chapter 5

873 112 64
                                    

"Yoongi, bangun" aku mengoncang bahunya. Dia mengeram sedikit dan menolak tangan aku yang berada dibahunya.

"ish dia ni. Bangunlah cepat. Semua dah ade kat meja makan nak breakfast ni. Bangunn yoongiiiii" aku goncang bahu dia sekuat yang mungkin.

"aaaaa kejaplah aku ngantuk ni" dia tolak tangan aku lagi sekali. Eh mamat ni. Semalam tido awal kot, takkan susah bangun juga.

"semalam tidur awal dah kan? Taknak mengantuk juga"

"kau tidur lasak semalam kau tahu tak? Aku tak dapat tidurlah. Dahlah masuk ruang aku" yoongi menjawab.

Semalam kali pertama dia tidur atas katil dengan aku. Dia kata badan dia sakit tidur dekat sofa dua haru berturut-turut. Jadi terpaksalah aku benarkan dia tidur atas katil sebab aku taknak tidur atas sofa, nanti sakit badan buat susah je.

Ah aku tak kira , aku menarik tangannya dengan seluruh tenaga dan badannya terangkat dari katil tapi malangnya dia terjatuh di atas aku disebabkan aku tidak seimbang semasa mengangkat badan berat dia.

Kreakkk

"Yoongi, Hyun lamanya- opss mian-mian mommy keluar sekarang" kata ibu mertuaku dan terus keluar dari bilik. Great. Its just great!

"kau tunggu apa? bangun la cepat , kau sedar tak badan kau berat" aku menoolak tubuh Yoongi sepenuh tenaga.

"apa kau kau? Ingat, aku ni suami, hormat sikit. Aku cium kau nanti , sia-sia je" dia bangun dari posisi tadi dan terus keluar bilik.

Cium? Eyy dahlah tak berus gigi lagi lepastu terus turun makan. Pengotor betullah.

Aku yang masih tercenggang cepat-cepat bangun dan mengikut dia keluar bilik.

Aku mengambil tempat disebelah Yoongi dan mula menjamah masakkan yang mommy dan mak buat.

"daddy dah beli rumah untuk korang, semua dah siap sedia dalam rumah tu. Ni sebagai hadiah pengkahwinan dari mommy, daddy dan mak. Lagipun korang dah tiga hari stay sini. Rasanya korang dah boleh tinggal dalam rumah sendiri dah sekarang" daddy bersuara.

Ya, dah tiga hari kami berkahwin. Aku dan Yoongi hanya bergaduh tentang hal kecil seperti siapa dapat remote tv dahulu, siapa dapat ayam goreng terakhir dan paling kerap siapa yang kene basuh pinggan.

Nampak tak matang kan? Tapi nak buat macam mana sebab dia dah biasa dimanjakan. Maklumlah anak bongsu. Kebanyakkannya akulah yang kene mengalah. Menyampah betul.

Tapi nasib baik mak atau mommy selalu ada untuk hentikan pergaduhan itu. Kalau tidak, memang bertambah dosa aku sebab gaduh dengan suami sendiri.

Mungkin mak aku pun balik ke rumahnya harini. Yalah, anaknya pun dah tak duduk rumah mertua takkan dia nak duduk sana.

"Hani nak ikut, Hani nak temankan Hyun!" celah Hani.

Aku berpandangan dengan Hani dan melakukan posing kenyit mata sambil menujukan tangan pistol ku kearah dia.

"okayy daddy" balas aku dengan Yoongi serentak.

"FIREEEEE FIREEEEEE TUTUDUW TUTUTUTUDUW"

Lagu yang bermain didalam kereta yoongi membuatkan aku dan Hani menyanyi sekuat hati

Kami dalam perjalanan menuju ke rumah baharu yang dikatakan oleh daddy tadi. Yoongi yang sedang memandu hanya memamparkan wajah yang menyampah.

