Part 17

74 4 0
                                    

SEBAIK sahaja menghantar kedua ibu dan ayah Nik ke airport. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Madam Sharon. Mereka sudah terlewat namun Nik tidak merasa cemas kerana tujuan dia ke rumah Madam Sharon bukan untuk berhibur tapi mahu melihat koleksi barangan antics Madam Sharon yang hendak di insurankan.

Nik masih dengan mood diamnya sedari tadi. Tidak mahu berbicara lebih dari 5 perkataan setiap kali bila ditanya. Dia tahu Nik masih marah padanya. Hendak memuji Nik kelihatan extra dashing dan handsome kerana Nik mengenakan tuxedo malam ini, pun Lia terpaksa pendamkan sahaja kerana mood abang James Bond kita tak berapa baik. Jadi dia diamkan sahaja.

Lia tersenyum sendiri mengingati perkenalan singkatnya dengan ibu dan ayah Nik. Walaupun pada awalnya dia merasa janggal kerana dia tidak tahu apa yang diceritakan Fiqa adik Nik kepada mereka mengenainya. Pasti yang buruk-buruk sahaja kerana dia tidak pernah berbuat baik pada Nik. Namun setelah dia mendapati ibu dan ayah Nik seorang yang peramah dan cepat mesra. Lia merasa selesa.

Ibu Nik menjemputnya ke rumah jika Lia pulang ke Malaysia. Dan Lia berjanji akan datang mengunjunginya bila dia pulang di Malaysia nanti. Lia tidak sabar hendak mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibunya di Malaysia mengenai Nik. Pasti ibunya merasa teruja kerana Lia sudah kembali sihat semula dan Lia telah bertemu dengan lelaki yang telah dia jatuh cinta 10 tahun dahulu tanpa dia sedari.

Lamunan Lia terhenti bila Nik memberhentikan keretanya di hadapan pintu gerbang mansion milik Madam Sharon. Pintu kereta Nik di buka seseorang. Lia menanti Nik menghampirinya.

"You look cute today," tegur Nik dengan wajah selamba sebelum berjalan menuju kearah pintu dimana penyambut tetamu Madam Sharon berada.

Look cute!!! Really Nik! Tak tahu nak compliment perempuan cantik seperti dia ke? gerutu Lia dalam hati. Geram pula bila Nik seperti tidak perasan dia kelihatan cantik rupawan malam ini dan bukan kelihatan 'ugly but adorable'.

"Ah yes..you two lovelies came! Please come in, you look gorgeous Lia and you look like dashing and  handsome man Nik!," tegur Madam Sharon lalu tersenyum memuji Lia dan Nik kelihatan amat cocok bersama.

"You look stunning too Madam Sharon!," balas Nik lalu tersenyum.

Lia disebelah menjeling meluat bila Nik pandai memberi pujian kepada host majlis Madam Sharon dengan mengatakan dia tampak menakjubkan manakala Nik hanya mengatakan dia kelihatan comel sahaja.

"Please enjoy yourself," ujar Madam Sharon kepada Nik dan Lia. Sebelum dia bertemu dengan tetamunya yang lain.

Nik berjalan mendekati salah seorang dari pelayan yang bertugas untuk memesan minuman darinya sebelum mendapatkan Lia yang berdiri seorang diri memandang kearah lukisan yang terdapat di dinding Mansion Madam Sharon. Sebuah lukisan di persisiran pantai dengan awan putih yang kelihatan plain dan simple.

"Monet!," ujar Nik lalu menyerahkan gelas lemon frizz kepada Lia. Lia menyambut minuman itu dari tangan Nik.

"What monyet?? Mana ada monyet dalam lukisan ini??," ujar Lia dengan wajah tidak bersalah bila Nik mengatakan ada monyet di dalam lukisan itu. Dia tidak nampak seekor monyet pun di dalam lukisan itu. Hanya gambar pantai yang indah.

Nik tersedak terperanjat bila Lia berkata demikian. Tuxedonya terkena percikan air dari minuman yang di pegangnya. Lia segera menarik pocket square handkerchief dari poket tuxedo Nik. Tangannya pantas mengelap bahagian dada Nik yang terkena percikan air tadi.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now