chapter 19

658 75 47
                                    

"yoongi, sarapan?" aku menegur yoongi apabila ternampak kelibat dia menuruni tangga.

Dia memandang aku yang berada dimeja makan sekilas lalu terus keluar dari rumah.

Aku mengeluh. Tiba-tiba dia masuk dan mengambil beg kerjanya diatas sofa. Lepas memandang aku buat kali terakhir, dia keluar dari rumah semula. Aku tersenyum, At least dia masih nak pandang aku sebelum masuk kerja.

Aku mengambil tempat dan mula sarapan sorang-sorang. Dah beberapa hari dah dia palaukan aku sejak kejadian tu.

Haritu selepas balik je dari Meldives, dia terus kuncikan dirinya dalam bilik pejabat. Aku faham yang tidak mahu melihat muka aku, apa ntah lagi duduk dekat dengan aku.

Semua persoalan aku diendahnya, aku ajak dia makan pun dia buat tak tahu. Tapi bila masuk je waktu malam, aku tahu yang dia turun senyap-senyap pergi dapur untuk makan.

Asalkan dia tak kebulurkan dirinya, aku tidak kesah kalau dia nak layan aku macam ni.

Dingdong

Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Aku bangun dan menuju ke pintu melihat siapa yang datang.

"eh mak, mommy, hani? Masuklah yoongi takda dekat rumah, dia dah pergi kerja" pintu rumah dibuka dan aku menjemput mereka masuk.

"rindunya hyun dekat mak" aku memeluk mak erat.

"mak lagilah rindu kamu sayang" mak membalas pelukkan aku. Hilang sedikit rasa beban yang ditanggung.

"kamu dengan yoongi macam mana? Sihat?" mommy mengambil tempat disebelah mak selepas mencium pipi aku.

"kitaorang sihat je. Mommy, hani dengan mak duduk dulu, hyun buatkan air jap" aku tunduk dan pergi ke dapur. Tak sangka pula, hani mengikuti aku dari belakang.

"hai adik ipar ku sayang! Macam mana honeymoon dengan suami tercinta?" hani berdiri disebelah aku dengan senyuman yang lebar.

"everything is great. Hyun dengan dia nak mulakan kehidupan baru, macam pasangan lain" aku menjawab dengan senyuman lemah dibibir sambil memasukkan gula ke dalam jug.

"kau okay tak ni? Aku tahu muka tu, lemah semacam je. Kau dengan yoongi gaduh ea?"

"its just... Nantilah hyun cerita. Hyum takut mak dengn mommy dengar pula" aku senyum dan membawa dulang ke ruang tamu.

"jemputlah minum mak, mommy" aku meletakkan dulang diatas meja dan mengambil tempat disofa.

"terima kasih sayang. Hyun okay ke ni? Nampak lemah semacam je ni. Hyun sakit eh?" mak menunjukkan wajah yang risau. Hani hanya merenung aku, ingin tahu jawapan.

"hyun okaylah mak , jangan risau. Cuma sejak kebelakangan ni hyun rasa pening-pening sikit je. Takde apa yang beratlah" aku sandar pada sofa dan memicit dahi.

Memang betul, aku selalu rasa pening sejak kebelakangan ni. Muntah-muntah pun ada.

"hyun ada pergi jumpa doctor tak? Mana tahu hyun-"

Ayat mommy terhenti apabila aku tiba-tiba bangun dan terus berlari ke sinki. Habis semua yang aku makan pagi tadi terkeluar semula.

"adakah ini bermaksud mak akan jadi...NENEK?!" mak menjerit sambil melompat kecil.

Hani dan mommy yang masih mengosok-gosok belakang badanku,  memandang aku dan mak dengan mata yang terbuntang. Ha sudah, diorang dah fikir bukan-bukan lah ni.

"eh ape mak ni. Mana adalah. Ni mesti hyun salah makan pagi tadi. Janganlah fikir bukan-bukan" aku berjalan lemah menuju ke ruang tamu semula selepas mencuci mulut.

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now