chapter 2

947 116 49
                                    

Kenapa masa berlalu cepat sangat ni , dulu bila aku tunggu hari untuk sambut raya dekat sekolah bukan main lama lagi. Ni hari aku nak kahwin cepat pula masa berjalan. Hm kenapa hidup kene macam ni?

"woi kau termenung ape, cepat la masuk. Aku takde masa nk tunggu kau termenung macam tiang lampu dekat sini. Lepas ni nak pergi beli cincin, kasut aku kasut tumit kau lagi" suara dia memberhentikan lamunan aku.

As you guys see, aku dengan dia tengah shopping barang kahwin. Tinggal lagi seminggu sebelum kitaorang kahwin. Cepatkan? well , hadam jela.

Tanpa buang masa aku terus berlari masuk kedai dalam butik baju pengantin tu.

Langkah aku terhenti sebaik saja melangkah masuk kedalam kedai tersebut. B-banyaknya pilihan gaun yang lawa-lawa, ohyemgi! Kiri kanan kiri kanan anak mata aku pandang semua gaun-gaun ni.

"aku bagi kau masa setengah jam je, lebih setengah jam kau bayar baju kau sendiri" dia berkata sambil melihat jam mahal dia yang melekat ditangan kirinya.

"okay , setengah jam nanti kau datang sini balik tauu. Jangan tinggalkan aku kat sini sorang-sorang. Nanti aku hilang pastu mak aku risau , siapa nak jaga mak aku? siapa nak teman dia makan lepastu- "

"woi pabo. Ye nanti lepas setengah jam aku datang. Membebel je kau tahu"

Sebelum dia pergi, aku menahan dia untuk meminta card kreadit. Dia berikan card tersebut tanpa memandang muka aku lalu dia beredar.

Kalau ikutkan boleh je aku cari baju dengan dia tapi mak kata nanti dah tak supriselah. Aku tak kesah pun sebenarnya, yelah ni pun kahwin paksakan je kan.

Aku ajak mak keluar sekali untuk teman aku, tapi mak kata dia sebuk ada kerja. Aku tak percaya cakap dia, tapi paksa banyak kali pun takkan ubah fikiran dia.

Kau tahu tak macam mana awkwardnya bila dalam kereta dia pagi tadi? Sepatah kata pun tak keluar dari mulut kitaorang. Dahlah dia kene paksa keluar dengan aku. Lepastu memang tak berminat nak berbual dengan aku langsung.

30 minit berlalu , lepas aku tukar gaun sana sini. Aku end up amik gaun ni, gorgeous and simple . I like it!

Aku membayar gaun tersebut mengunakan card kreadit yang diberi oleh bakal suami tadi lalu aku pergi tunggu dia di bangku luar

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Aku membayar gaun tersebut mengunakan card kreadit yang diberi oleh bakal suami tadi lalu aku pergi tunggu dia di bangku luar.

Tak lama lepas tu, dia datang sambil membawa beg kecil. Uwahhhh itu mesti cincin kahwin. hehehe mesti lawakan.

"dah jom, aku nak beli suit pula." dia berkata tanpa menunggu aku.

Jujur aku kata dia ni hensem tau. Macam yang mak katakan tapi dia takda budi bahasa. Dia kerek, belagak, sombong, dingin and garang. Dia selalu panggil aku 'woi' 'woi'.

"cepat la nenek tua, terhegeh-hegeh la kau ni. Aku jentik dahi tu nanti, terpelanting kau pergi dekat butik tu balik"

eh noo , dahi aku ni mahal tahu tak? Sedap hati je nak jentik-jentik.

Aku bangun dari bangku dan terus jalan sebelah dia. Mesti ramai nak tahu macam mana kitaorang jumpakan ? Meh aku cerita , cerita dia macam ni...

Flashback

Tik..tok tik..tok tik..tok hanya bunyi jam yang tergantung di dinding kedengaran sementara aku dengan mak menunggu bakal suami aku dan family dia dimeja makan, ditemani makan-makan enak diatas meja.

mehlaa makan aku , aku tak sabar nak masuk dalam perut kau , marilah makan aku sekarang Hyunna.

"kamu jangan macam-macam ea, tunggu tetamu sampai dulu baru boleh usik makanan ni" marah mak selepas menepuk tangan aku yang putih suci lembut mulus halus- eh lebih-lebih pula.

"eh mak tahu tak makanan ni goda Hyun tadi. Dia cakap 'marilahhh makan sayaaaa' Ha Hyun pun tak perasan yang tanga-"

Kata-kata aku terhenti apabila bunyi ketukan pintu kedengaran. Aduhh sampai dah dia.

Dengan teruja, mak menarik tangan aku sampai ke pintu. Pintu dibuka dan sepasang suami isteri berdiri di depan muka pintu dengan senyuman yang lebar dibibir .

"ha jemput la masuk, buat macam rumah sendiri" pelawa mak dan mereka masuk ke dalam rumah.

Aku menunduk hormat ke arah mereka yang lalu didepanku. Baru saja aku mahu melangkah ke meja, mak menahan aku.

"tunggu sini , bakal suami kamu belum masuk lagi" dia berkata dan berlalu pergi.

Mata aku membulat. Dahlah aku tak pernah jumpa dia, lepastu mak tinggalkan aku sorang-sorang pula.

"woi"

"oi pocot mak kau terbang" haa elok la tu , belum apa-apa lagi aku dah malukan diri depan dia.

"KAU BAKAL ISTERI AKU?!"

"KAU BAKAL SUAMI AKU?!"

- a/n -
Jeng , jeng , jenggggg
Tolong vote and comment? Janganlah jadi silent reader hehe ! <3

[C] Wife Mr Min | minyoongiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang