Part 3

104 7 0
                                    

NIK membaringkan Natalia di atas pasir lalu mengiringkan badan Natalia perlahan. Dia mendongakkan kepala dan mengangkat rahang Natalia sedikit agar mula Natalia terbuka. Nik melakukan 'Chest Compressions' yang pernah dipelajari dahulu. Setelah beberapa kali dia lakukan. Natalia tersedar lalu batuk mengeluarkan air yang terdapat di dalam mulutnya.

Nik mengeluh lega merasa bersyukur bila Natalia sedar dan dapat mengeluarkan air yang terdapat di dalam mulutnya. Nasib Natalia baik kerana dia berjaya diselamatkan segera dan paru-paru Natalia tidak dipenuhi dengan air laut jika tidak Natalia akan lemas.

"Thanks Bro..," ujar Eryan menepuk bahu Nik segera mendapatkan Natalia.

"Lia are you okay?," ujar Eryan cemas lalu mengosok belakang Natalia perlahan berkali-kali. Hampir hendak terlucut jantungnya bila Lia terjatuh ke dalam laut tadi. Jika apa-apa terjadi pada Lia tadi. Dia akan menyalahkan dirinya sendiri.

Lia tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali menandakan dia okay. Nik berdiri tidak jauh dari Eryan dan Natalia. Dia hanya memerhatikan mereka berdua. Dia cuba memanaskan badannya dengan mengosok kedua-dua belah lengannya perlahan kerana kesejukkan. Jantungnya masih berdegup kencang kerana merasa cemas jika dia tidak dapat menyelamatkan Lia tadi.

"You gave me a fright...Lia..I thought I lost you!," ujar Eryan lalu memeluk Natalia erat.

"You saved me??? You can't swim!," ujar Natalia lemah lalu memandang wajah Eryan. Dia tahu Eryan tidak pandai berenang. Jadi siapa yang menyelamatkannya dari lemas tadi! Natalia juga tidak pandai berenang.

"Bukan I...Nik! Nik saved you!," ujar Eryan lalu memandang kearah Nik.

"Nik!," jawab Natalia perlahan dengan wajah keliru.

Nik menghampiri Natalia bila wanita itu memanggilnya.

"Thanks for saving my life!," ujar Natalia.

                                                                                              *****

"BRO dah kenapa dengan atas mata kau luka!," tegur Badrul bila perasan terdapat kesan luka di atas mata kanan teman karibnya. Tadi sebelum Nik masuk ke Library, dia lihat Nik ok sahaja tak ada cacat celanya. Bila Nik keluar dari perpustaan dia perasan dahi kanan Nik berdarah. Nik terjatuh??

"Luka??? Ah..budak perempuan nakal tu yang buat!," jawab Nik sambil lewa lalu meletak bag galasnya di atas meja. Buku yang dipinjam dari perpustakaan di letak di hadapan Badrul. Mereka perlu selesaikan tugasan yang di berikan oleh Cikgu Baktiar.

Jika tidak di tegur Badrul tadi, dia sendiri tidak tahu bahawa atas keningnya terluka. Patutlah dia merasa pedih bila peluhnya terkena tempat luka.

"Budak perempuan??? Budak perempuan mana??," tanya Badrul lalu mengerutkan dahinya. Budak perempuan mana yang di maksudkan Nik yang menyebabkan dahinya luka berdarah. Nik terjatuh dengan dia atau Nik di bedal budak perempuan.

"Budak perempuan kelas Tingkatan 5 Jasmine..siapa nama dia??? Ah Natalia..," jawab Nik sambil lewa. Dia membuka bag galasnya mencari sesuatu. Dia tidak mahu memikirkan tentang Natalia. Ianya tidak penting. Tugasan yang perlu disiapkan lagi penting.

"Apa yang dia dah buat pada kau??," ujar Badrul lalu menyentuh tempat luka di dahi Nik. Dia tahu Nik sering di benci pelajar-pelajar sekolah nakal di sini, kerana Nik seorang pengawas yang tegas.

"Eh sakitlah! Yang kau sentuh kenapa??," ujar Nik lalu menepis tangan Badrul. Dia terasa perit bila Badrul menyentuhnya.

"Aku tak boleh lah tengok benda macam ni?? Eh pergilah cuci supaya luka kau tidak berkuman, kau biarkan nanti berparut!," bebel Badrul.

"Aku malas nak ke tandas..Ala luka sikit ajelah! Tidak membahayakan nyawa pun!," jawab Nik selamba lalu mengeluarkan buku latihan dari bagnya.

"Eii aku tak boleh tengok..kau tak faham..aku memang pantang..sebab kenapa aku hendak jadi doctor. Sebab aku hendak bantu orang. So kau jangan degil..kau diam!," ujar Badrul lalu membuka kocek bag sekolahnya mengeluarkan plaster yang sentiasa di bawa bersama.

Nik tidak memperdulikan Badrul. Dia membuka buku latihan lalu menulis sesuatu sesekali buku Kimia yang di pinjam dari perpustakaan tadi dibuatkan rujukan. Dia tidak peduli apa yang Badrul mahu buat pada dahinya. Badrul menampal plaster di dahi Nik.

"Eh Sakitlah!!," ujar Nik bila Badrul sengaja menekan tempat luka di dahinya agar plaster yang di tampal melekat betul di atas kening kanannya. Nik menepis tangan Badrul lagi.Mereka berdua tersentak bila kedengaran tawa kuat dari beberapa pelajar lain yang menyaksikan kelakuan lucu Badrul dengan Nik tadi.

"Apa yang lucu sangat!," tegur Nik dengan wajah selamba. Dia tidak sedar perbuataan Badrul tadi diperhatikan oleh pelajar lain. Dan Natalia dan Yana juga diantara pelajar yang menyaksikan mereka tadi.

"So gay!!," ujar Lia kuat cukup membuatkan pelajar lain ketawa lagi.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now