19|RAIN & CHOCOLATE

Começar do início
                                    

Bulan tiada malah diganti dengan awan yang mendung pula

Hujan

Benar-benar membawa maksud tersendiri

Carlo terus sahaja menapak ke arah perempuan itu yang kelihatan sudah basah kuyup. Begitu juga dengan dirinya.

Lelaki itu berdiri di belakang perempuan itu berada

"Delivia–" suara samar-samar dalam hujan itu cukup Delivia dapat mendengarnya. Tapi dirinya tetap tidak mahu berganjak mahupun membalas kata lelaki itu.

Dia mahukan sendirian. Dia tidak kisah apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Tesoro,what's wrong? " soal Carlo kemudian duduk perlahan di sebelah Delivia. Wajah sayu perempuan itu jelas terpapar di pandangan lelaki itu.

"Nothing, just ignore me " balas Delivia sedikit kuat agar suaranya tidak tenggelam dengar bunyi hujan yang kian turun lebat itu.

"No, tell me what's wrong? " soal Carlo lagi

"Carlo–" Delivia memanggil perlahan. Wajahnya di angkat dan memandang ke arah Carlo. Wajah lelaki itu masih merenungnya. Tidak lupa juga mata biru lelaki itu.

Ocean eyes

"Yes tesoro? " jawab Carlo. Dia masih menatap wajah Delivia yang sekaan membeku dalam kesejukkan itu. Carlo tahu Delivia sedang menangis saat ini. Melihat warna mata Delivia yang merah itu jelas terlihat.

Air hujan yang mengalir di wajahnya menarik perhatian Carlo. Air yang mengalir di bulu mata kemudian hidung dan turun mengalir di bibir mungil itu.

"I'm just tired  " balas Delivia. Entah kenapa dengan perasaan dia sekarang ini. Dia merasakan sangat takut akan kehilangan sesuatu, takut orang yang dia sayang akan pergi dari hidupnya.

Dan tidak tahu lah kenapa tiba-tiba rasa mood malam ini sungguh merunsingkan fikirannya.

Dia mahukan sendirian, dia mahukan kekuatan, dia lemah saat ini. Seakan jiwanya kosong dan tidak seperti dahulu.

"I'm here" balas Carlo kemudian menarik Delivia dalam pelukannya. Satu kucupan hangat mendarat di dahi Delivia. Rasa itu cukup memberikan ketenangan pada diri Delivia. Saat ini Carlo tidak tahu apa puncanya Delivia begini. Yang dia pasti Delivia dalam kesedihan. Dia pasti akan menenangkan perempuan yang dia sayang itu.

"Kita nak main hujan lama-lama ke? Tak sejuk? Nak main lari-lari tak? Best ni time hujan. Macam dalam cerita hindustan" soal Carlo mengusik. Delivia tersenyum kecil. Sekarang dia rasakan nyaman dalam pelukan lelaki bernama Carlo Kyle ini.

Hujan pula, cukup buat dia bahagia. Dia sangat sukakan hujan kerana hujan dapat sembunyikan air mata ketika menangis di bawah hujan.

"Jom masuk. Nanti kau demam" ujar Carlo kemudian membantu Delivia untuk berdiri. Dilihat Delivia yang tidak berkasut otaknya berfikiran sesuatu.

"Kenapa keluar berkaki ayam? Kalau macam tu terpaksa lah aku–" Carlo terus mengangkat tubuh Delivia dan merapatkan kepala Delivia di dadanya. Carlo mengetatkan dukungan dan berlari kecil masuk ke dalam mansionnya itu.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Onde as histórias ganham vida. Descobre agora