chapter 25

736 74 49
                                    

Yoongi's pov

Aku berjalan di tingkat 6 sambil menghirup kopi panas dan ternampak seorang bapa yang mendukung anaknya sambil berlari  masuk kedalam satu wad dengan senyuman yang lebar dibibir. Mesti dia nak melawat isteri dia yang tengah sakit.

Aku tersenyum bila memikirkan tidak lama lagi aku juga bakal jadi appa. Itu semua pun dengan jasa hyun. Kalau dia tak terfikir pasal baby masa tu, berkemungkinan dia dah keguguran sekarang.

Aku menolak pintu bilik hyun dan masuk ke dalam. Kopi tadi diletakkan diatas meja dan aku merenung wajah hyun yang sudah kurang pucatnya dan nampak lebih baik dari sebelum ni.

Harini dah masuk hari keempat dia koma. Doctor kata jangan risau, dia pasti akan bangun cuma lambat sikit sebab dia nak berehat. Akulah penyebab dia penat, stress. Dahlah tak alert yang dia pregnant, lepastu tak jaga hati dia pula tu. Dasar suami tak guna.

Bila dia sedar je dari koma, benda pertama yang aku nak buat adalah minta maaf kepadanya.

Dua hari lepas, mak dengan hoseok temankan hyun sebab diorang kata aku perlukan rehat yang secukupnya dirumah. Tapi kalau aku balik rumah dan tengok hyun takda dekat rumah pun takda guna juga. Aku turuti kata mak pun sebab tidur dekat rumah selesa sedikit berbanding dekat sini.

Flashback

Aku keluar dari bilik air dan terlihat mak berdiri disebelah katil hyun dan hoseok yang baru saja masuk ke dalam bilik, meletakkan beg diatas sofa.

"eh mak? Ada beg bagai tidur sini ke" aku menyalam tangan mak dan duduk dihujung katil.

"haah, dari pagi semalam sampailah malam ni kamu jaga hyun, kamu mesti penat. Kamu pergilah rehat dekat rumah. Dua hari juga kamu cuti kerjakan, so kerja mesti banyak dekat pejabat tu. Harini dengan esok mak tidur sini, okay"

"eh mana ada penat jaga hyun. And kalau ye pun mak nak jaga, satu hari je cukup. Tidur sini tak selesa, kesian mak nanti. Yoongi balik malam ni nak mandi, esok mal yoongi datang balik"

"kau jangan melawan eh. Kitaorang nak tidur sini dua hari. Aku ada bawa kerusi malas, nanti aku bawak naik untuk mak. Aku tidur dekat sofa je. Kau pergi je balik rehat, kerja kau pun boleh habiskan dalam masa kitaorang jaga hyun ni" hoseok mencelah.

"hm yelah. Kalau macam tu, yoongi balik dulu" aku menyalam mak dan hoseok lalu keluar dari bilik.

"dahlah tak mandi dua hari, busuk betul" sempat hoseok mengomel sebelum aku keluar. Aku hanya menjeling dia tajam.

Aku menempah grab dan menuju ke dewan yang mengadakan majlis Mr fang tiga hari lalu untuk mengambil semula keretaku yang tertinggal. Ni semua sebab jinae gila culik aku.

Aku membuka pintu rumah dan terkejut melihat kek yang terbiar diatas meja kecil dan beberapa keping kertas yang seperti telah dikoyakkan bertaburan diatas lantai.

Aku pergi dan cuba menyantumkan semula kertas-kertas tersebut dan tentera perkataan 'im pregnant' di situ.

Kening aku berkerut dan pandangan aku berpaling ke tulisan yang tertulis diatas kek tersebut.

'hey future daddy'

Kaku. Itu perkataan yang sesuai untuk menjelaskan situasi aku. Pernafasan aku mula jadi susah.

Malam tu dia taknak ikut sebab nak buatkan suprise untuk aku? Patutlah dia berkeras nak tinggal rumah. Dan aku pula suami yang tak berguna, biarkan dia tunggu aku tak balik-balik sampailah dia excident keesokkan harinya. Tapi apa yang buatkan dia pandu laju-laju macam yang jungkook katakan?

[C] Wife Mr Min | minyoongiUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum