chapter 8

835 113 130
                                    


Aku tercegat didepan pintu rumah tepat pada pukul 8 malam. Rasa-rasa dia masih kat tempat kerja atau dia dah ade kat rumah sebab nak bincang pasal kejadian tadi? Takut pula aku nak masuk.

Aku pusing belakang dan melangkah satu tapak kehadapan. Pergi tidur hotel boleh ke? Tapi aku takde duit pula ni ha. Haish pengecutlah kau ni Hyun, masuk jelah aduhai.

Aku patah balik dan berdiri depan pintu semula. Dah berapa kali aku ulang pergerakkan yang sama ni. Nanti jiran ingat aku berkawad pula malam-malam ni.

Masuk jelah Hyun. Takkan kau nak mereput depan rumah ni sampai esok? Dengan itu aku terus memulas tombol pintu dan melangkah masuk.

Kelibat Yoongi yang tiada di ruang tamu membuatkan aku terjengket-jengket menuju ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Pintu peti ais dibuka dan aku meneguk sebotol air sejuk.

"dah tak pandai angkat call ke? Mesej dengan Namjoon pandai, angkat call aku terus jadi bebal?" suaranya memenuhi ruang tamu.

Air yang baru masuk ke dalam mulut tersembur keluar. Terkejut aku dibuatnya, nasib tak tercabut jantung yang mak aku jaga sembilan bulan ni. Air sejuk akuuuuuuuu. Tidakkkkkkk.

"telefon hyun habis baterilah, bukan hyun sengaja taknak angkat call yoon" balas aku dan terus menuju ke tangga. Esoklah aku lap air tu, air kosong je kan. Aku taknak berhadapan dengan yoongi sekarang ni.

"kau nak pergi mana. Aku belum habis cakap lagi ni. Dahlah duduk depan pintu rumah je nak dekat setengah jam. Sekejap kedepan sekejap kebelakang. Macam orang gila aku tengok" pantas dia menarik tangan aku.

Dia nampak ?! Dah agak dah mesti dia fikir isteri dia ni gila. Dahlah hodoh, gila pula tu. Kan betul aku cakap, kau ni suka malukan diri sendiri.

"kenapa kau masih bekerja ha? Bukan aku kata duduk rumah diam-diam ke? Kau tu isteri ceo. Mana ade isteri ceo kerja kat tempat macam tu. Jangan cuba nak malukan aku boleh tak"

"kenapa awak keluar dengan perempuan lain? Siapa perempuan tu? Awak tak ingat ke yang awak ade isteri? Ke masa pergi kerja awak jatuh tersungkur kepala terhantuk lepastu hilang ingatan?" aku melontarkan semula soalan dia.

Sungguh berani ya kamu. Dia tanya soalan bukan kau nak jawab, tapi kau soal dia balik. Bravo.

"aku tanya kau, kau tanya aku balik. Baguslah. Kita memang tengah main sesi soalan menyoal macam dalam radio era tu. JAWAB JELAH KENAPA KAU INGKAR ARAHAN AKU?!" jeritan dia bergema satu ruang tamu.

Aku tersentak. Mukanya naik merah. Tak padan badan kecik, nak jerit-jerit.

"hyun bekerja sebab bosan duduk rumah 24h. At the same time dengan bekerja hyun dapat kumpul duit sendiri. Tu pun salah ke? Yang salah sekarang ni awak, awak curang! Saya yang patut menjerit bukannya awak!" aku meninggikan suara tanpa sedar.

Dia mengangkat tangan, ingin menampar aku. Aku tertoleh kepalaku ketepi ingin mengelak. Dengan perlahan dia menurunkan tangannya semula selepas melihat responku. Mukanya turut berubah.

Im screaming? Mana boleh isteri meninggikan suara dekat suami. Ni kalau mak tahu mesti dia kecewa.

"aku bukan curang. Aku keluar makan dengan pekerja aku je sebab dia dah lakukan yang terbaik untuk syarikat aku. Plus bukan aku keluar dengan dia berdua je, Seokjin kan ade sekali" jawab Yoongi dengan nada yang perlahan.

"tapi kenapa dia tak duduk dengan Seokjin? Kenapa dia nak duduk dengan suami orang juga?! Suami saya!" aku menghentak kaki. Tangan disilangkan sambil pusing membelakangkan dia.

Ha aku dah mula emo balik ni. Sekejap je aku rasa bersalah kat dia tu. aaa Kesah ape aku, yang penting aku geram sekarang ni.

"ouh isteri aku ni tengah cemburu sekarang. Comelnya bila anak itik ni cemburu, dengan mulut muncung-muncung dia tu. Janganlah hentak-hentak kaki, hormone aku meningkat tiba-tiba ni"

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now