Part 56

45 4 0
                                    


DANIA menyandarkan badannya di sofa merasa bosan sendiri. Tiada apa yang bisa dia lakukan di hospital. Setelah ibu dan ayah Nik meninggalkan ward. Dania masih berada di ward menemani Nik. Pagi tadi dia terserempak dengan Lia di ward. Dia tidak menyangka Lia berada di hospital seawal itu. Dia mendapat tahu dari bakal ibu mertuanya bahawa Lia bermalam di hospital menemani Nik sejak dia dimasukkan ke dalam ward. Lia berada di rumah Nik?


Setahunya Lia tidak tinggal bersama dengan Nik. Dia tahu akan hubungan Nik dengan Lia yang sebenar sejak Lia tahu Nik bercadang untuk bernikah dengannya. Sejak dari hari itu Lia cuba menjauhkan dirinya dari Nik kerana merasa marah dengan tindakan Nik untuk bernikah lain. Dania tahu Nik masih mengharapkan Lia kembali kepangkuannya manakala Lia masih belum dapat menerima Nik. Dan dia juga tahu Lia tidak akan merestui hubungan mereka berdua.


Dania tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga Nik dengan Lia. Apa yang dia tahu, Nik sudah berjanji padanya dan dia akan menuntut janjinya. Dia tidak tahu kenapa dia masih tidak mahu melepaskan Nik dan masih mengharap Nik menjadi suaminya setelah Lia kembali. Ikutkan dia punya ramai kenalan dan calon yang sesuai untuk dijadikan suami.


Dania membesarkan matanya bila terpandang instagram kenalan sekolahnya memberi komen salah satu gambar yang di muatkan di instagram. Lia bergambar dengan seorang lelaki. Wajah lelaki itu familiar namun dia tidak tahu namanya.


Don't they both look so cute together! @Eryan #lovelycouples


Dania tersenyum lebar kerana Lia kelihatan bersama Eryan bekas teman lelakinya dahulu. Dia tidak mahu membayangkan apa yang berlaku jika Nik tahu Lia berhubungan dengan Eryan semula. Dania tersentak bila Nik mengerakkan badannya lalu menoleh ke arahnya.


"Dania," ujarnya lemah bila terpandang wajah wanita itu. Tekaknya benar-benar terasa dahaga.


"Nik..thank god you dah sedar, you nak apa-apa?," ujar Dania meletak handphonenya di atas sofa lalu mendekati Nik. Wajahnya kelihatan lega bila Nik sudah sedar.


"Air," ujar Nik perlahan lalu memejamkan matanya perlahan.


"Air! Ok sekejap," ujar Dania lalu menuju ke arah side table. Dia mencapai jug berisi air putih lalu di tuangkan ke dalam gelas yang tersedia. Dia kembali ke katil Nik lalu membantu lelaki itu minum.


"Thanks," ujar Nik kepada Dania.


"How do you feel now Nik? You nak I call for nurse or doctor?," ujar Dania lalu duduk di kerusi sebelah Nik. Dia merasa bersyukur Nik sudah sedar kerana doktor mengatakan jika Nik masih belum pulih dia akan merasa lemah dan tidur lama.


"How did I get here?," tanya Nik bila menyedari dia berada di hospital bila dilihat persekitarannya kelihatan familiar. Nik jika di beri pilihan tidak ingin berada di hospital kerana pengalaman dia berada di hospital dahulu membuatkan dia merasa serik untuk berada di hospital. Nik sudah puas merasa tinggal di hospital semasa kecederaan yang di perolehinya dahulu. Sebab itu dia tidak mahu ke hospital lagi.


"Doktor sahkan you dijangkiti rare viral fever and need immediate attention care," jawab Dania bila Nik bertanya bagaimana dia boleh berada di hospital.


