Part 58

41 4 0
                                    


LIA melirik kearah handphonenya bila ianya bergegar kerana Lia meletak silent mode semasa di hospital dan lupa hendak menukar 'ringer' semula. Dia tidak sedar dia telah menerima 3 'miss' calls dari nombor yang tidak di kenali. Siapa yang cuba menghubunginya. Pihak hospital? Hatinya berdebar tiba-tiba. Lia menelefon nombor itu semula.


"Hello,"


"Hello," jawab seorang wanita.


"Did anyone try to reach me?," ujar Lia.


"Siapa ni?? Lia??,"


"Yes..siapa ni?," tanya Lia semula.


"Dania,"


"Oh kau nak apa call aku?," tanya Lia lalu membuka pintu biliknya.


"Bukan aku call kau..tapi Nik, he's trying to get a hold of you," jawab Dania lalu menjeling meluat.


Pada Dania, Lia isteri yang curang dan tidak bertanggungjawab membiarkan suami di hospital dan dia bersenang lenang dengan bekas teman lelakinya di luar. Tapi dia tidak mengerti bagaimana Nik masih boleh bertenang bila di lihat Lia bergambar bersama Eryan. Apa Nik tidak merasa cemburu melihat isterinya dengan lelaki lain? Jika dialah, sudah lama serang orang yang cuba merampas hak miliknya. Sebab itu, dia tidak akan mengalah dan terus berjuang untuk mendapatkan Nik kerana pada Dania, Nik adalah miliknya dan Lia merampas Nik darinya.


"How is he??," jawab Lia sambil lewa bila Dania mengatakan Nik yang cuba menghubunginya melalui telefon Dania. Dia tahu ibu membawa handphone Nik untuk di charge. Dia ingin tahu keadaan Nik kerana dia tidak melawat Nik seharian, namun dia tidak mahu kedengaran anxious kerana dia tidak mahu Dania tahu.


"Dia dah sedar," jawab Dania acuh tak acuh.


"Oh ok, thanks," jawab Lia. Dia merasa bersyukur Nik sudah sedar. Alhamdullilah.


Tiba-tiba hatinya merasa rindu pada Nik. Dia tidak pernah menafikan bahawa dia sayangkan Nik. Dia teramat sayang pada Nik namun dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia terpaksa berkongsi kasih sayang Nik dengan wanita lain.


Sungguhpun Nik tidak mengatakan dia cintakan Dania. Namun dia percaya Nik cinta pada Dania kerana Nik tidak melepaskan Dania setelah Nik bertemu dengannya semula. Ini bermakna Nik mahukan kedua-dua mereka. Dan Lia tidak bersedia dan tidak akan menerima Dania sebagai madunya. Never!


"Kau masih fikir yang Nik akan lepaskan aku?," ujar Dania bila Lia bersikap acuh tak acuh bila berbual dengannya.


"Aku tak fikir apa-apa," jawab Lia kerana dia sengaja mahu menyakitkan hati Dania dengan sikap selambanya.


"Kau jangan fikir Nik tak akan lepaskan kau!," ujar Dania cuba mengapi-apikan Lia.


Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now