Part 51

55 4 0
                                    


LIA menyuapkan bubur ke dalam mulut Nik. Nik menelan bubur yang disuap Lia perlahan. Tekaknya merasa perit setiap kali dia menelan bubur yang di beri Lia. Namun untuk tidak menghampakan hati isterinya, walaupun perit dia cuba habiskan bubur ayam yang diberi.


"Alhamdullilah...terima kasih," ujar Nik perlahan setelah dia menelan bubur terakhir yang di suap Lia. Matanya tidak lepas dari memandang wajah isterinya.


Lia tahu Nik asyik memandang wajahnya, namun dia pura-pura tidak perasan kerana dia tidak mahu merasa gugup bila berdepan dengan Nik. Dia sayangkan lelaki itu, tapi dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat memaafkan Nik. Fikirannya seringkali di ganggu dengan imej kemesraan Nik dengan Dania. Hatinya selalu mengatakan Nik tidak sayang padanya lagi, maka Nik ada hubungan dengan Dania. Setelah dia kembali pada Nik, Nik masih mahu meneruskan hubungannya dengan Dania. Hati siapa yang tidak sakit.


"Kembali," jawab Lia lalu meletak mangkuk di meja sisi. Dia mencapai gelas air lalu disuakan ke mulut Nik. Nik meneguk air putih perlahan. Gelas berisi air putih separuh itu di letak di meja sisi lalu di tutup.


Lia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya, jam menunjukkan pukul 8.30 malam, dia tidak pernah pulang selewat begini. Tadinya dia tidak sampai hati hendak meninggalkan Nik bila mengetahui Nik tidak sihat.


"Sayang hendak balik juga ke??," tanya Nik perlahan bila dia lihat Lia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Dia tahu pasti Lia mahu pulang kerana Lia tidak pernah berada di rumah ini hingga lewat begini.


Dia merasa tidak selesa membiarkan Lia pulang memandu sendirian waktu-waktu begini.


"Nampaknya begitu," jawab Lia lalu bangkit dari katil.


Nik mencapai tangan Lia. Lia menoleh memandang wajah Nik.


"Overnight sini sayang! I can't let you go back  home alone by yourself," ujar Nik perlahan dengan wajah risau.


Lia memandang wajah Nik. Dia merasa serba salah bila Nik memintanya bermalam di rumah dan tidak membenarkan dia pulang. Dia tidak pernah bermalam dengan Nik sejak dia mengetahui Nik itu adalah suaminya 3 bulan yang lalu.


Setelah dia pulang ke Malaysia dia terus menetap dengan ibunya. Dan Nik sekali sekala datang ke rumah ibunya untuk meluangkan masa bersamanya. Mereka sering keluar bersama. Makan malam dan bersiar-siar namun dia tidak pernah bermalam dengan Nik. Sedangkan Nik itu suaminya. Dan Nik tidak pernah memaksa dirinya agar menerimanya.


Ibunya selalu berpesan kepada Natalia, marah dan benci bagaimana Lia terhadap Nik. Lia harus ingat bahawa Nik itu suaminya dan keputusan Lia untuk tidak tinggal serumah dengan Nik sudah di kira isteri derhaka walaupun Nik tidak berkata demikian kerana Nik sayangkan Lia. Nik mahu isterinya kembali kepadanya tanpa paksaan. Namun setelah hampir 3 bulan lamanya, Lia masih belum mahu tinggal serumah dengan Nik.


"If you want to go..I will send you home," ujar Nik perlahan dapat mengagak Lia masih mahu pulang bila isterinya itu tidak berkata apa bila dia meminta Lia bermalam di sini. Nik bangun dari katil lalu berjalan perlahan menuju ke arah kamar mandi.


Lia merasa bersalah bila Nik tidak sihat begitu mahu menghantarnya pulang kerana kedegilannya. Lia menuju ke arah laci baju lalu mengeluarkan pakaian rumah dari laci itu. Dia mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di sini kerana dia tidak mahu Nik menghantarnya pulang dalam keadaannya yang tidak sihat.


Lia duduk di katil menunggu Nik keluar dari kamar mandi. Nik membuka pintu lalu memandang ke arah Lia yang sedang duduk menunggunya. Nik mencapai kunci keretanya dari almari solek.


"I tidur sini malam ini," jawab Lia tanpa memandang wajah Nik, dia bangun menuju ke arah kamar mandi.


Nik tersenyum lega bila Lia mengatakan dia akan bermalam di sini.


                                                                       ****


LIA keluar dari kamar mandi bilik tidur Nik hanya di terangi lampu sisi. Nik sudah terlena ketika dia keluar tadi. Dia bercadang hendak tidur di bilik tetamu. Tapi sebelum itu dia ke tempat Nik. Lia duduk di sisi katil. Wajah Nik di pandang. Lia meletak tangannya di dahi Nik. Dahinya panas. Lia meletak tangannya di leher Nik. Juga panas berbahang.


Lia membuka laci lalu mengeluarkan thermometer. Dia tahu Nik sakit dan mahu berehat tapi dia tidak boleh mendiamkan diri jika suhu badan Nik tidak berkurangan dan dia perlu ambil suhu badan Nik sekarang. Jika terlalu tinggi dia mahu membawa Nik ke hospital.


Lia mengoyangkan tangan Nik perlahan mengejutnya. Nik membuka matanya perlahan bila terasa tangannya di goyang seseorang.


"Kenapa Lia?," ujarnya lemah.


"I need to take your temperature!," jawab Lia.


Nik menganggukkan kepalanya lemah lalu membuka mulutnya. Lia memasukkan thermometer ke dalam mulut Nik perlahan. Nik memejamkan matanya sementara menunggu keputusan dari thermometer.


Lia menarik thermometer dari mulut Nik sebaik sahaja dia terdengar bunyi beeping. "40°c!!, it's too high Nik, I must take you to the hospital," ujar Lia dengan wajah cemas. 40 degree suhu tinggi. Jika Nik tidak dibawa ke hospital akan membahayakan dirinya.


Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now