"Rare viral fever?," ulang Nik terperanjat mendengar penjelasan Dania bagaimana dia boleh terlantar di hospital. Sangkanya hanya demam biasa dan tidak serius mana. Alhamdullilah dia sudah mula beransur sembuh. Walaupun dia sudah terselamat dari bahaya namun badannya masih terasa lemah dan tidak bermaya.


"You nak makan atau minum Nik??," tegur Dania bila lelaki itu mula mahu tidur dan berehat semula.


Nik mengelengkan kepalanya perlahan kerana tekaknya tidak ada selera untuk menelan apa-apa.


"Lia. Can you look for Lia?," ujar Nik lalu memandang wajah Dania. Dia baru teringat wajah terakhir yang dia lihat Lia isterinya sebelum dia terlantar di hospital.


Dania menjeling bila Nik meminta dia mencari Lia. Dia yang menemani Nik dari pagi hingga ke petang. Nik tidak hiraukan. Malah Nik sibuk mencari Lia.


"You know Lia tak sukakan I Nik," ujar Dania mengingatkan Nik tentang hubungan dia dengan Lia. Mereka tidak pernah bertentang mata. Dia tahu Lia membencinya. Dan dia juga tidak berusaha untuk berbaik dengan Lia.


"Where's my phone? I'll call her myself," ujar Nik perlahan bila menyedari bahawa mereka berdua memang tidak suka antara satu dengan lain.


"Your phone is with your ibu..she's brought back your phone to charge," jawab Dania acuh tak acuh kerana merasa sakit hati Nik tidak menghiraukan perasaannya langsung.


"Can I borrow your phone please??," ujar Nik lalu menoleh memandang wajah Dania.


"Sayang!! You sengaja hendak sakitkan hati I kan? I yang jaga you dari pagi tadi hingga sekarang sikitpun you tak hiraukan. You sibuk mencari Lia pula??," rungut Dania tidak puas hati bila Nik masih tidak sedar dan hiraukannya.


"I'm sorry Dania," jawab Nik perlahan kerana dia tidak punya tenaga dan terlalu lemah untuk bertelingkah dengan Dania. Dia tahu perbuataannya itu telah melukakan hati Dania namun dia tidak mampu menyenangkan hati wanita itu kerana dia terlalu menyintai isterinya Lia. Dan dia mahu Dania sedar.


Walaupun Dania merasa sakit hati bila Nik selalu mengabaikan perasaannya. Namun perasaan cintanya terhadap lelaki itu mengatasi kemarahannya. Dania tidak tahu kenapa dia cintakan Nik walaupun dia tahu Nik tidak akan dapat mencintainya sepertimana dia mencintai Lia. Namun Dania masih berharap dan menagih cinta dari Nik. Benarlah kata Firdaus, Nik tidak akan menerima dirinya sepertimana dia menerima Lia dalam hidupnya.


Dania menuju ke arah sofa yang di duduki tadi lalu mencapai handphonenya. Dia kembali ke katil Nik lalu menyerahkan phonenya kepada Nik.


"Thank you," jawab Nik lalu memandang wajah Dania. Dia merasa bersalah dan kasihan bila dia terpaksa bersikap begitu pada Dania. Dia tahu dia telah melukakan hati Dania namun dia tidak punya pilihan lain dan terpaksa berbuat demikian demi Lia.


Dania tidak menjawab malah dia berjalan menuju ke arah sofa lalu duduk memerhatikan Nik.


Nik menekan butang 'home' di iphone Dania. Dia terperanjat dengan apa yang di lihat di screen handphone Dania. Dania tidak close app instagramnya. Maka gambar Lia bersama seorang lelaki terpapar di hadapan matanya.


Dania dapat melihat reaksi wajah terkejut Nik. Sengaja dia tidak mahu tutup app instagramnya tadi kerana dia mahu Nik melihatnya. Dia tersenyum lagi kerana merasa puas bila dapat membuatkan Nik merasa sakit hati melihat isterinya yang dicintai bergambar dengan lelaki lain. Dan lelaki itu adalah bekas teman lelaki Lia dahulu, Eryan.



Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now