Part 65

48 2 0
                                    


YANA mengecilkan matanya bila terpandang wajah yang tidak asing di matanya. Walaupun sudah hampir 13 tahun lamanya namun dia tidak pernah lupa pada wajah itu. Perangainya masih sama dari sekolah hingga sekarang. Gedik tak sudah. Namun dia yakin bahawa lelaki yang berada di sebelahnya itu bukan Nik. Dania ada skandal ke? Yana tersenyum sendiri. Jika benar, dia tidak sabar hendak memberitahu Lia tentang Dania. Dia tidak suka jika Dania menganggu rumahtangga Lia. Dia tahu Dania tidak suka pada Natalia dahulu. Dia tidak menyangka Dania sanggup merosakkan rumahtangga Natalia.


"Dania...," tegur Yana.


Dania menoleh kearah wanita yang menegurnya lalu memandang wajah wanita itu lama.


"Ya..you siapa?," tanya Dania kerana dia tidak mengenali wanita yang menegurnya tadi.


"Yana..," ujar Yana ringkas.


"YANA??..," jawabnya dengan wajah keliru.


Yana mengeluh perlahan tidak tahu samada Dania benar-benar tidak kenal atau berpura-pura tidak ingat.


"Yana kawan baik Natalia masa sekolah SMTI dulu," terang Yana.


"Yana! Oh my goodness! I tak kenal you tadi..you look so different! You buat apa kat sini?," ujar Dania lalu menutup mulutnya.


Yana menjeling bila Dania berkata demikian. Apa yang beza sangat dahulu di sekolah dia tidak memakai tudung sekarang dia sudah berhijab tiada banyak perbezaan hanya Dania sengaja berbuat begitu, bukan dia tidak tahu perangai Dania yang dramatic.


"I cari ikan kembung," jawab Yana dengan wajah selamba lalu menjeling lagi bila Dania bertanya buat apa dia disini. Mereka berada di Pavilion tentulah shopping tak pun pergi makan. Apa Dania ingat dia buat apa di sini cari ikan?


Lelaki yang berada di samping Dania hanya mampu tersenyum gelihati bila Yana berkata demikian.


"Kau menyindir aku! Kau seorang sahaja ke?? Mana hubby kau?,"


Sekali lagi Yana menjeling bila Dania bertanya di mana suaminya. Haizz! hari ini hari rabu tentulah bekerja. Kenapa Dania suka bertanya soalan yang mengakal. Di sekolah dahulu dia tidak selenge begini. Sekarang dia lihat Dania sudah seperti bimbo pula perangainya.


"Kerja..hanya orang macam kau sahaja yang tak perlu bekerja," sindir Yana.


"Eh aku kerjalah..cuma aku off day hari ni, esok aku fly off to Milan,"


"Oh air hostess rupanya..eh suami kau tak marah ke kau selalu travel?," ujar Yana lalu menjeling kearah lelaki yang berada di sebelah Dania.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now