Teka-teki

620 87 27
                                    

"Apa jawapannya?" Najwa memandang Syasya.

Pertanyaan tersebut dibalas dengan gelengan kepala.

Suasana di persekitaran mereka menjadi sepi buat seketika.

"Raja.. ratu.. zaman dahulu kala ada lah." Radhwa mengeluh.

Berkerut dahi Humaira mendengar kenyataan Radhwa. "Sultan tu raja kita lah."

"Eh haahlah haha!"

Farhan seperti mendapat satu idea. Dia memetik jari sambil tersenyum. "Aku tahu."

Semua perhatian teralih ke arahnya.

"Apa dia?" Aliff mengangkat kening sebelah.

"Ikut aku."

"Ala bagitahu jelah."

"Kita ke stor sukan." Katanya sambil mendahului yang lain berjalan ke hadapan. Semua hanya menuruti langkah lelaki itu.

Sesampainya di destinasi yang diingini, Farhan laju sahaja memasuki bahagian dalam. Dia mencari sesuatu pada rak plastik di situ.

"Dia buat apa tu?"

"Tengok sahajalah."

Humaira memandang geram lelaki tinggi lampai seperti tiang lampu itu. Susah sangat ke nak bagitahu?

"Ehhhh?!" Kedengaran Farhan berteriak dari dalam stor.

Ahli kumpulan yang lain hairan dengan teriakan Farhan. Sudahlah mereka langsung tidak diberitahu sebab kenapa mereka ke stor sukan.

"Kenapa tu?" Soal Naim.

Farhan tergelak sebaik sahaja dia keluar daripada stor, melihat wajah ahli kumpulannya penuh dengan tanda tanya.

"Korang.. chess ada kat rak plastik coklat kan?"

Sebahagian daripada mereka mengangguk.

"Ah!" Naim mula memahami apa yang Farhan fikirkan.

"So jawapannya catur?"

"Yup! Kat catur lah ada King dan Queen berperang sesama sendiri. Sebagai contoh King hitam lawan Queen putih. Gitu.."

"Haah lah! Aku tak terfikir pun."

"Hee.. aku mungkin tak pandai macam korang dalam pelajaran tapi bab teka-teki ni aku terer au." Farhan menguis hidungnya tanda bangga dengan diri sendiri.

Naim ketawa. "Terbaiklah kau."

"Tapi asal aku cari takda langsung chess kat dalam rak tu. Patutnya banyak kan."

"Tak ada?" Humaira hairan. Ada orang ubah ke tempat lain ke?

Mereka semua pakat cari di segenap tempat namun langsung tidak kelihatan buah catur. Kotaknya pun tak ada.

Semua memaparkan aksi hampa. Farhan lah yang paling tak puas hati.

"Jawapan aku salah ke?"

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now