chapter 4

901 118 67
                                    

Aku merenung diri aku yang terpancul dicermin besar didepanku. Im gonna be someone wife. Bukan siapa-siapa tapi mamat kerek yang muka pucat, gigi pendek, perasan hensem, takda budi bahasa, garang nak mampos.

Aku mengeluh sebelum pintu bilik tiba-tiba terbuka dan mak masuk kedalam bilik.

"sayang dah siap?" tanya mak sambil menuju ke arah aku

"Dah mak, Hyun dah siap" aku berpusing di depan dia sambil tersenyum paksa.

Dah tiba dah hari yang aku tak tertunggu-tunggu, iaitu hari yang aku akan menjadi isteri kepada bakal ceo syarikat Whitesuga.

Disebabkan dia nak sangat dapat pangkat ceo, akulah yang menjadi mangsa untuk kahwin dengan dia. Kalau dia tak kawin dalam masa yang ayah dia tetapkan, syarikat itu bakal dijatuhkan ke tangan sepupunya.

Sebab tulah dia sanggup kahwin dengan stranger semata-mata nak ambil alih syarikat ayah dia. Tapi macam yang mak kata, kitaorang bukanlah stranger sangat pun, sebab kitaorang pernah bermain sama-sama masa kecil dahulu.

Tak tahu pula aku berkawan dengan mamat macam dia ni dulu. Dulu perangai dia mesti baik, tu yang aku jadi kawan dia tu. Sekarang? Perangai minta kaki.

"anak mak dah besar, nanti dah tak jadi tanggungjawab mak dah. Hyun dah jadi tanggungjawab Yoongi. Ingat dia tu suami kamu, jangan nak derhaka dengan dia, dengar cakap dia, perintah dia. Walaupun korang baru je kenal, kamu tetap kene layan dia baik-baik. Mulakan dengan semuanya dengan berkawan, bukan lawan"

Aku hanya mengangguk lemah.

"macam mak tak kenal perangai kamu yang asyik nak cari pasal je. Nanti tahu-tahu kene kick bontot dengan dia baru, kamu tahu langit tu tinggi ke rendah" sambung beliau.

"ye mak, mak jangan risaulah. Hyun pandai uruskan diri hyun. Mak janganlah nangis. Hyun akan pastikan kita akan selalu jumpa okay? jangan buat hyun nangis juga" aku mengelap sedikit air mata yang bertakung.

"bagi mak cucu cepat tau, mak dah lama teringin nak timang cucu"

Tersedak aku dibuatnya apabila perkataan cucu keluar saja dari mulutnya. Mak ni memang nak aku mati awal ke ape? Asyik buat aku tersedak je kerja dia.

"mak kahwin pun belum lagi dah nak cucu haih" keluh aku.

Mak hanya tersengih dan dia menarik  aku keluar pintu dan menuju ke dewan dimana perkahwinan dilangsungkan.

Disebabkan aku tiada ayah, jadi uncle yang memimpin aku berjalan diatas red carpet untuk sampai kepada Yoongi.

Dari jauh aku boleh nampak muka dia yang tidak beberapa happy itu. Muka dia tiada perasaan langsung. Tak nervous ke? Sikit pun tak?

Aku tahu aku tak patut terasa dengan dia, tapi at least untuklah sikit minat untuk kahwin tu. Tetamu semua pun macam boleh rasa yang kitaorang dipaksa.

Uncle memberikan tangan aku kepada Yoongi. Dia menyambut lembut dengan senyuman kecil dibibir. Dia senyum? Its real or fake?

"aku tahu kau nervous, tapi janganlah asyik gigit dalam bibir kau tu. Just chill, sekejap je ni. Lepastu kita dah boleh buat hal masing-masing" yoongi berbisik perlahan, agar aku saja yang boleh mendengarnya.

Aku hanya memerhatikan matanya. Tak tahu kenapa, tapi cara dia merenung mata aku dapat buatkan aku rasa tenang. Dia seperti sengaja berbuat demikian untuk menenangkan aku. Oleh kerana begitu, aku tidak mengalihkan pandang aku langsung.

Kami bertentangan mata sehingga aku perasan yang pederi sudah habis berucap.

"do you Min Yoongi, takes Kang hyunna as your wife? And will forever take care of her like your own soul?"

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now