chapter 27

745 75 75
                                    

aku terjaga dari tidur dan ternampak yoongi tidur membongkok diatas sofa. Selama ni dia tidur memang tak pakai selimut ke? Dah tahu hospital sejuk kenapa tak bawa selimut?

Aku melihat jam yang tergantung dan tentera ianya sudah pukul 7 pagi. Awal lagi ni tapi takkan nak sambung tidur? Aku buat keputusan untuk pergi merayau jadi aku bangun dari katil dan menuju ke arah yoongi sambil membawa selimut.

Walaupun aku marah dekat dia, tapi tak sampai hati aku nak tengok dia tidur dalam kesejukkan macam ni. Aku membentangkan selimut dibadanya dan berlalu pergi.

"s-sayang"

Langkah aku terhenti. Aku memandang matanya yang masih tertutup dan tangannya yang memeluk erat pergelangan tanganku.

"bogoshipo" mulutnya mengomel kecil tetapi aku masih boleh mendengarnya.

Mengigaulah ni. Menyesal datang dekat. Aku meleraikan pegangan itu dan terus keluar dari bilik.

Suasana di tingkat ini agak sunyi even ada beberapa nurse dan pesakit berlegar-legar di sini. Aku masuk ke dalam lift dan memekan butang huruf G untuk pergi ke cafe hospital.

Malam tadi yoongi ada tapaukan makanan untuk aku, tetapi aku taknak makan jadi masa dia keluar tu aku terus tutup tv dan tidur. Aku fikir kalau nampak aku tidur, dia akan makan makanan tu, rupanya tidak. Boleh pula dia tahan diri dia dari makan, selalunya dia asyik nak curi makanan aku.

Aku mengambil tempat di meja makan dan mula salad yang telah dibeli tadi.

"hai? Nak duduk sini boleh?"

Aku memandang atas dan melihat seorang wanita mengandung membawa roti bakar sambil tersenyum ke arah aku.

"sure, duduklah" aku membalas senyumannya.

Dia mengomel terima kasih dah terus duduk didepan aku. Dia memandang saladku dan bertanya.

"salad je? Diet eh? Btw Kang Haejin" dia menghulurkan tangan.

"Min Hyunna. Hehe terasa nak makan salad, tu yang beli tu. Takda dietlah, tak tahu pun macam mana nak diet" aku menyambut tangannya sambil ketawa kecil.

"dah berapa bulan?" aku bertanya.

"oh 8 bulan dah" dia memandang perutnya dan menjawab.

Aku mengangguk perlahan sambil membuat mulut berbentuk O.

"hehe awkwardkan? Mianhae, i cuma nak cari kawan. Okay disebabkan kita takda topik nak borak. I nak membawang sikit tentang seorang lelaki ni. You wad tingkat mana?"

"tingkat 6" aku menjawab soalan haejin.

"woah samalah! Okay i sambung eh, you pernah perasan tak lelaki berambut coklat cair, kulit pucat dan muka dia hensem gila. Pernah perasan?"

Kulit pucat? Rambut coklat? Dia macam cakap pasal yoongi je.... Eh tak, bukan suami aku sorang je yang macam tu.

"em tak pula. I baru je sedar dari koma, ni baru first time keluar berjalan dari bilik wad. And whats up with him?" aku menjawab dan menyumbatkan kobis kedalam mulut.

"for me, dia macam husband material tau. Dahlah hensem, baik, caring pula tu. I rasa someone special to him sakit masuk wad, and i selalu nampak dia kulu kilir bawa makanan, kadang-kadang nampak dia balik harini, esok dia datang balik bawa beg kecil. Dia nampak macam ceo syarikat sebab kadang-kadang dia datang sini pakai coat. So mesti dia tinggalkan kerja dia yang berlambak untuk perempuan tu. Kemungkinan perempuan tu ibu dia takpun wife dia. Untungkan perempuan? I selalu lepak luar bilik sebab nak usha dia hehe" haejin bercerita dengan riak wajah yang gembira.

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now