faezah tersenyum lagi.


"It's not a bad idea auntie! Why didn't I think of that? Thanks auntie!" jawab Dania dengan suara teruja. Kenapa dia tidak terfikir membuat kejutan pada Nik. Dia pun sudah lama tidak bercuti ke Rome. Cadangan bakal ibu mertuanya itu memang baik sekali.


"No problem! Enjoy your Holiday!" jawab Faezah lalu tersenyum bila Dania kedengaran excited bila dia memberinya cadangan untuk ke Rome.


Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now