chapter 17

778 88 68
                                    

Sinaran matahari yang menyinari wajah membangunkan aku dari tidur yang lena.

Aku bangun dan mengeliat lalu mengalihkan tangan yoongi yang berada dipinggang dan meniarap menghadap dia. Aku merenung wajahnya yang lena dibuai mimpi, sedap betul tidur eh. Muka nampak macam budak yang takda masalah hidup langsung.

Senyuman terukir dibibir dan aku membelai lembut wajahnya. Bukan itu saja, aku juga mencubit hidung dan pipi gebunya.

Aku menyembamkan muka dibantal kerana malu apabila aktiviti semalam bermain difikiran. Mesti dia bangun lambat harini.

Kalau macam tu, bila aku boleh jalan-jalan? Oh wait...kalau aku jalan sorang-sorang, dia marah tak nanti? Takkan nak marah, aku jalan je buat buat apa-apa yang salah pun.

Dengan perasaan teruja, aku turun dari katil dengan segera dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selesai mandi, aku pergi ke beg baju dan mengeluarkan gaun yang bercorak bunga. Pandai pula suami aku ni pilih baju lawa-lawa.

Muka aku naik merah apabila terjumpa baju dalam milik aku. Imej dia bermain dengan objek ini membuat aku ketawa sendiri. Mengada-ngada betullah anak min ni.

Aku keluar dari bilik senyap-senyap dan terus menuju ke pantai setelah siap berpakaian dan berdandan sedikit. Malam tadi aku tak dapat nak tengok air laut sebab suasana gelap dan yoongi pula cepat sangat nak balik homestay.

Air laut biru yang jernih dan dilengkapi dengan pasir putih yang lembut dan halus itu membuat aku terpegun. Cantiknya pemandangan ni.

Ni kalau stress kat tempat kerja atau pun stress dengan perangai yoongi, boleh aku flight senyap-senyap datang sini untuk tenangkan fikiran.

"Hyunna?"

Lantas aku pusing untuk melihat siapakah pemilik suara yang mengganggu aku waktu-waktu begini.

"Namjoon? Awak buat ape dekat sini?" aku terkejut melihat dia berdiri dibelakang sambil memegang camera.

"saya saja jalan sorang-sorang sambil cuci mata. Maklumlah takde pasangan hidup lagi nak datang sini berdua. awak sorang je ke? Yoongi tak ikut?"

"eh, tak berani saya nak datang sini sorang-sorang. Yoongi ade dekat homestay tidur lagi sebab semalam penat buat-" ayat aku tergantung.

Kau sedar tak apa yang kau nak cakap tu hyun? Takkan benda privasi macam ni nak orang lain tahu. Think before you speak, hyun.

Wajah dia terus berubah. Mungkin dia tahu apa ayat seterusnya yang aku nak cakap. Malunyaaa! Pasir tolong telan aku sekarang.

"jom breakfast? Saya belanja" dia bersuara setelah beberapa saat mendiamkan diri.

"tapi yoongi.."

"alaa dia tidurkan? Janji tak lama. Nanti awak bungkuskan makanan untuk dia sarapan sekali. jom" namjoon menarik tangan aku dan menuju ke satu restoran.

Selepas beberapa kali aku cuba untuk meleraikan tangannya yang menarik tangan aku, akhirnya dia melepaskannya setelah kami berdiri disebuah kedai makan.

"s-sorry saya tak sengaja. Saya taknak awak tolak tawaran saya tu yang saya tarik dan tak lepas-lepas tu" namjoon memandang bawah sambil mengosok-gosok belakang lehernya.

Tengok dia macam ni, aku pula yang bersalahlah. Kalau sarapan sekejap je, yoongi takkan tahulah kan?

"takpa, jomlah masuk. Lagi cepat lagi bagus takut dia bangun nanti dia cari pula" aku membuka pintu kedai makan lalu masuk dan mengambil tempat di salah satu meja makan.

Namjoon memanggil pelayan dan mengorder dua pinggan pancake dan air oren jus.

"so, how is life?" namjoon memulakan perbualan.

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now