chapter 23

708 68 46
                                    

Aku meletakkan baju kemeja putih yoongi yang baru siap digosok tadi diatas katil lalu pergi mengambil tie yang disimpan didalam almari dan meletakkannya bersama kemaja tadi. Aku memandang sekeliling untuk melihat apa lagi yang perlu disediakan.

Oh ya, stokin dia. Aku berlari ke almari kecil dan mengeluarkan satu stokin berwarna hitam. Niat aku ingin menutup pintu almari tersebut terbantut apabila ternampak stokin kegemarannya, iaitu stokin gambar kucing menunjuk jari tengah. Nak buang ke tak eh? Buruk sangatlah stokin ni.

"jangan terfikir nak buang stokin tu eh. Stokin tu bernilai"

Segera aku menutup pintu almari tersebut dan pusing menghadap yoongi yang hanya memakai tuala dipinggangnya. Pemandangan yang takkan jemu bagi aku. Aku tersenyum nakal dan jalan mendekatinya.

"jangan risau sayang. Saya takkan sentuh langsung stokin buruk tu. Tapi janganlah lebihkan stokin dari saya. Saya rasa lagi bernilai dari dia, kan?" jari aku bermain manja didadanya sambil merenung manja kedalam matanya.

Baru saja tangannya mahu merangkul pinggangku, segera aku menolak badannya jatuh di atas katil dan berlalu pergi untuk sambung menyediakan pakaiannya.

"berani eh buat saya macam tu? Okay takpa" dia menyilangkan tangan sambil mencebik. Aku hanya mengendahkan dia, takda masa nak layan budak kecik sekarang

"kenapa sayang taknak ikut saya sekali eh? Jomlah pergi sama-sama. Mr Fang suruh bawa awak sekalilah. Jomlahhh sayangggg" dia yang terbaring diatas katil merengek sambil menggoyangkan kakinya keatas-kebawah.

"untuk kali yang keberapa ntah saya tak ingat, saya taknak pergi min yoongi. Saya rasa penat. Nanti cakaplah dekat Mr Fang tu saya tak sihat, sebab tu saya tak ikut awak. Please sweetheart" aku memandangnya dengan muka merayu.

Aku sebenarnya memang nak pergi sebab aku tak pernah attend majlis mewah, tapi aku nak buat suprise tu harini. So bila yoongi balik dari majlis tu nanti, dia dapat suprise pula dekat rumah.

Jadi terpaksalah aku tolak tawaran dia. Kesian juga tengok dia merayu banyak kali, dari pagi tadi sampailah sekarang. Tapi kalau aku pergi, bila lagi aku nak buat suprise ni kan? Takut lambat nanti, lain pula jadi bak kata taehee.

"alaa sayang-"

"eh sudah-sudah. Jangan goyang-goyangkan kaki tu lagi, terbuka pula tuala tu nanti. Nah pakai baju ni cepat. Awak nak duduk dalam tuala tu sampai bila?" aku menghulurkan baju kemeja itu kepadanya. Malas dah aku nak dengar dia merayu, takut nanti tak jadi pula plan aku nak tinggal rumah.

"eleh, awak memang nak tengok tuala ni tertanggalkan? Mengaku jelah awak rindu masa kita untuk kita berdua-dua-- ouchhh sakit sakit, sorry sayang sorry HAHAHA" dia cuba menolak tangan aku yang memiat lengannya sambil tergelak-gelak.

Sakit-sakit pun sempat gelak eh?

Aku tersenyum. Melihat ketawanya membuatkan hati dan perutku rasa sesuatu. Dari mencubit lengannya, aku tukar kepada mengeletek pinggangnya. Penuh satu bilik dengan gelak tawa dan ayatnya yang menyuruh aku berhenti berulang-ulang kali.

"cakap dulu 'saya takkan gatal-gatal lagi' baru saya lepaskan awak" aku mengangkat kening dan menahan kakinya yang terangkat-angkat untuk melindungi perutnya.

"alaa n-nanti kalau saya tak gatal-gatal lagi, bosanlah kehidupan kita sebagai suami isteri. Ahhhh okay-okay saya cakap" aku menggeletek pinggangnya lagi kuat apabila mendengar bantahannya.

"cepat cakap min yoongi" aku merenung dia tajam.

"yelah yelah, saya min yoongi aka suami tercinta takkan gatal-gatal lagi. Tapi saya akan jadi singa bila mood gatal saya on okay. Saya akan gap awak lepastu-"

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now