chapter 13

807 111 108
                                    

Hyun's pov

Harini dah masuk hari kedua aku duduk rumah mak. Yoongi tak datang cari aku langsung. Tak tahu pula dia betul-betul ambil serious pasal ayat aku tu.

Jujur aku cakap, aku rindukan dia. Rindu nak tengok gigi kecik dengan pipi gemuk dia tu.

"ha termenung apa tu cik adik? Rindu dekat si suami ke? Tulah aku dah kata kalau rindu pergi call dia, ajak dia datang sini. Ni tak, ego tinggi macam klcc"

"eh mana ada. Kau makan senyap-senyap sekarang sebelum aku bakar kereta kuda kecik yang kau main dengan kawan-kawan kau tu." aku menjeling Hoseok yang menjelirkan lidahnya kearah aku.

"baik korang senyap sekarang sebelum mak cincang kepala masing masak kari nanti" mak mencelah.

Mak aku ni memang savage sikit. Jangan cari pasal dengan dia. Takut nanti tahu-tahu hati koyak menangis tepi bucu katil.

Dingdong

"tu suami kau sampai. Panjang umur pendek akal. Pergilah buka pintu"

Aku pandang Hoseok dengan lama sebelum bangun dan menuju ke pintu. Langkah aku perlahan kerana takut untuk berjumpa dengan orang yang berada dipintu.

Pintu dibuka dan harapan aku hancur seperti pasir istana apabila dilanda ombak. Ceh jiwang.

"em hai cik, maaf ganggu. Awak tahu tak rumah no 45, Taman kambing golek? Saya tak jumpalah. Saya jumpa Taman ayam golek je" tanya lelaki berkaca mata yang berdiri di depan pintu rumah..

Haih aku fikir aku akan berjumpa dengan manusia berkulit putih, mata sepet, gigi pendek muka kerek. Malahnya, lain yang datang.

"taman tu dekat belakang. Selang dua baris tak silap saya. Baris belakang itik golek, baris belakang lagi kerbau golek, ha garis ketiga kambing golek" balas aku sambil tersenyum.

"ouh begitu. Terima kasih, maaf kerana menganggu" balas dia sambil membetulkan kaca matanya dan berlalu pergi.

Aku mengeluh sambil menutup pintu.

"eh tu bukan Yoongi ke-"

Dingdong

Kata-kata Hoseok terhenti apabila loceng berbunyi sekali lagi.

Apa lagi budak ni nak? Takkan tak jumpa. Benda senang kot bukan dia kene pergi buru kambing lepastu golekkan pun.

"apa lagi dik, takkan-"

Kelibat Yoongi didepan mata yang tersenyum gummy membuat aku terdiam.

"hai awak. Lama tak jumpa" sapa dia.

Aku sedaya upaya menahan air mata dari bertakung. Tak tahu kenapa tapi rasa nak menangis bila jumpa dia. Rindu sangat sebenarnya tapi taknak tunjuk.

"kau taknak jemput aku masuk ke? Nak tunggu penculik datang lepastu culik aku baru kau nak bertindak?" dia bersuara lagi apabila melihat aku tidak memberi respon.

Aku ketepi memberikan dia ruang untuk masuk. Setelah masuk, dia tiba-tiba berhenti didepan aku. Aku mengangkat kening, pelik dengan kelalukan dia

Nafas aku seperti terhenti seketika apabila melihat dia menghulurkan sejambak bunga berwarna putih.

Aku cuma memerhatikan bunga tersebut kerana masih tidak percaya apa yang terjadi. Ni bukan Yoongi ni.

"haih ambil bunga pun susah ke" dia mengambil tangan aku dan meletakkan bunga di atasnya. Sebelum itu, sempat menciumnya.

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now