chapter 18

723 101 35
                                    

"yoongi, stop it. Orang semua pandanglah. Malulah saya macam ni" aku cuba mengalihkan tangannya.

Dia mengeleng dan terus berjalan sambil memeluk aku dari belakang. Nampak macam sweetkan? Sebenarnya tidak. Ianya memalukan kerana dia melilitkan tuala di badan aku supaya orang luar tak nampak aku dalam bikini. Dah serupa apa dah aku ni.

"biarlah orang tengok. Asalkan badan awak tu tak terdedah. Saya taknak orang lain nampak harta saya"

Aku hanya memutarkan mata. Gedik sungguh.

Kau tahu tak macam mana rasanya bila kau nak jalan lepastu orang belakang macam tolak-tolak? Ha nilah yang aku rasa sekarang. Punyalah susah aku nak berjalan. Bebal punya yoongi.

"nanti nak mandi saya kene cabut juga tuala ni kan. Takkan nak mandi pakai tuala je? Kalau macam tu baik saya pakai gaun yang besar tu je datang sini"

"shush diam. Sekarang awak pegang tuala ni, jangan alihkan tau. Saya nak bentangkan kain untuk kita duduk" yoongi memastikan aku betul-betul menggenggam tuala tersebut sebelum pergi membentang kain.

Nilah peluang untuk aku lari. Dengan beraninya, aku ingkar arahannya dan berlari ke arah air laut tanpa tuala menutupi badan.

"MIN HYUNNA! DATANG SINI BALIK! BERANI AWAK INGKAR ARAHAN SAYA" yoongi mengejar aku sambil menjerit.

Oleh kerana takut yang teramat, aku terus berlari tanpa henti. Dia dibelakang tidak putus asa mengejar, semakin lama semakin laju. Aku pula makin lama makin cemas.

"hyunna! Masuk dalam air sekarang! Orang pandanglah!"

Oh ya! Dia taknak orang lain nampak badan aku. Kenapalah aku bebal sangat tak masuk dalam air dari awal.

Segera aku berlari ke arah laut dan merendamkan seluruh badan. Air dia sejuknya yang tidak terkata, membuat badan aku mengigil.

"y-yoongi s-sejukkk" aku memeluk tubuh dengan erat.

Dia mendekatkan diri lalu memeluk tubuhku. Kesejukkan tadi kini digantikan dengan kehangatan pelukan dia.

"rasakan. Degil lagi. Kalau nak lari sekali pun, kenapa tak terus masuk air? Kalau awak terus masuk air tadi, takda siapa nampak badan awak tu tahu tak" dia mencubit pipi aku.

"s-saya c-cemas, takut awak dapat tangkap saya. Lagipun mana ada orang lari dalam air"

"HAHAHA last-last dapat juga" dia mencium hidung aku lalu melepaskan pelukkan.

Macam-macam karenah yoongi lakukan didalam air. Dia tunjuk cara nak terapung, dia tunjukkan cara nak berenang. Ada juga dia berlakon jadi jerung dan cuba mengejar aku. Macam tak percaya dia ada sifat kebudak-budakkan macam ni.

Dan disebabkan aku ni mengecut. Lintang-pukang aku cuba berlari didalam air. Tapi tak sampai beberapa saat pun, aku dah ke tangkap. Sedih hidup.

"yoongi? YOONGI ?!" aku memandang sekeliling mencari kelibat yoongi yang tiba-tiba hilang. Mana dia pergi ni? Takkan dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini.

Jantung berdegup kencang, mata melilau-lilau cuba mencari kelibat yoongi.

"yoongi! Janganlah main-main. Mana awak ni? Saya risau- AHHHH"

"shushhh jangan jerit" dia tergelak besar, lalu tersenyum menunjukkan giginya.

Tubuh aku dipelukkan erat. Aku melilitkan tangan dilehernya dan kaki dipinggangnya.

Walaupun aku masih dalam status terkejut, aku tetap malu dan rasa terkesan dengan persentuhan kulit dan jarak yang terlalu dekat ini.

"eyhhh mengada tau awak ni! Saya ingat awak lemas ke, kene makan jerung atau hilang kene sorok bunian. Janganlah bergurau macam tu lagi!" aku memukul bahunya tanpa henti.

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now