Mungkin dalam hati dia berkata 'bila aku boleh mula bunuh dua orang ni eh?' Muka dia memang nampak macam sedang menahan marah.

"yoon nyanyilaa sekali dengan kitaorang ! FIREEE" sakat Hani. Berani mati budak ni. Aku tengok dia pun seram.

"kau nak mati awal ke? Kau duduk diam-diam sekarang. Sebelum aku jual korang berdua dekat kedai thailand"

Ha setepek dia bagi.
______


Sampai saja disana, Hani orang pertama yang turun dari kereta dan terus menuju ke pintu rumah. Okaylah tu dia excited. Nak harapkan Yoongi? Lambat lagi...

"oh my gosh! cantikknyaa rumah ni , simple je decoration dia tapi elegant" teruja aku tengok rumah banglo dua tingkat ni. Ha aku pun dah rasa teruja macam hani dah.

"iyep! Aku rasa aku akan selalu lepak sini. Temankan Hyun, kita buat sleepover, tengok movie dan macam-macamlah! " jerit Hani sambil berpegangan tangan dengan aku dan kamj berlompat macam beruk.

Dan Yoongi menjadi Yoongi , dia memisahkan kami dengan menolak kepala aku ke kiri dan kepala Hani ke kanan lalu terus jalan di tengah-tengah kami.

Cemburulah tu Hani dapat pegang tangan aku, dia tak dapat hmph.

"harini aku nak keluar shopping dengan kawan sekejap lagi , kau nak ikut?" soal Hani sambil menjatuhkan punggungnya di sofa depan tv.

Yoongi dah terus kebilik tadi , apa dia buat aku taktahu.

"nak nak! Jap Hyun minta izin Yoongi dulu. Hani bukanlah tv, Hyun naik atas sekejap" bergegas aku ke tangga untuk berjumpa encik suami di atas.

Habis semua pintu bilik aku buka sebab tak jumpa master bedroom. Sampai pintu bilik yang kelima, aku berjumpa dengan Yoongi yang tidur di atas katil bersaiz king itu. Tangan dan kakinya terbuka luas seperti star fish. Penat sangat ke sayang oi?

"Yoongi, oh Yoongi" aku menepuk perlahan bahu dia.

"Yoongii ahh, bangunlaa sekejap . Hyun nak minta izin nak keluar ngn Hani ni. Hani nak pergi shopping dengan kawan dia" jelas aku setelah melihat dia membuka matanya. Dia buka mata dia kecik je. Nak goda aku dengan kecomelan dia ke apa?

"kawan laki ke perempuan? Pukul berapa kau nak balik nanti? Kau pandai jaga diri ke , nanti kau ikut strangers kalau dia bagi gula-gula macam mane? Kau hilang lepastu kene kerat. Nant-"

Aku meletakkan jari dibibirnya untuk menghentikan bebelan dia. Caring rupanya atok tua ni. Kenapa perangau dia berubah-ubah ni?

"uhm kawan perempuan dia kata, sebelum pukul 8 kitaorng balik okay , aku- i mean Hyun mestilah pandai jaga diri, dont worry okay little meow meow" balas aku sambil mencubit pipi dia. Geramnyaaa !

"aigooo go awayy lah. Siapa cakap aku risau? Pergilaa keluar sekarang, kacau tidur aku je" dia menepis tanganku dan sambung tidur. Rasa malulah tuu hehehe.

"okay Hyun pergi dulu. Byebye! " aku berlari ke pintu bilik dan turun ke bawah berjumpa Hani.

"jom Hani , Yoongi bagi tapi sebelum pukul 8 dah kene ade kat rumah" aku mengambil beg dan terus keluar rumah selepas Hani selesai tutup tv .

- a/n -
Lepasni chapter 7 nanti korang baca chapter 6 dulu tau ! Susunan dia tiba-tiba berselerak huhu mianhae !
Tolong vote and comment ?
Iloveyou

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now