Part 69

48 5 0
                                    


NIK terperanjat bila pintu pejabatnya di buka tiba-tiba. Dia menoleh ingin tahu siapa yang masuk kedalam pejabatnya. Dania berdiri tercegat di muka pintu dengan wajah tidak senang. Dia menutup pintu lalu duduk di sofa berdekatan dengan meja pejabat Nik.


"Mana you tahu I masuk pejabat hari ini?," tegur Nik perlahan bila Dania tahu dia berada di pejabat hari ini sedangkan dia masih bercuti. Tujuan Nik ke pejabat hanya sebentar sahaja. Setelah dia menghantar Lia pulang ke rumah selepas sarapan pagi tadi dia terus ke pejabat kerana ingin membereskan kerja-kerja yang penting sebelum dia berangkat ke Rome.


"Cik Leha!," jawab Dania ringkas lalu memeluk tubuh.


"Kenapa you datang sini?," tanya Nik lalu memandang wajah Dania.


"How dare you tak beritahu I yang you and Lia akan ke Rome hari ini?," ujar Dania lalu bangkit dari sofa. Dia berjalan menuju kearah Nik.


"Dania..I told you to give me some space..," ujar Nik lalu menyandarkan badannya di kerusi.


"Ya..but at least tell me where you are going?? Tak lah I macam orang gila tercari-cari you nanti," marah Dania lalu duduk di hujung meja Nik. Kerusi Nik di pusingkan ke arahnya agar lelaki itu memandang tepat ke wajahnya.


"Dania you seriously hendak berkahwin dengan I??," tanya Nik lalu tersenyum bila Dania kelihatan stress setiap kali dia meluangkan masa bersama Lia. Walaupun Dania mengatakan dia rela bermadu dengan Lia. Namun melihat dari caranya, Nik tahu Dania tidak rela dan dia terpaksa bersetuju kerana dia tidak punya pilihan lain.


"What are you talking about? Of course I nak kahwin dengan you..why do you think I behave like a crazy woman?," jawab Dania lalu membetulkan jaket yang dipakai Nik. Walau dia marah macamana sekalipun pada Nik. Dia akan cepat sejuk semula kerana dia terlalu sayang dan cintakan Nik.


"Dania..you deserve better, I'm sure there's someone out there who can love and cherish you, and I'm sorry I'm not that someone," jawab Nik perlahan lalu memegang tangan Dania. Dia kasihan pada Dania. Dania selalu menyeksa hatinya sendiri. Dan Nik telah banyak kali berterus terang pada Dania bahawa dia tidak dapat cintakan Dania sepertimana Dania harapkan kerana hatinya hanya pada Lia.


"Why can't you Nik?," jawab Dania dengan hati sebak. Dia memang wanita bodoh. Selalu mengharapkan cinta dari Nik walaupun lelaki itu memberitahunya dia tidak akan dapat memilikinya selagi cintanya terhadap Lia masih ada.


"Don't ask me why," jawab Nik perlahan.


"What if Lia tidak dapat menerima you?? I know, she tak agree with our arrangement! She gave you an ultimatum didn't she??..Either me or her!," ujar Dania lalu memandang wajah Nik.


Dia tahu akan perjanjian diantara Lia dengan Nik. Sehingga kini Lia tidak dapat menerima Nik kerana Nik masih tidak memberi kata putus samada dia akan teruskan niatnya untuk bernikah dengannya atau putuskan. Dania terdengar perbualan mereka tempoh hari. Lia meminta Nik untuk melepaskannya sekiranya dia masih tidak dapat mengingati Nik.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now