Part 54

50 2 0
                                    


SMTI 2001, Malaysia


LIA ke pejabat sekolah untuk mendapatkan keputusan SPMnya. Seperti yang dia jangka keputusannya cemerlang sekali dan dia menerima ucapan tahniah dari Puan pengetua dan beberapa pelajar di sekolahnya sebaik sahaja dia mendapat slip keputusannya. Lia keluar dari pejabat, Eryan menunggunya di hadapan pintu lalu memberinya sejambak bunga kepadanya. Lia menyambutnya dari tangan Eryan lalu memeluknya erat.


"Congratulations..sweetheart!," bisik Eryan perlahan.


"Thanks Yan," jawab Lia. Matanya melirik ke arah hujung pejabat sekolah bila dia perasan ada seseorang memerhatikannya dari jauh. 'Nik' lelaki itu membuahkan senyuman kepadanya bila pandangan mata mereka bertaut. Lia membalas senyumannya.


Dia tidak tahu kenapa dia berbuat demikian kerana hubungan mereka berdua bukannya baik. Selama 3 tahun dia musuh dengan lelaki itu. Mungkin kerana hari ini hari terakhir dia bertemu dengan teman-teman sekolah. Dia tidak mahu bermusuh dengan Nik lagi. Lagipun dia bukan benar-benar benci pada lelaki itu. Dia hanya suka mencari masalah dengan lelaki itu kerana Nik tahan dan sabar dengan perangai mengakalnya.


"So kita nak celebrate di mana?," ujar Eryan lalu memandang wajah Lia.


"You meet me di tempat biasa..I nak ucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan I, you know, I will be London next week and I'm not sure when I will be back in Malaysia," ujar Lia lalu membetulkan kolar baju sekolah Eryan.


"Ok..," jawab Eryan ringkas lalu pergi meninggalkan Lia.


Lia berjalan perlahan menuju ke hujung pejabat.


"Lia..congratulations!," tegur Shima dan Nurul serentak lalu berjabat tangan dengan Lia.


"Terima kasih! Congratulations to both of you too!," jawab Lia lalu memeluk mereka berdua. Matanya melirik ke arah Nik. Lelaki itu sedang berbual mesra dengan pelajar SPM lain mengucapkan tahniah kepada mereka.


Walaupun Shima dan Nurul teman sekelasnya. Mereka jarang berbual dengan Lia kerana mereka tidak suka akan perangai nakal Lia. Namun hari ini mereka lupakan semua dan merasa gembira kerana mereka lulus dalam peperiksaan.


"Lia..we made it!!!," ujar Yana terharu lalu memeluk Lia erat kerana merasa gembira. Dia lulus walaupun tidak sebaik Lia. Namun dia merasa 'happy' kerana mereka terkenal sebagai pelajar perempuan ternakal di tingkatan 5 namun mereka lulus dalam ujian kerana sungguhpun mereka nakal namun mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran.


"YES...we did it!," jawab Lia membalas pelukan Yana.


Nik memandang ke arah mereka bila Yana menjerit kesukaan. Sekali lagi pandangan mata mereka bertaut buat kali kedua. Nik segera melarikan pandangannya kepada sekumpulan pelajar yang hampir kepadanya. Nik mengucapkan tahniah kepada mereka.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now