Part 77

46 2 0
                                    


YANA memandang wajah Lia dengan perasaan tidak puas hati. Dia masih tidak dapat menerima penerangan Lia mengenai keputusannya untuk berpisah dengan Nik. Kenapa mesti Lia mengalah?? Nik itu suaminya. Dania belum lagi menjadi madunya. Lia masih boleh melakukan sesuatu untuk mempertahankan perkahwinannya. Malah Lia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Nik.


"Kau ni gila agaknya Lia," ujar Yana lalu menepuk lengan temannya kuat.


"Sakitlah Yana...," ujar Lia bila Yana menepuk lengannya kuat. Dia mengosok lengannya perlahan. Selepas bertemu dengan peguamnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Yana. Dia meminta bantuan pak Anwar mengambil bag luggagenya dari rumah Nik. Dia mengambil keputusan untuk tinggal semula di rumah emaknya sementara menunggu tarikh mahkamah.


"Tahu pun sakit..habis kau tak tahu kau telah menyakitkan hati Nik," ujar Yana lalu menjeling Lia. Dia tidak sokong dan bersetuju dengan tindakan Lia untuk mengakhiri perkahwinan mereka.


"Yana kau kawan aku..kau sepatutnya support keputusan aku bukan support Nik," jawab Lia merasa tertekan bila Yana menyalahkannya.


"Lia macamana aku hendak support kau kalau keputusan yang kau buat itu tidak betul??,"


"Tak betul?? Habis keputusan Nik untuk bernikah lagi satu itu betul? Kau cakap dengan aku betul ke?," ujar Lia tidak puashati. Tiada wanita yang mahu berpisah dan bercerai berai? Dia sayangkan Nik atau mungkin juga dia sudah mula jatuh cinta pada Nik. Terangkan kepada dia, bagaimana dia hendak bahagia bersama Nik bila lelaki itu masih mahu meneruskan niatnya untuk berkahwin lagi satu. Dia baru hendak belajar menerima dan mencintai Nik. Dia tidak mahu Nik mempersia-siakan hidupnya kerana Nik mahu menunaikan tanggungjawabnya terhadap Dania.


"Kau tak sayangkan Nik ke?," ujar Yana lalu memandang wajah Lia. Lia nampak seperti tidak sedih sangat hendak berpisah dengan Nik. Apa Lia tidak sayang dan cintakan Nik?


"Tentulah aku sayangkan Nik, dia suami aku," jawab Lia tanpa mengulas panjang. Dia sayangkan Nik maka dia tidak sanggup berkongsi kasih.


Bagaimana Nik hendak membahagikan kasih sayangnya? Sedangkan Nik sedang bergelut dengan masalah rumahtangga dan mereka tidak bersefahaman, inikan pula bila Dania sudah menjadi isterinya. Porak perandalah rumahtangga mereka nanti kerana dia tahu Dania tidak akan membiarkan Nik bersamanya selalu.


Malah alasan yang Nik berikan kepadanya tidak munasabah. Apa tanggungjawab yang Nik maksudkan jika mereka berdua tidak pernah melakukan apa-apa. Jika Nik tidak dapat memilih di antara dia dengan Dania. Biar dia sahaja yang mengundurkan diri. Sekurang-kurangnya salah seorang dari mereka dapat merasa bahagia. Dan ianya bukan mudah untuk Lia berbuat keputusan begitu kerana dia sendiri tidak mahu perkahwinannya berakhir begitu.


"Kenapa Nik beriya-iya sangat hendak bernikah dengan Dania??," tanya Yana.


"Kerana dia rasa tanggungjawab," jawab Lia sambil lewa. Sehingga kini dia masih belum dapat digest alasan Nik itu. Rasa tanggungjawab lah sangat! Bagaimana tanggungjawab dia terhadap dirinya pula.


"Tanggungjawab??? Maksud kau Nik dengan Dania..?," tanya Yana dengan wajah tidak percaya. Tidak mungkin Nik tewas dengan Dania. Dia tidak pernah terfikir Nik selemah itu.


Lia menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Dia tidak mahu memikirkan tentang Dania dengan Nik. Dia tidak sanggup membayangkan mereka bersama.


"I don't want to assume anything..jika andaian kau dan aku tidak benar..What kind of lame excuse is that? Are you sure that this is Nik Faisal we are talking about???," ujar Yana lagi.


"Kau lebih tahu tentang Nik dan Dania..Yana, I don't remember a thing," jawab Lia dengan hati yang sebak. Dia tidak dapat mengingati langsung tentang zaman persekolahannya dahulu. Tentang Dania dan Nik jauh sekali.


"Kau bersabar sahaja Lia..bila hari bicara kes kau berdua??," tanya Yana dengan wajah simpati.


"Lusa," jawab Lia ringkas. Dia meminta peguamnya mempercepatkan tarikh bicara mereka dari mahkamah. Dia mahu kes mereka selesai secepat mungkin. Dia mahu meninggalkan bumi Malaysia sebelum Nik dan Dania bernikah. Nik tidak memberitahunya tentang pernikahan dia dengan Dania. Namun dia mendapat tahu tentang rancangan mereka dari ibunya. Ibunya tidak mengesyaki apa-apa tentang hubungan dia dengan Nik. Ibunya sangka hubungan Lia dan Nik sudah berbaik semula dan Lia sudah dapat menerima Dania.


"Cepatnya?? Bukan ke kau baru failkan kes kau?,"


"I pushed the date earlier,"


"Kau hendak aku temankan kau nanti?,"


"It's ok Yana, aku hendak pergi sendiri," jawab Lia perlahan. Dia tidak memberitahu ibu dan pak usunya mengenai kes penceraiannya dengan Nik. Dia tidak mahu membuatkan ibunya risau dan dia tidak mahu melibatkan mereka berdua. Ini keputusannya.


"I'm always here for you Lia if you need me," ujar Yana perlahan. Dia memeluk bahu Lia erat.


"Thanks Yana for understanding,"


"Ok I guess you will  not be attending our reunion dinner esok," ujar Yana cuba mengembalikan suasana ceria semula. Tujuan dia bertemu dengan Lia kerana mahu Lia menemaninya ke reunion dinner sekolah mereka esok. Tapi setelah dia menerima berita dari Lia dia tidak dapat memaksa Lia untuk hadir.


"Reunion?? Aku tak ingat tentang sekolah macamana aku hendak attend?," ujar Lia tidak teringat Yana pernah memberitahunya dahulu bahawa mereka akan mengadakan reunion dinner sekolah mereka. Menurut Yana ramai rakan-rakan mereka akan hadir tidak terkecuali Nik dan Dania.


"Ala kau ikut aku aje..tak seronok kalau kau tak ada nanti, mana tahu ia dapat mengembalikan ingatan kau semula," terang Yana. Yana tahu mungkin dia dianggap tidak sensitive mengenai masalah Lia. But life moves on. Dia bersedih dengan nasib Lia. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mana tahu jika Lia pergi ke reunion dinner Lia dapat mengingati semula dan dapat menyelamatkan rumahtangga Lia.




Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now