Ujian

685 82 10
                                    

"Iliya, kenalkan ni Humaira." Ujar Mama Roha.

Perempuan yang sedang terbaring itu senyum. Begitu juga Humaira.

Sedangkan dalam hati Humaira - 'bukankah ni perempuan yang sukakan Firas? Jadi dialah yang berlanggar kereta dengan Arief? Agak-agak dia cam aku tak?'

"Alhamdulillah kondisi Iliya semakin baik. Cuma nampaknya parut di pipi Iliya akan kekal." Beritahu Mama Roha dengan nada sayu.

Iliya memegang pipi kirinya yang kini berbalut. "Mesti my mom minta something illogical to you, right? Like take responsibility or something?"

Mama Roha mengangguk perlahan.
"Dia nak kamu kahwin dengan Arief."

Terbeliak mata Humaira kerana terkejut. Ka.. kahwin?

Perempuan bernama Iliya itu mengambil posisi duduk. Rambutnya yang perang dibetulkan. "Really? Because of this scar?"

Sekali lagi Mama Roha mengangguk.

'wait, ini kahwin kerana terpaksa ku relakan!' hati Humaira menjerit.

"Sejujurnya, Iliya yang langgar dia. Dia tak bersalah pun. But you know my mom. She will do anything in order to have me get married."

Mama Roha memandang tingkap hospital. Tiada langsung perasaan marah terpancar pada wajahnya walaupun setelah mendengar pengakuan Iliya.

"Arief ada bagitahu perkara sebenar tapi dia still rasa bertanggungjawab. Mak cik kenal dia, hati dia lembut. Boleh jadi dia akan setuju dengan perkahwinan ini." Mama Roha tunduk. Sedikit sebak.

Humaira menggosok belakang Mama Roha. Ya, walaupun dia tidak begitu mengenali Arief, dia tahu tidak mustahil Arief akan terima cadangan ibu Iliya. Kerana dia terlalu baik...

"Assalamualaikum,"

Panjang umur, Arief muncul di muka pintu.

"Arief." Sebut Mama Roha.

Arief memandang ibunya dan Humaira. Kemudian beralih kepada Iliya.

************************************

Humaira menatap buku latihan prinsip perakaunan di hadapannya. Namun fikirannya jauh menerawang. Kejadian tadi masih segar di ingatan.

"Jadi, Arief akan jadi milik orang. Hmm.." Humaira berkata sendiri.

Pertemuan mereka dengan Arief di hospital tadi menyakinkan semua akan keputusan Arief. Dia telah bersetuju untuk berkahwin dengan Iliya.

"Well, it's not like I want to marry him at first. But, why she? Kalau orang lain bolehlah kot aku terima. He deserved a good woman in his life."

Seketika Humaira memandang siling. "Hmm siapa aku nak persoalkan jodoh dan ketentuan Ilahi? Mungkin itu yang terbaik."

Dia terjeda seketika.

'Ok, fokus Humaira!' pipinya ditampar apabila menyedari dia telah membuang masa.

Buku prinsip perakaunan dibuka. Ujian percubaan 1 bakal tiba tidak lama lagi. Dan yang paling penting, esok dia akan bertemu Umi dan Abi!

Rindunya mereka..

************************************

"Nah, bang." Puan Aisyah menghulurkan botol mineral kepada suaminya, Encik Norman.

"Terima kasih." Air itu diteguk.

"Sayangnya nak tinggalkan tempat mulia ni."

"Yalah kan, lain kali kita bawa Humaira pula."

"Ha setuju sangat tu!"

Tiba-tiba kawasan tempat mereka berada itu bergegar. Suasana bertukar menjadi bising.

"Perhatian kepada semua penumpang. Sila berada di tempat duduk masing-masing dan pakai tali pinggang keselamatan." Pramugari yang bertugas memberikan arahan.

Ketika itu, gegaran yang begitu kuat terasa. Para penumpang mulai panik. Ada yang menjerit, malah ada juga yang terkumat-kamit berdoa meminta perlindungan daripada Allah.

"Warning,, pesawat akan melakukan pendaratan kecemasan! Ulang suara, pesawat ini akan melakukan pendaratan kecemasan!"

...

************************************

Malam itu,

Humaira memasukkan baju-bajunya ke dalam bagasi. Perbuatannya terhenti apabila matanya menangkap kelibat Mama Roha sedang memasuki biliknya.

Mereka berbalas senyuman.

"Ma, bila perkahwinan abang Arief akan berlangsung? Jangan lupa jemput Aira sekeluarga ye." Kata Humaira mesra.

"Eh lambat lagi. Mereka akan bertunang dulu supaya dapat saling mengenali terlebih dahulu. Perlu tahu juga latar belakang bakal menantu Mama tu." Seketika kedengaran Mama Roha menghela nafas.

Humaira perasan akan riak wajah Mama Roha. "Mama Roha macam tak gembira je?"

Pandangan mereka bertemu. Lalu tangan Humaira dipegang kemas.

"Aira, Mama minta maaf."

"Hmm? Kenapa?" Hairan.

"Mama risau Arief tidak akan menemui kebahagiaan dalam perkahwinan ini. Sebenarnya dari dulu lagi Mama berniat nak jadikan kamu sebagai menantu Mama. Namun apakan daya, kita merancang tapi natijahnya perancangan Allah itulah yang mengatasi segalanya. Lagi pula belum tentu kamu berdua akan bersetuju."

Humaira terangguk-angguk.

"Aira tak pernah fikir hendak berhubungan mesra dengan Mama sebagai menantu, bukankah Aira sudah dianggap sebagai anak angkat Mama? Aira syukur sangat-sangat mempunyai ibu angkat yang sangat penyayang seperti Mama Roha." Senyuman manis dilemparkan.

Mama Roha tersenyum senang. "Mulanya Mama fikir mungkin masih ada harapan dengan anak lelaki Mama yang sorang lagi. Tapi Mama perasan kamu berdua sering bergaduh apabila berjumpa bagai anjing dengan kucing. Jadi, Mama tidak mahu memaksa."

Pantas Humaira menggelengkan kepalanya. "Jangan! Kami memang tidak serasi."

Mama Roha ketawa.

Humaira tersenyum lega. Sekurang-kurangnya kesedihan Mama Roha berlalu pergi.

Jujur, dia yang mempunyai 'crush' dengan Arief sedari kecil, tipulah kalau langsung tidak berasa sedih. Dia juga hanya perempuan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

"Ma.."

Serentak dua orang perempuan itu memandang pintu bilik. Wajah Aeril menghiasai pandangan.

"Aeril?"

Aeril memandang Humaira.

"Aira, parents kau ada call tak?"

"Tak adalah pula. Rasanya sekarang mereka kat dalam flight. Kenapa?"

"Tengok televisyen sekarang." Muka Aeril serius.

"Ha?"

************************************

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now