Part 86

54 2 0
                                    


YANA menyentuh tangan Lia perlahan bila temannya itu kelihatan duduk diam sedari tadi. Lia menghubunginya semalam meminta dia menemaninya ke mahkamah syariah hari ini. Dia tahu Lia memerlukannya. Dia turut merasa sedih hati kerana dia akan berpisah dengan Lia. Temannya itu telah mengambil keputusan untuk menetap di Itali. Jauh di sudut hati dia tahu Lia sedih dan kecewa. Yana tidak mahu menambah kedukaan di hati temannya. Dia tahu Lia seorang wanita yang kuat dan tabah.


"Puan Lia kita boleh masuk ke dalam mahkamah sekarang," tegur Amelia kerana pegawai yang bertugas memanggil nama anak guamnya dan pasangannya tadi. Dia tidak tahu samada suami anak guamnya sudah masuk ke dalam bilik mahkamah atau belum kerana tiada sesiapa yang menunggu di luar bilik mahkamah selain mereka.


Lia menganggukkan kepalanya perlahan lalu bangun dari kerusi, sedang mereka berjalan menuju kearah pintu bilik mahkamah. Nik mencapai tangan Lia perlahan lalu di gengam erat. Perbuataan Nik yang tidak di duga itu membuatkan Lia tersentak terperanjat. Dia tidak perasan bahawa Nik berada tidak jauh dari mereka tadi. Nik memandang wajah Lia. Wajahnya kelihatan sugul. Dia tidak dapat mengambarkan betapa dia merasa begitu sedih dan pilu sekali kerana terpaksa berpisah dengan isteri yang tercinta.


Peguam Sharie Amelia dan Imran begitu juga Yana meninggalkan Nik dan Lia sementara mereka semua masuk ke dalam mahkamah terlebih dahulu.


"Abang ampunkan dan halalkan makan minum sepanjang sayang hidup bersama abang-," ujar Nik dengan hati yang sebak. Dia terlalu menyayangi isterinya sehingga dia tidak mahu Lia menanggung dosa.


Airmata Lia mengalir laju bila Nik berkata demikian kerana merasa benar-benar terharu. Hatinya menjadi sayu dan dia tidak dapat menbendung perasaan sedihnya. Dia sedar dia telah banyak berdosa pada Nik.


Melihatkan Lia menangis. Nik memeluk isterinya spontan untuk menenangkan hati Lia sedangkan hatinya sendiri bersedih dan berduka cita. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya tika dan saat ini. Betapa berat hatinya untuk melepaskan Lia.


"Abang harap sayang dapat memaafkan kesilapan abang, maafkan abang kerana tidak menjadi suami yang baik buat sayang, abang doakan semoga Allah berikan kebahagiaan dan ketenangan pada sayang," ujar Nik perlahan cuba menahan rasa sebak.


Lia memejamkan matanya perlahan kerana merasa sayu. Dia yang sepatutnya meminta ampun dan maaf dari Nik kerana dia telah banyak berdosa pada Nik. Namun Nik pula yang terlebih dahulu memaafkannya tanpa dia sempat untuk berbuat demikian. Betapa murninya hati Nik bersedia memaafkan kesilapannya sedangkan dia tidak dapat memaafkan kesilapan Nik hanya kerana Nik mahu menjadikan Dania isteri keduanya. Dia tidak tahu kenapa dia menjadi keras hati dan tidak mahu mengalah pada Dania.


"Maaf Puan Lia, bicara akan di mulakan sebentar lagi," tegur Imran di muka pintu bila anak guamannya masih belum masuk ke bilik mahkamah.


Lia mengesat airmatanya bila peguamnya meminta mereka masuk ke bilik perbicaraan.


"Ampun kan Lia abang, terima kasih kerana telah menghalalkan makan minum Lia selama ini.., terima kasih kerana mengizinkan Lia tinggal di Rome bersama mama angkat Lia, Lia doakan agar abang berbahagia disamping Dania," ujar Lia lalu mencapai tangan Nik dan diciumnya perlahan.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now