Rahsia

495 77 34
                                    


Tangan Humaira bermain-main dengan yogurt strawberi pemberian Puan Husna.

Jika anak mak cik tu ialah Firas, maka Firas suka yogurt ni?

Ni favourite aku adalah. Tak tahu pula Firas pun suka.

Hmm..

"Apa lagi, potonglah kek tu abang Firas!" Farhan berteriak daripada tempat duduknya. Kata-katanya disetujui semua.

Teriakan tersebut mematikan lamunan Humaira.

"Thanks korang. Ada tisu tak?"

"Tisu? Kenapa?"

"Nak nangis." Tangan Firas diangkat, buat-buat menyapu air mata yang tidak kenampakan.

"Banyaklah kau. Meh aku yang tolong lapkan!"

Amirul menyerbu ke arah Firas membuatkan lelaki itu menggelabah ingin mengelak. Puan Husna hanya tertawa senang.

Kek secret recipe itu dipotong kepada satu potongan kecil.

"Ah, kek indulgence." Firas mengenali kek tersebut sebaik sahaja terserlah isi di dalam. Kek kegemarannya.

Terdapat lima biji kek yang dibeli oleh Puan Husna. Dengan harapan semua orang di dalam kem ini dapat merasainya walaupun sedikit.

"Firas, kau suka yogurt perisa strawberi eh?" Salah seorang senior perempuan yang berada berdekatan bertanya. Dia terdengar perbualan antara Puan Husna dengan Ain tadi.

Pertanyaan tersebut hanya didengari oleh Firas, Amirul dan Puan Husna. Manakala yang lain kembali menyambung santapan malam mereka.

Firas yang baru sahaja hendak melangkah ke bahagian lelaki untuk duduk makan, terhenti.

"Yogurt strawberi..?"

"Yup, mummy kau yang kata."

Firas memandang ibunya dan dibalas dengan anggukan oleh wanita itu.

"Sebelum kamu pengsan dulu kamu ke pasaraya untuk beli tu kan? Banyak pula tu."

"Ah.. haah." Firas menjeling sekilas ke arah bahagian pelajar perempuan. Matanya tertumpu pada seorang gadis, yang sedang asyik menikmati yogurt strawberi sambil sesekali berbual dengan kawannya.

Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyum, sebelum ianya kendur kembali.

"Tak adalah suka sangat. Biasa-biasa je. Fir beli sebab nak bagi kat seseorang." Tidak pula dia ingin menipu. Lagi-lagi ibunya pasti sudah lupa akan hal-

"Ah!" Puan Husna seolah-olah teringat sesuatu. "Yang kamu kata nak jumpa-"

"M-Mummy, Far mana?" Laju Firas memintas. Mengubah topik. Jantungnya berdegup laju.

"Hmm? Far kat rumah dengan papa. Diaorang tak tahu mummy datang sini."

"Ouh.."

"Fir balik tau malam ni."

"Huh? Kenapa?"

"Adik kamu tu nak sambut birthday kamu kat rumah."

"Eh? Sambut lagi?"

"Kali ni dengan family pula. Yang ni dengan kawan-kawan."

Firas terangguk-angguk. "Ok."

Selepas sambutan biasa-biasa itu, mereka semua kembali ke surau untuk menunaikan solat isyak seterusnya solat sunat terawih.

Puan Husna dan anak lelakinya turut sama menyertai mereka sebelum bergerak pulang meninggalkan sekolah itu.

Sempat Firas bertemu Ridzuan sebelum itu. Dia menyerahkan sesuatu.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now