Part 96

98 3 0
                                    


NIK melipat seluar panjangnyanya hingga ke paras lutut. Jaket yang dipakai awal tadi di sangkut di lengannya. Setelah penat berjalan kaki seorang diri di daerah hotelnya. Dia kini berada di Jumeirah public beach. Permandangan pantai itu kelihatan indah pada waktu malam. Pantai Jumeirah yang cantik berpasirkan putih di hadapannya terdapat bangunan Burj Al Arab itu menjadi destinasi terakhir Nik di Dubai.


Esok dia akan berangkat pulang ke Malaysia manakala pasangan yang berbulan madu itu akan meneruskan destinasi berbulan madu mereka di Rome. Nik mengambil keputusan untuk tidak ke Rome kerana ia meninggalkan banyak kenangan dia bersama Lia. Dan dia belum punya keinginan untuk melancong di sana. Nik mahu meneruskan kehidupannya tanpa bayang-bayang Lia. Dia redha dengan ketentuaan Allah. Sudah tiada jodohnya dengan Lia. Dia hanya dapat mendoakan kebahagiaan Lia.


"Wah cantik kan permandangan di sini ye bang,"


"Cantik," jawab Nik perlahan sambil menikmati keindahan pantai Jumeirah. Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa menyapu lembut wajahnya.


"Abang kenapa ni? Fiqa tak suka abang sedih-sedih begini?," ujar Fiqa lalu memeluk lengan abang Niknya.


Nik hanya mampu tersenyum kelat. Tiada lagi kedengaran suara Fiqa. Matanya tidak lepas dari memandang kearah bangunan Burj Al Arab di hadapan pantai Jumeirah. Dia pernah berjanji akan membawa Fiqa ke Dubai suatu hari dahulu kerana adiknya ingin sekali pergi ke Dubai untuk melihat keindahan bangunan Burj Al Arab di pantai Jumeirah dan menunggang unta di padang pasir. Namun impian Fiqa tidak dapat untuk dia tunaikan.


Nik menjadikan jaketnya sebagai alas untuk dia duduk di atas pasir putih di pantai Jumeirah. Dia ingin melayani perasaannya di sini pada malam terakhir dia di Dubai.


                                                                            *****


DANIA dan Firdaus tiba di Safinah Ballroom di mana majlis perkahwinan Aisya diadakan. Kali ini Dania dapat tersenyum lebar kerana dia tidak tersilap tempat kerana terdapat beberapa orang tetamu yang hadir merupakan kenalannya semasa dia bekerja dengan Emirates dahulu, namun kebanyakkan mereka juga tidak lagi menjadi cabin crew kerana masing-masing sudah berumahtangga.


"Dania is that you??," tegur Adela sebaik sahaja ternampak akan wajah wanita yang duduk di meja yang disediakan untuk dia dan suaminya juga. Wajah wanita itu cukup familiar di matanya. Hanya dia tidak pasti samada wanita itu adalah temannya semasa bertugas di Emirates.


"Adela!," ujar Dania ceria lalu bangkit dari kerusi. Dia memeluk Adela erat. Firdaus di sebelah Dania hanya mampu tersenyum melihat gelagat 2 orang wanita itu bila bertemu.


"I didn't know that Aisya had managed to get a hold of you, Aisya told me she didn't have your contacts of anything," ujar Adela lalu duduk di kerusinya. Temannya Aisya pernah cuba untuk mendapatkan number handphone dan email Dania. Namun mereka tidak pernah tahu email Dania dan Dania pula sudah bertukar number. Sebab itu dia merasa terperanjat bila Dania berada di sini.


"It's faith, it happened that I'm on honeymoon and we bumped into each other the other day, so here I am," jawab Dania tersenyum lalu memeluk lengan Firdaus manja.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now