Part 87

74 2 0
                                    


NIK bersandar di tepi pintu menunggu seseorang, dia menoleh kearah pintu bila seseorang keluar dari butik tersebut. Nik mengelengkan kepalanya perlahan bila menyedari Dania keluar dari butik pakaian itu dengan membawa 2 buah bag sederhana besar. Tadinya sahaja Dania sudah membeli 2 pasang abaya di Jumeirah Plaza. Apa lagi yang Dania beli? Dania tidak puas shopping dari semalam. Dania tidak mengendahkan gelengan Nik, lalu menyerahkan lelaki itu 2 buah bag pakaian yang di beli dari butik Alia tadi.


"Tak habis shopping lagi?," tegur Nik bila Dania buat muka selamba menyerahkan bag shoppingnya kepada Nik. Dania memang begitu. Manja lebih, setiap apa yang dibelanja dia dan Firdaus akan menjadi orang yang membawa bag shoppingnya sedangkan dia tidak membawa satu bag pun.


"Tak," jawab Dania selamba lalu berjalan di hadapan Nik. Nik mula terasa pening melayan karenah Dania. Dia benar-benar tidak sanggup menemani Dania shopping kerana kakinya sudah letih, dan Dania kelihatan masih belum puas berbelanja.


"Dania..cukuplah berbelanja tu! I dah penat temankan you shopping," ujar Nik lalu menuju kearah restoren berdekatan. Tekaknya terasa dahaga. Tanpa memanggil Dania yang berjalan di hadapannya terlebih dahulu, dia terus masuk ke dalam restoren itu.


Berhenti shopping? Dania menoleh ke belakang bila Nik berkata demikian. Namun bayang lelaki itu tidak kelihatan. Bukankah Nik berada di belakangnya tadi. Kemana perginya Nik? Dania mengetap bibir menahan marah bila lelaki itu hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan pesan. Nik tidak pernah berubah. Matanya liar mencari kelibat lelaki itu. Dania melirik kearah restoren berdekatan dengannya. Dia lihat Nik sedang elok duduk di sebuah meja di restoren itu sedang menikmati teh tanpa mengajaknya bersama.


Dania mendengus kecil lalu menuju kearah restoren itu. Nik memandang wajah Dania yang masam mencuka itu sekilas. Tanpa menunjukkan rasa bersalah dia selamba meneguk minumannya. Dia tahu Dania marah padanya kerana meninggalkannya tadi. Dia tidak kisah lagi jika Dania marah padanya. Yang penting dia dapat menghilangkan penat dan dahaga.


"You ni kan! I don't know what to say!," ujar Dania geram lalu melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Nik. Tidak ada gunanya dia marah pada Nik kerana lelaki itu tidak pernah ambil endah. Dari dia penat membebel pada Nik ada baiknya dia pesan air buat dirinya. Dania mencapai menu yang terdapat di meja lalu membelek menu.


Nik hanya tersenyum bila Dania berkata demikian.


"Can we go back to the hotel after this? I'm really tired and I want to rest!," ujar Nik sebaik sahaja pelayan restoren yang mengambil pesanan Dania meninggalkan meja mereka.


"I belum puas shopping lagi!," ujar Dania bila Nik mahu pulang ke hotel selepas mereka minum petang. Dia masih belum puas membeli belah. Banyak benda lagi yang belum dapat di beli. Kasut, bag dan mungkin sepasang baju lagi. Dubai tengah shopping season sale!


"Shopping or honeymoon?," tegur Nik bila Dania berdegil dan tidak mahu mendengar katanya.


"Why can't I do both?," jawab Dania bila Nik mengingatkannya akan tujuan mereka ke Dubai.


Nik tidak menjawab bila Dania berkata demikian kerana dia tidak akan menang jika dia terus berbalah dengan Dania kerana Dania memang hantu shopping.


"Dania?," tegur seseorang.


Mereka berdua menoleh serentak memandang wajah wanita yang menegur Dania. Wanita cantik berbangsa arab itu kelihatan teruja.


"Eh Aisya! What a small world!," jerit Dania teruja bila menyedari wanita yang menegurnya tadi adalah teman rapatnya semasa dia berkerja di syarikat penerbangan Emirates. Dia tidak bertemu dengan Aisya lebih dari 3 tahun kerana Dania tidak lagi bekerja di bawah syarikat pernerbangan Emirates. Dia bekerja dengan MAS kerana tidak mahu tinggal di Dubai kerana based Emirates di Dubai. Dania memilih MAS kerana dia tidak perlu tinggalkan Malaysia. Tapi kini Dania tidak bekerja lagi kerana ingin menjadi suri rumah sepenuh masa.


"I'm so happy to see you! What are you doing here in Dubai? Shopping?," ujar Aisya dengan wajah ceria lalu menjeling kearah bag shopping yang terletak di sebelah kerusi Dania. Dia tahu temannya itu memang suka shopping. Mereka berdua rapat kerana mempunyai hobi yang sama melancong dan shopping.


"I'm on my Honeymoon but I'm shopping too!," jawab Dania lalu tersenyum meleret gembira dapat bertemu dengan teman baiknya semula. Selepas dia bertukar kerja di MAS dia tidak dapat menghubungi Aisya setelah dia bertukar nombor.


"Honeymoon?? Congratulations!," ujar Aisya lalu memeluk Dania sekali lagi. Dia turut merasa gembira bila mendapati temannya itu sudah bersuami. Aisya membuahkan senyuman kepada lelaki kacak yang duduk di hadapan Dania. Lelaki itu membalas senyumannya.


"So how are you babe?? Are you still flying?," ujar Dania lalu menarik lengan Aisya untuk duduk di kerusi kosong disebelahnya. Dia langsung tidak mengendahkan Nik di hadapannya.


"Sorry, I hope your hubby won't mind me seating here!," ujar Aisya merasa segan bila Dania tidak meminta izin dari suaminya dahulu.


"Hubby?? Oh! Hubby hope you don't mind us catching up!," ujar Dania lalu tersenyum menyindir.


"Who?? Me?? Don't mind at all! Please continue, call me when you are done!," balas Nik lalu tersenyum meleret. Dania menjeling bila Nik seakan menyindirnya kembali.


Nik bangkit dari kerusi lalu keluar dari restoren. Dia merasa lega kerana Dania occupied maka dia dapat berjalan sendirian tanpa Dania. Nik mengeluarkan handphone dari poket seluarnya bila dia mendapat pesanan ringkas. Nik mengeluh kecil. Hendak tidak hendak dia terpaksa melayan karenah Dania hari ini. Nik membalas pesanan yang di terima lalu disimpan handphone di dalam poketnya semula. Dia berjalan menuju kearah Fountain yang terdapat di Dubai Mall.


Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz